Assalamu'alaikum. Seorang pensyarah dari UiTM menyatakan bahawa jika PR 
memerintah nanti UiTM akan dibuka kepada semua kaum, jadi tidak ada dah peluang 
pelajar melayu mendapat tempat khas untuk belajar secara percuma. Mereka juga 
kena bersaing dgn pelajar lain. Katanya UMNOlah yang tubuhkan UiTM dulu. Mohon 
tanyakan pada PR apakah rancangan mereka untuk mengekalkan status institusi ini.

Terima kasih

Khatijah


On Apr 28, 2013, at 8:01 PM, "azali rahman" <ar2...@gmx.com> wrote:

> 
> 
> 
> 
> 
> <mime-attachment.png>
> 
> PKR: Tol Batu Tiga, Sg Rasah dimansuh jika bentuk kerajaan pusat
>  
> RAZIATUL HANUM A.RAJAK
> 28 April 2013
> 
> SHAH ALAM - Susulan syor pemansuhan tol yang digariskan dalam manifesto 
> Pakatan Rakyat (PR), PKR akan mencari jalan untuk memansuhkan tol di kawasan 
> Batu Tiga dan Sungai Rasah di sini jika diberi mandat sebagai kerajaan pusat.
> Timbalan Ketua Wanita PKR, Rodziah Ismail berkata, sudah tiba masanya tol di 
> kawasan tersebut dimansuhkan.
> 
> "Ini bukan gimik. Insya-ALLAH kita akan pastikan ia dapat dilaksanakan. Pada 
> 5 Mei nanti, pemimpin-pemimpin yang diberikan mandat akan duduk berbincang 
> bagi memikirkan bagaimana tol ini akan diberhentikan," katanya.
> 
> Dalam pada itu, beliau mendesak BN menjelaskan kewajaran melanjutkan konsesi 
> tol terhadap Plus di tol Batu Tiga dan Sungai Rasah sehingga tahun 2038.
> 
> "Pada tahun 2011, ada semakan yang saya nampak betul-betul menyusahkan 
> penduduk sekitar, di mana ia akan tamat pada 2018 tapi konsesi Plus itu telah 
> disambung sehingga 2038.
> 
> "Jadi, kita nak tahu rasional di situ. Secara keseluruhan, ia melibatkan 50 
> tahun kutipan tol di lebuhraya persekutuan kedua ini," katanya kepada Sinar 
> Harian Online ketika ditemui, hari ini.
> 
> Beliau mendakwa BN tidak berani dalam mendedahkan jumlah kutipan tol tersebut.
> 
> "BN tak berani mendedahkan berapa sebenarnya kutipan yang telah dibuat dan 
> adakah kutipan tersebut sudah pun mencapai sasaran yang ditentukan.
> 
> "Jadi, kita mahu BN menjawab persoalan ini iaitu apa kewajaran mereka 
> menyambung konsesi itu sehingga 2038?" katanya.
> 
> Menurutnya, rakyat tak pernah didedahkan sama ada kutipan tol tersebut sudah 
> mencapai sasaran atau tidak.
> 
> "Kita tak pernah didedahkan dengan data-data sama ada tol itu sudah pun 
> mencapai sasaran kutipan sewajarnya. Sudah 25 tahun rakyat membayar, ada baki 
> lima tahun lagi.
> 
> "Kita yakin tol ini sudah sampai masanya, ditutup. Sebab itu saya mendesak, 
> selaku wakil rakyat Batu Tiga," katanya.
>  
>  
> www.sinarharian.com.my tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan 
> pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan 
> peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan 
> pendirian kami.
>  
>  
>  
>  
>  
>  
>  
>  
>  
>  
>  
>  
>  
>  
>  
> 
> 
> 

Kirim email ke