Buku terbaru Presiden PAS dilancar                                        
     Harakahdaily      
         Fri | May 11, 07 | 05:31:47 PM                          MARANG, 11 Mei 
(Hrkh) – Buku terbaru karya Presiden PAS, Dato’ Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang 
yang berjudul `Islam & Demokrasi’ dilancarkan oleh Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, 
Dato’ Wan Abdul Muttalib Embong di Masjid Rusila, pagi tadi.

 

 Pelancaran buku yang berharga RM18 senaskah itu dilakukan sebaik sahaja Tuan 
Guru Abdul Hadi selesai menyampaikan kuliah mingguan pagi Jumaat.

 
Buku terbitan PTS Publications & Distributors Sdn Bhd yang mengandungi 23 bab 
itu adalah untuk mengisi Tabung Dana Maahad Darul Quran (MDQ) Rusila.

 
Sehubungan itu, MDQ mempelawa sesiapa yang ingin menjadi pengedar buku setebal 
181 halaman itu boleh menghubungi 
Wan Sukairi di talian 019-9894125, 
Haji Rozman (019-9851629) atau 
Ahmad Syukri (013-6414691). - mks.

 


       
---------------------------------
 Copy addresses and emails from any email account to Yahoo! Mail - quick, easy 
and free. Do it now...

Kirim email ke