Najib tahu akan kalah PRU punca RM7 bilion wang 1MDB dipindah
=============================================================

(Oleh Norutul Ilham)
KUALA LUMPUR 24 APRIL: Pemindahan RM7 bilion duit rakyat oleh Perdana Menteri, 
Datuk Seri Najib Razak melalui 1Malaysia Development Bhd (1MDB) kerana 
menjangkakan BN akan kalah pada pilihan raya umum nanti, kata Pengerusi 
KEADILAN Terengganu, Azan Ismail.
Beliau yakin duit 1MDB yang dipindahkan ke ke akaun sulit di pusat kewangan 
pesisir pantai itu lebih daripada laporan yang dipetik daripada akhbar mingguan 
ekonomi.
“Tidak ada sebab lain kenapa duit 1MDB itu dipindahkan keluar. Apa yang jelas, 
pemindahan tersebut hanya untuk menyembunyikan daripada rakyat. Kita percaya 
Najib sudah tahu beliau akan kalah. Sebelum terlambat, lebih baik duit itu 
dipindahkan dahulu.
“Saya juga tak terkejut dengan angka ini, tapi yakin wang yang dipindahan itu 
lebih tinggi dari jumlah berkenaan kerana berdasarkan laporan Global Financial 
Integrity (GFI) terkini, angka sebenar (aliran wang haram) dalam lingkungan 
RM150 bilion,” kata Azan kepada  /Keadilan Daily/.
Semalam, Pengarah Strategi KEADILAN, Rafizi Ramli mendedahkan, badan pelaburan 
milik rakyat yang dikawal penuh Najib, 1MDB, memindahkan RM7 bilion dana ke 
akaun sulit di pusat kewangan pesisir pantai, Pulau Cayman, United Kingdom 
seperti dilaporkan akhbar The Edge.
Kata Azan, timbul persoalan kenapa akaun sulit pusat kewangan pesisir pantai 
hanya digunakan bagi urusniaga yang dirahsiakan kerana ia dilindungi 
undang-undang walaupun berunsur jenayah atau rasuah.
Beliau tidak menolak kegiatan itu dibuat secara terancang bagi mengelakkan 
perkara tersebut diketahui umum.
 http://www.keadilandaily.com/wp-content/uploads/2012/05/Najib.jpg 
“Ini kegiatan terancang, dan ia sudah pun dibuktikan. Kenapa perlu dipindahkan 
kepada akaun luar pesisir yang dilindungi undang-undang, sedangkan banyak lagi 
bank dan syarikat kewangan yang boleh membawa keuntungan.
“Tidak hairan jika banyak lagi penyelewengan dilakukan Umno BN yang semakin 
‘tenat’, dan situasi itu telah dirasai apabila mereka kini dilihat makin 
terdesak,” kata calon Dewan Undangan Negeri (DUN) Bandar itu lagi.
Sebelum ini, laporan antarabangsa turut mempersoal tokoh-tokoh yang rapat 
dengan BN seperti anak bekas Perdana Menteri, Mirzan Mahathir; Menteri Wilayah 
Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar, Datuk Raja Nong Chik Zainal Abidin serta 
ahli perniagaan yang dikaitkan dengan pemimpin Umno, Michael Chia apabila 
didapati mempunyai akaun sulit di pusat kewangan pesisir pantai disyaki 
bersabit dengan urusniaga tidak betul.
 *Short URL*: http://www.keadilandaily.com/?p=50901

<<"">>

<<"">>

Kirim email ke