Umno/BN hina wanita sempena Hari Ibu?                                     
        Wan Nordin Wan Yaacob      
         Fri | May 11, 07 | 05:18:57 PM                           KUALA LUMPUR, 
11 Mei (Hrkh) - “Perempuan pun tiap-tiap bulan 'Bocor”, inilah kenyataan yang 
disifatkan sebagai 'biadap' yang diucapkan dua ahli Parlimen Umno dan Barisan 
Nasional (BN) iaitu, Dato’ Bung Mokhtar Raden (BN-Kinabatangan) dan Dato’ Mohd 
Said Yusof (BN-Jasin) ketika berbahas di Parlimen berhubung isu kebocoran kali 
kedua bangunan Parlimen baru-baru ini, kata Ketua Pemuda PAS Negeri Sembilan, 
Mohd Taufek Abdul Ghani.

 

 Kenyataan tersebut bukan sahaja menampakkan kedangkalan pemikiran mereka 
bahkan   satu kenyataan yang jelas menghina kaum wanita termasuk semua kaum ibu 
di negara ini,   kata Mohd Taufek.

 
 Beliau berkata demikian dalam satu kenyataan bersama Pengerusi Nisa Negeri 
Sembilan,   Norwani Amat kepada Harakahdaily hari ini.

 
 "Kami mewakili semua wanita termasuk para ibu yang kami sayangi di negara ini 
ingin   membantah kenyataan biadap ini seterusnya meminta Umno dan Barisan 
Nasional (BN)   menarik balik kenyataan ini dan meminta maaf kepada seluruh 
wanita khususnya kaum ibu   yang akan merayakan sambutan Hari Ibu pada 13hb Mei 
2007 ini," katanya.

  
 "Adakah kedua-dua wakil rakyat ini tidak mempunyai ibu, isteri , kakak atau 
anak   perempuan sehingga berani dan tergamak mengeluarkan kenyataan yang jelas 
menghina   dan mengguris hati semua wanita negara ini,"katanya.

  
 Beliau juga menuntut semua pertubuhan wanita di negara ini termasuk Wanita 
Umno ,   MCA , MIC , Gerakan , Sisters in Islam dan lain-lain pertubuhan supaya 
bangkit   mempertahankan maruah wanita.

  
 "Jangan hanya lantang menuntut hak-hak wanita  sebaliknya diam membisu apabila 
wanita   dihina oleh pihak wakil kerajaan sendiri. Kami ingin bertanya kepada 
wanita BN, apa   pendirian anda terhadap penghinaan ini?," soalnya.

  
 Kata Taufek, pihaknya akan bergabung dengan semua pergerakan wanita yang lain 
termasuk dari DAP dan Wanita KeADILan untuk mengadakan gerakan bantahan secara 
besar-besaran bermula pada hari Ahad ini (13hb Mei 2007) sempena sambutan Hari 
Ibu.

 
 Kami juga ingin menyeru seluruh pengundi wanita di negara ini supaya membantah 
  kenyataan biadap ini dengan tidak memberi undi mereka kepada Umno dan BN pada 
  pilihan raya akan datang ini, ujarnya.

  


       
---------------------------------
 Yahoo! Mail is the world's favourite email. Don't settle for less, sign up for 
your freeaccount today.

Kirim email ke