Penafian penglibatan Najib dipersoal bapa Altantuya                       
                      Muhammad Nor Abd Samad      
         Fri | May 11, 07 | 03:08:23 PM                          KUALA LUMPUR, 
11 Mei (Hrkh) - Bapa kepada bekas model Monggolia yang dibunuh, Altantuya 
Shaariibuu mempersoalkan bagaimanakah polis Malaysia boleh menyimpulkan bahawa 
cucunya yang berusia empat tahun itu berbapakan seseorang yang berbangsa 
Monggolia sedangkan pihak polis tidak pernah membuat ujian DNA ke atasnya.

 

   "Bagaimanakah pihak polis boleh mendapat keputusan ini sedangkan tidak ada 
sebarang contoh DNA diambil daripada cucu saya. Pakar forensik dari Malaysia 
pernah datang ke rumah saya pada 14 Mac 2007 dan melihat cucu saya tetapi tidak 
mengambil contoh darahnya. Sebaliknya mereka mengambil contoh darah isteri 
saya," kata Shaariibuu S dalam satu kenyataan yang dikeluarkan kepada media 
pada 2 Mei lalu.

 
Beliau juga turut mempersoalkan penafian yang dibuat oleh Timbalan Perdana 
Menteri, Dato' Seri Najib Tun Razak bahawa beliau tidak mempunyai sebarang 
kaitan dengan pembunuhan Altantuya sedangkan bahan letupan C4 yang digunakan 
dalam pembunuhan itu hanya boleh didapati dari Kementerian Pertahanan.

 
"Saya ingin mengingatkan Najib dan juga Perdana Menteri Malaysia, Dato' Seri 
Abdullah Ahmad Badawi bahawa jenayah tersebut telah dilakukan oleh pegawai 
keselamatan anda (yang kini dalam tahanan polis menunggu tarikh perbicaraan).

 
"Dalam afidavitnya Abdul Razak Baginda juga menyatakan bahawa pegawai 
keselamatan anda ini pernah membunuh kira-kira 5 hingga 6 orang sebelum ini dan 
dalam kes pembunuhan anak perempuan saya Altantuya, penasihat politik anda 
Abdul Razak Baginda bersekongkol melakukan jenayah," katanya.

 
Menurut afidavit Abdul Razak Baginda juga katanya, rakan Najib, Musa Safri 
memainkan peranan yang penting dalam pembunuhan tersebut tetapi beliau tidak 
dituduh terbabit hatta disoal tentang penglibatannya dalam pembunuhan itu.

 
Shariibuu menyeru kepada kerajaan Malaysia supaya menangani kes yang akan mula 
dibicarakan pada bulan Jun ini nanti dengan penuh tanggungjawab memandangkan ia 
akan mendapat perhatian dunia. - mks




                
---------------------------------
 What kind of emailer are you? Find out today - get a free analysis of your 
email personality. Take the quiz at the Yahoo! Mail Championship.

Kirim email ke