Nelayan Melaka kecewa dianiaya kerajaan negeri                            
                 Zaili Muhammad      
         Wed | May 09, 07 | 02:31:56 PM                              MELAKA, 9 
Mei (Hrkh) - Nelayan dari Pantai Klebang Besar, Klebang kecil  dan Pokok Mangga 
melahirkan rasa kecewa serta hampa dianiaya oleh  kerajaan negeri yang berjanji 
membayar pampasan sebagai bayaran kehilangan  punca pendapatan akibat 
penambakan kawasan pantai.

  

   Penantian 147 nelayan selama dua tahun dekat sini, sia-sia apabila ada  di 
antara mereka hanya menerima pampasan serendah RM45 hingga RM360  sahaja yang 
dikatakan sebagai wang pendahuluan.

 
 Dollah Seman, 45, menyalahkan kerajaan negeri yang tidak prihatin terhadap 
permasalahan rakyat yang hidup tertekan dan tertindas, sedangkan pada masa  
yang sama pemimpin Umno hidup bergaya dengan kemewahan.

 
 "Ada ke patut pampasan yang diberi cuma RM45, macam mana mereka nak  menyara 
kehidupan keluarga kerana ada di antaranya telah lebih 30 tahun  menjadi 
nelayan."


 "Hampir ke semua nelayan itu adalah orang Melayu, mana dia janji  membantu 
Melayu, mana dia tradisi membela rakyat yang dilaungkan oleh Umno,  nampaknya 
yang terjadi menang sorak kampung tergadai," katanya.

 
 Pengerusi Bertindak Membantu Nelayan Klebang Besar, Klebang Kecil dan  Pokok 
Mangga, Mohd Yusof Hassan, berkata walaupun menerusi pampasan yang  diterima 
itu dikatakan pampasan awal tetapi mengapa nilainya berbeza.

 
 “Semua nelayan terbabit hilang mata pencarian dan terpaksa mencari  kerja lain 
untuk menampung kehidupan mereka, adakah patut mereka menerima  cek bernilai 
RM45 dengan bayaran diberikan untuk akaun penerimanya."

 
 “Sedangkan jumlah itu tidak mencukupi untuk mereka membuka akaun baru  bagi 
mendapat pampasan itu,” katanya selepas Majlis Perjumpaan dan  Penyerahan Cek 
Pendahuluan Projek Tambak Laut Nelayan di Klebang Besar,  Klebang Kecil dan 
Pokok Mangga, kelmarin.

 
 Nelayan yang kecewa dengan nilai pampasan yang diberikan itu bertindak  
memulangkan semula cek berkenaan, mereka juga tidak diberitahu bila  akan 
menerima baki pampasan itu.

 
 Penyerahan pampasan itu disempurnakan Exco Pertanian dan Pembangunan  Desa 
Negeri, Dato' Md Yunos Husin secara tergesa-gesa iaitu pada pagi  Sabtu lalu 
dan cuma dimaklumkan untuk menghadiri majlis tersebut pada  tengah hari Jumaat 
lalu. - mks. 


       
---------------------------------
 Yahoo! Answers - Got a question? Someone out there knows the answer. Tryit now.

Kirim email ke