Bekas Pengarang Harakah, isteri diserang angin ahmar                      
                       Harakahdaily      
         Fri | May 11, 07 | 03:04:56 PM                          KUALA LUMPUR, 
11 Mei (Hrkh) - Bekas Pengarang Harakah, Mohd Yusof Jalil diserang angin ahmar 
19 April lalu,  dan kini terlantar uzur di rumahnya, di Kg Nakhoda, Selayang, 
dekat sini.

  

      Lebih malang, sepuluh hari selepas itu, pada 29 April, isterinya, Hamidah 
Dahlan, turut  diserang penyakit sama, malah keadaannya lebih teruk lagi, dan 
masih mendapat rawatan di  Hospital Selayang.

 
 Hamidah yang baru keluar dari Unit Rawatan Rapi hospital berkenaan memerlukan 
bantuan alat  pernafasan selepas dibedah di kepala bagi membersihkan pendarahan.

 
 Yusof merupakan antara penggerak awal akhbar Harakah ketika mula-mula 
diterbitkan, April  1987, bersama-sama bekas Naib Yang Dipertua PAS, Ustaz 
Nakhaie Ahmad, dan bekas Ketua  Penerangan, Subky Abdul Latif.

 
 Beliau juga pernah berkhidmat dengan Kerajaan Negeri Kelantan selama tujuh 
tahun mulai 1993.

  
 Jawatan terakhirnya sebagai Penolong Pengarah di Urusetia Penerangan.

 
 Pagi tadi, Ketua Pengarang Harakah, Ahmad Lutfi Othman, mengunjungi Yusof di 
rumahnya.

  
 Turut serta dua orang bekas kakitangan Harakah, iaitu Cikgu Ishak Surin dan 
Tarmizi Mohd Jam.

 
 Walaupun masih lemah, Yusof nampak bersemangat bercerita tentang keuzuran yang 
dialaminya.

  
 "Alhamdulillah, serangan angin ahmar ini tidak menjejaskan bahagian kepala 
saya meskipun bahagian kiri badan saya yang tidak boleh bergerak," ujarnya.

 
Lutfi memberitahu beliau agak lambat mendapat maklumat tentang keadaan Yusof, 
"Itu pun hanya beberapa hari lalu apabila Zaki, anak arwah Pak Husin Yaakob, 
yang juga kenalan rapat Yusof menelefon saya."

 
 Allahyarham Husin juga merupakan bekas Pengarang Harakah.

 
 Lutfi turut menyampaikan sumbangan peribadi RM1,000.

 
 Bagi sesiapa yang mahu menghulurkan bantuan bolehlah berhubung terus dengan 
pihak keluarga Yusof, di alamat 
No 8706, Jalan Nakhoda Kanan 2, 
Kg Nakhoda, 68100 Batu Caves,
talian 03-61856107. - mks. 





      Kakitangan Harakah kemalangan di hadapan Hospital Tawakkal                
                             Wan Nordin Wan Yaacob      
         Fri | May 11, 07 | 05:48:17 PM                            KUALA 
LUMPUR, 11 Mei (Hrkh) - Seorang kakitangan pentadbiran Harakah,   Mohd Afendi 
Ibrahim terbabit dengan satu kemalangan di hadapan Hospital Tawakkkal   
berhampiran Pejabat Urusan Harakah selepas solat Jumaat hari ini.

   

 Beliau yang dilaporkan sedang menunggang motorsikalnya ke pejabat pos 
bertembung dari   arah tepi dengan sebuah kereta wira milik seorang anggota 
tentera.

 
 Bagaimanapun punca kemalangan masih tidak diketahui.

 
 Mohd Afendi dihantar ke Unit Kecemasan (Bahagian Kes Tidak Kritikal) di 
Hospital Besar   Kuala Lumpur (HKL) pada jam 2.45 petang oleh jurugambar 
Harakah, Wan Zahari Wan   Mohd Salleh.

 
 Ketika kunjungan warga Harakah ke HKL sebentar tadi, Mohd Afendi dilaporkan 
sedang   menerima rawatan berikutan kecederaan di bahagian kaki kanan dengan 
kemungkinan   lukanya akan dijahit.

 
 Seluruh warga Harakah bersimpati dengan musibah yang dihadapi beliau.




  


                
---------------------------------
Yahoo! Messenger  NEW - crystal clear PC to PC calling worldwide with voicemail 

Kirim email ke