Memimpin Perpaduan
                          Tarik undi bukan Melayu - Jangan harap parti lain     
                                                     
                   Lujnah Perpaduan Nasional PAS Pusat baru-baru ini 
melancarkan kempen "PAS Untuk Semua" di Pejabat Agung PAS, Kuala Lumpur. 
Walaupun beritanya kurang meluas kerana pemberita bertumpu kepada insiden di 
Batu Burok tetapi kesan kempen ini cukup besar kepada orang-orang bukan melayu.
   
  Lujnah Perpaduan Nasional PAS Pusat melalui Kelab Penyokong PAS di seluruh 
negara perlu menyebar luaskan kempen ini dengan penerangan yang jelas kepada 
orang bukan Melayu tentang konsep "PAS Untuk Semua".



    TG Hj Hadi menyampaikan sumbangan untuk Bomba Sukarela Kuala Kurau

Lujnah Perpaduan Nasional PAS setiap negeri perlu mengerakkan Kelab Penyokong 
masing-masing untuk menjayakan kempen ini. Perlu diingat bahawa penubuhan Kelab 
Penyokong PAS adalah untuk menarik sokongan orang bukan Melayu kepada PAS 
kerana mereka tidak boleh menjadi ahli PAS.
   Setelah hampir dua tahun penubuhan kelab ini, kejayaannya menarik sokongan 
orang bukan melayu masih ditahap sederhana. Keadaan ini berlaku kerana masih 
banyak PAS Kawasan yang belum menubuhkan kelab penyokong di kawasan 
masing-masing. Malah mungkin ada PAS Negeri yang belum menubuhkan kelab 
penyokong. Sekiranya ada PAS negeri dan kawasan yang menubuhkan kelab 
penyokong, hanya beberapa tempat yang aktif tetapi yang lain masih lemah.

 
  Mereka sendiri memasang bendera untuk menyambut Presiden PAS

Lujnah Perpaduan Nasional PAS Pusat nampak bersungguh-sungguh mengerakkan kelab 
penyokong. Ust. Mujahid, Dr. Halimah, Khairul Faizi, En. Hu Phang Chow dan 
beberapa pimpinan kelab penyokong bergerak aktif dalam satu pasukan mengatur 
pelbagai program bersama orang bukan Melayu.

  PAS Pusat juga jelas meletakkan keutamaan kepada kelab penyokong apabila 
Presiden dan Ketua Pemuda PAS Pusat mempunyai Setiausaha Sulit di kalangan 
pimpinan kelab penyokong. Baru-baru ini, PAS Terengganu juga melancarkan 
penubuhan kelab penyokong walaupun negeri itu mempunyai peratusan pengundi 
bukan Melayu sekitar 15 peratus sahaja. Usaha pihak musuh menggagalkan 
pelancaran kelab penyokong di Terengganu menunjukkan ketakutan mereka terhadap 
kelab penyokong.


  Ketua Penerangan dalam kempen Daftar Pemilih bersama Kelab

Lujnah Perpaduan Nasional PAS negeri dan kawasan sepatutnya terus berusaha 
bersungguh-sungguh menubuh dan mengerakkan kelab penyokong. Memang diakui sukar 
untuk masuk bergerak bersama-sama orang bukan Melayu di kampung baru, bandar 
dan estet-estet yang sangat asing bagi orang Melayu.
   Kejayaan bergerak dalam komuniti orang bukan Melayu sebenarnya terletak di 
tangan pimpinan PAS negeri dan kawasan. Jika kita sanggup membuang perasaan 
asing kepada orang bukan Melayu, sanggup memimpin tangan orang bukan Melayu, 
makan semeja dengan mereka, melawat kematian orang bukan Melayu, bersama-sama 
menyelami kesusahan orang bukan Melayu dan membantu mereka mengikut kemampuan 
kita. Kita akan menjadi biasa dengan mereka dan kebiasaan inilah yang akan 
membuahkan kejayaan.

