Tahniah atas kejayaan menganjur aktiviti amal sebegini ...
~ns
Salam Aman <[EMAIL PROTECTED]> wrote:
Azri Mohamad Arish <[EMAIL PROTECTED]> wrote: From: Pemuda PJU
[mailto:[EMAIL PROTECTED]
Subject: Ramadhan Pit-Stop PJU 2007
Petaling Jaya, 25 Sept (DPPJU) - Sempena dengan Ramadhan Al-Mubarak
1428H, PAS Kawasan PJ Utara dengan kerjasama Dewan Pemuda PAS & Dewan Muslimat
PAS PJ Utara telah berjaya mengadakan Ramadhan Pit-Stop. Di mana pada tahun
ini, lokasi Stesen Putra LRT Taman Bahagia, Petaling Jaya sebagai tempat untuk
PAS PJU mengedarkan juadah berbuka puasa bagi orang-ramai yang pulang dari
tempat kerja dan yang ingin menaiki tren ke destinasi masing-masing. Antara
juadah berbuka tersebut adalah Buah Kurma, Kuih, Air Mineral, Book Mark,
Risalah seperti Penjelasan Isu Batu Burok, risalah Bersamamu Ramadhan dan juga
risalah Merdeka.
Program seumpamanya akan di adakan selama dua hari iaitu pada hari ini dan
27 Sep 2007, Khamis akan datang. Sambutan sangat baik dari orang awam yang
menggunakan stesen tersebut dan LRT sebagai pengangkutan harian mereka.
Turut sama dalam program tersebut adalah YDP PAS Kawasan PJU, Tuan Hj Ahmad
Yusof Ludin, NYDP Sdr Abd. Rahman Sidek, Ketua Pemuda Sdr Azri, Ketua
Penerangan PAS Kawasan Sdr Che ku Abu Bakar, AJK PAS Kawasan Sdr Mohd
Arizan,Timb Ketua Pemuda Sdr Nik Saiful, Setiausaha Dewan Pemuda Sdr Arif
'Ateed Hasan Ali, Bendahari Dewan Pemuda Sdr Amirul dan beberapa orang Exco
Dewan Pemuda Kaw PJU. Insyaallah, pada hari kedua Dewan Muslimat akan turut
bersama memberikan juadah berbuka tersebut.
Sekian.
AMA2007
"Merakyat Perjuangan"
*** - ***
Groups harakahdaily kini kembali aktif!.
http://groups.yahoo.com/group/harakahdaily/
Link Baru webtv8 di http://wtv8.tv/v2/ tvpas di http://www.tvpas.com/
---------------------------------
Bosan dengan spam? Mel Yahoo! memiliki perlindungan spam yang terbaik
http://my.mail.yahoo.com/
"Hadapkanlah wajahmu dengan lurus kepada Islam sebagaimana engkau hanief.
Itulah fitrah Allah yang menjadikan manusia menurut fitrah itu" (Ar-Rum: 13).
---------------------------------
Building a website is a piece of cake.
Yahoo! Small Business gives you all the tools to get online.