Rakyat masih belum bebas, merdeka di negara ini                           
                  Roy Rasul      
         Fri | May 11, 07 | 05:17:56 PM                               KUALA 
LUMPUR, 11 Mei (Hrkh) – Bekas Timbalan Perdana Menteri, Dato’ Seri Anwar 
Ibrahim berkata walaupun negara ini akan menyambut perayaan kemerdekaan ke-50 
tidak lama lagi, rakyat tidak diberi ruang dan cita rasa sebagai rakyat yang 
bebas di sebuah negara merdeka.

  

   Baginya erti sebenar kemerdekaan Malaysia adalah masih dalam proses malah 
katanya kebebasan yang dijanjikan dalam pengisytiharan kemerdekaan masih jauh 
lagi dicapai.

 
 “Sementara negara merayakan hari kemerdekaan ke-50 nanti ia harus ada langkah 
yang benar-benar bererti,” katanya semasa bercakap kepada media selepas 
mengadakan lawatan ke pameran ‘Photojournalist & the Image of Modern’ sempena 
memperingati ulang tahun ke-50 kemerdekaan Malaysia di Galeri Petronas, KLCC, 
dekat sini, hari ini.

 
 Sementara itu, mengulas mengenai pameran tersebut beliau berkata, ia memberi 
gambaran dengan mendalam tentang perjuangan dan rentetan sejarah merdeka 
sehingga kini.

 
 “Apa yang berlaku di sini ialah bukan satu khabaran tetapi peranan dan 
sumbangan dari  pelbagai kalangan dan kaum, desa dan bandar."

 
 “Kita nampak ketara dalam pameran ini jadi saya anggap sebagai pameran yang 
cukup bermakna,” katanya.

 
 Sementara itu ketibaan beliau disambut korator galeri,  Eddin Khoo.

  
 Turut mengiringi beliau dalam pameran ialah Naib Presiden Parti Keadilan 
Rakyat (KeADILan), Azmin Ali; Ketua Penerangan KeADILan, Tian Chua dan anaknya, 
Nurul Izzah.

 
 Beliau yang meluangkan masa hampir sejam di pameran turut diiringi Profesor 
Emiratus Dato’ Dr Khoo Khay Kim dan isterinya, Datin Rathin yang merupa ibu 
bapa Eddin.

 
 Sementara itu Eddin berkata, pameran tersebut  yang dilancar pada 23 Mac lalu 
oleh Raja Muda Perak, Raja Dr Nazrin Shah dan katanya lagi, pameran itu dibuka 
sehingga 20 Mei ini.

 
 “Pada dasarnya pameran ini adalah mengenai kewartawanan bergambar bagi 
membayangkan riwayat dan sejarah 50 tahun kemerdekaan,” katanya.

 
 Katanya, atas dasar penghormatan dan lama mengenali Anwar maka beliau 
menjemput Anwar ke pameran itu lebih-lebih lagi bagi mendapat penilaiannya. - 
mks.  


                
---------------------------------
 What kind of emailer are you? Find out today - get a free analysis of your 
email personality. Take the quiz at the Yahoo! Mail Championship.

Kirim email ke