Assalamualaikum wr. wb. dan Salam Sejahtera,

Pusat Asuhan Tunas Islam (PASTI) Kawasan Sandakan, Sabah memohon sumbangan 
kewangan bagi pembelian 2 buah premis Pasti masing-masing sebuah di Flat Batu 
1.5 dan sebuah lagi di kawasan Karamunting. 

Tujuan pusat asuhan itu ditubuhkan untuk dimanfaatkan sebagai tadika Islam dan 
kelas fardhu ain pada sebelah petang atau malamnya. 

  
PASTI sediada di Flat Batu 1.5 tersebut merupakan Pasti yang terawal di 
Sandakan dan telah beroperasi hampir 20 tahun tetapi masih disewa dan keadaan 
ini jika berterusan adalah  merugikan dari segi aset untuk jangka panjang. 

  
Sebuah lagi ialah bangunan yang terletak di kawasan Flat MPS Karamunting, 
Kawasan Parlimen Batu Sapi. Pasti di kawasan ini insya-Allah akan mula 
beroperasi pada tahun 2009. Memandangkan di kawasan tersebut tidak mempunyai 
pra-sekolah yang berteraskan Islam dan sambutan masyarakat terhadap tadika 
Islam amat menggalakkan, dengan itu ahli jawatankuasa berusaha mewujudkan pusat 
Pendidikan Islam. 

Anggaran kos untuk pembelian kedua-dua bangunan tersebut ialah sebanyak 
RM135,000.00 

AJK Pengurusan Pasti Kawasan Sandakan memohon jasa baik orang ramai, individu 
atau syarikat korporat untuk menyalurkan sumbangan bagi mempercepatkan 
pembelian bangunan tersebut demi masa depan anak-anak tempatan yang dahagakan 
ilmu islam. 

Mereka yang berminat untuk menyalurkan sumbangan bolehlah berbuat demikian ke 
nombor akaun PASTI KAWASAN SANDAKAN 10016010061688 (Bank Islam Malaysia 
Cawangan Kota Kinabalu, Sabah ). 

Ataupun untuk maklumat lanjut boleh berhubung dengan Ishar Hamka Ismail di 
talian 019-8974798 dan Mustaman Mustain di talian 019-8735740, 089223260. 
Terima kasih di atas sokongan pihak tuan.


      Get your preferred Email name!
Now you can @ymail.com and @rocketmail.com. 
http://mail.promotions.yahoo.com/newdomains/aa/

Kirim email ke