Najib pilih tukang sembur mata Mahathir jadi calon BN
=====================================================


(Oleh Aliff Fikri)
SETIAWANGSA 29 APRIL: Bayangkan apa akan jadi jika Tun Mahathir Mohamad tahu 
Najib Razak meletakkan individu yang pernah menyembur matanya 7 tahun lalu 
sebagai calon BN untuk Dewan Undangan Negeri (DUN) Guchil di Kelantan pada PRU 
13 ini.
Peristiwa itu yang terjadi pada 28 Julai 2006 diungkap semula Datuk Seri Anwar 
Ibrahim pada Ceramah Pakatan Harapan Rakyat di Keramat Wangsa malam tadi.
Katanya, individu berkenaan adalah Datuk Nik Sapeia Nik Yusof bersama Datuk 
Ibrahim Ali dan dua ahli Umno BN yang lain menyembur bahan pemedih mata ke arah 
Mahathir di Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra, Pengkalan Chepa.
 http://www.keadilandaily.com/wp-content/uploads/2013/04/Anwar-5.jpg “Siapa 
calon BN DUN Guchil di Kuala Krai, Kelantan? Nama dia Nik Sapeia. Dia inilah 
yang sembur mata Mahathir masa datang Kelantan dulu, sekarang jadi calon BN. 
Apa yang Najib buat ni? Kalau Mahathir tahu habislah kamu Najib.
Apakah pengalamannya? Seorang yang terkenal kerana pernah menyembur pemedih 
mata dekat muka Mahathir,” katanya disambut ketawa lebih 5,000 hadirin yang 
berhujan.
“Mahathir pula sekarang tengah sibuk ceramah. Dia kata Anwar ini suruh orang 
mati, Anwar kaki jantan, Anwar kaki seleweng. Hei Mahathir, orang sembur mata 
awak dulu jadi calon BN, awak tahu ke tak?” kata Anwar.
Ketua Umum KEADILAN berkata, tindakan Najib menyenaraikan calon BN yang 
menghina agama dan kaum lain membuktikan ketidakmampuan beliau mentadbir negara.
Beliau berkata, penyenaraian tersebut memperlihatkan kepada rakyat betapa 
kredibiliti Najib sebagai pemimpin semakin terhakis dan hilang arah.
“Mahathir! Kamu ni penakut, Ibrahim Ali pun kamu takut. Ugut orang Melayu, hina 
orang Melayu, ugut nak bakar Bible, kemudian lantik, sokong dia sebagai calon 
BN (Pasir Mas), tarik balik calon yang sepatutnya bertanding.
“(Di) Shah Alam, Zulkifli Nordin, seorang lagi ‘katak’ yang hina agama lain. 
Lalang pun tak teruk macam dia, kata-kata kesat, tidak ada akhlak, maki hamun 
dalam politik, hina orang agama Hindu. Yang ini pun boleh jadi calon.
“Sebab apa dia jadi calon BN? Yang saya tahu cuma dia pernah jadi peguam 
pertama dalam kes Altantuya Shaariibuu (sebelum beliau dipecat dari KEADILAN),” 
kata Anwar.
Dalam pada itu, beliau sekali lagi mengulangi cabaran debat kepada Najib 
sebelum PRU 13.
“Sebelum 4 Mei, saya minta Datuk Seri Najib Razak mewakili BN siap untuk 
berdebat dengan Anwar soal manifesto. Tak payah perbodohkan rakyat,” tegasnya.

<<"">>

Kirim email ke