 
  Tanpa berbaju diperiksa oleh doktor sukarela

Pimpinan PAS Negeri Sembilan sudah membuktikan kejayaan ini, Pesuruhjaya PAS 
Negeri Sembilan menjadi tempat mengadu orang Cina dalam isu Pelupusan Sampah di 
Semenyeh. Orang bukan Melayu juga manusia seperti kita ada perasaan simpati, 
persahabatan dan kasih sayang.
   Selama ini orang bukan Melayu tidak menyokong PAS kerana pimpinan PAS tidak 
mendekati mereka, hanya di hari pilihanraya kita masuk meminta sokongan mereka. 
Jika pimpinan PAS sentiasa bersama mereka dan mengadakan program bersama, 
yakinlah mereka akan memberi sokongan kepada PAS. Berita kita mengadakan 
program dan membantu masyarakat Cina tidak keluar dalam akhbar harian bahasa 
melayu tetapi mendapat tempat dalam akhbar-akhbar Cina yang tempatan yang lebih 
terbuka.


  Keratan akhbar Oriental Daily

Lujnah Perpaduan Nasional PAS Perak juga patut dipuji kerana berjaya membawa 
satu bas rombongan orang Cina ke Kelantan. Mereka melawat sendiri negeri yang 
selama ini ditohmah oleh pemimpin MCA dan Gerakan sebagai kejam terhadap orang 
Cina. Mereka dibawa melawat patung Buddha terbesar di Tumpat, bertemu dengan 
masyarakat Cina Kelatan supaya mereka melihat dan mendengar sendiri keadaan 
kehidupan masyarakat Cina Kelantan. Mereka yang dibawa melawat ini apabila 
pulang jangan kita biarkan, terus buat hubungan dengan mereka kerana merekalah 
yang menjadi pemberita kita menjawab tohmahan pemimpin BN.

  Menjelang pilihanraya umum ke 12, pimpinan PAS Negeri dan kawasan sepatutnya 
meletakkan keutamaan kepada kelab penyokong untuk menarik sokongan orang bukan 
Melayu. Kepentingan kelab penyokong jangan dilupakan kerana mengharapkan parti 
lain membantu PAS dalam menarik sokongan orang bukan Melayu.

 
  Malang sekali jika ada pimpinan PAS negeri dan kawasan meletakkan 
pergantungan sepenuhnya kepada parti lain untuk menarik undi orang Cina. Ada 
kawasan yang boleh diminta pertolongan parti lain menarik undi orang Cina jika 
kelab penyokong tidak ada atau tidak aktif di kawasan itu. Namun pengecualian 
perlu diberi kepada kawasan yang aktif kelab penyokongnya.


  Dr. Mujahid ziarah jenazah cina Kristian

Tidak semua orang Cina pembangkang yang menyokong PKR, tiada semua menyokong 
DAP. Ramai orang Cina yang akan menyokong PAS, jika PAS aktif bergerak bersama 
orang Cina. Letaklah nama 'Negeri Barisan Alternatif ', 'Negeri BA' tidak 
menjadi masalah, tetapi jangan sesekali melupakan usaha kelab penyokong yang 
membantu PAS.

  Jangan melupakan orang bukan melayu yang berkorban masa, tenaga dan wang 
ringgit semata-mata hendak membantu PAS. Jangan kecewakan mereka. Sampai bila 
kita akan bergantung kepada parti lain untuk mendapat undi orang Cina?.


   
Ingatlah, bahawa kelab penyokong sangat penting jika PAS ingin mendapat undi 
bukan Melayu bukan sahaja pada masa sekarang tetapi juga untuk masa depan. 
Pimpinan PAS negeri dan kawasan sepatutnya terus berusaha menubuh dan 
mengerakkan kelab penyokong. Hakikat untuk mendapat undi orang Cina bukan 
terletak kepada teori di atas kertas sahaja. Parti Keadilan Sejahtera di 
Indonesia dan AK Parti di Turki mendapat sokongan pengundi bukan hanya berharap 
kepada teori tetapi usaha bersungguh-sungguh pimpinan mereka turun ke bawah 
membantu rakyat tidak mengira bangsa dan agama.


Melawat warga tua yang uzur

Semasa pelancaran Kelap peringkat negeri Perak

 Berserban dan makan setalam

 Dua ibu identiti berbeza berbual tanpa jurang

 Muslimat pada program pertama, belum berani duduk semeja


Dipetik dari Laman Web PAS Parit Buntar
http://paritbuntar.pas.org.my/ 

*** - ***
Groups harakahdaily kini kembali aktif!. 
http://groups.yahoo.com/group/harakahdaily/
Link Baru webtv8 di http://wtv8.tv/v2/     tvpas di http://www.tvpas.com/
       
---------------------------------
Bosan dengan spam? Mel Yahoo! memiliki perlindungan spam yang terbaik
http://my.mail.yahoo.com/

Kirim email ke