| Apabila Umno anggap judi budaya kaum tertentu |
Sembang Undang-undang bersama Mohamed Hanipa Maidin
Sejak dari awal kita tidak dapat memahami apakah Islam hadhari yang diingini UMNO. Dengan jawapan terbaru daripada Setiausaha Parlimen Kementerian Kewangan, Datuk Hilmi Yahya di Parlimen semalam kini kita semakin jelas rupa sebenar wajah hodoh Islam Hadhari UMNO- Islam yang menghalalkan apa yang Allah haramkan.
Datuk Hilmi dilaporkan oleh Utusan ( lihat Utusan 16/12/2004 ) sebagai berkata :-
"Kerajaan tidak bercadang menghentikan aktiviti perjudian secara berlesen di negara ini kerana mahu bersikap adil terhadap masyarakat bukan Islam di samping membendung kegiatan bookie haram.
Sehingga kini terdapat 1,822 lesen diberikan kepada syarikat yang menjalankan aktiviti ini, sama ada cabutan loteri Magnum, Toto, 1+3D dan kegiatan judi di premis-premis hiburan,'' katanya kepada pemberita di Lobi Parlimen.
Beliau seterusnya memberitahu, kerajaan tidak berhasrat menghentikan kegiatan itu kerana perjudian merupakan satu budaya kepada kaum-kaum tertentu.
"Ada kaum yang mempunyai budaya berjudi, jadi kita perlu bersikap adil kerana walaupun kita adalah negara Islam tetapi Malaysia mempunyai rakyat berbilang kaum dan dan agama,'' katanya ketika menjawab soalan Senator Datuk Ratnam a/l Muthiah dalam sesi Dewan Negara.
Beliau memberitahu, kerajaan tidak berhasrat mengurangkan hari cabutan loteri Magnum, Toto dan 1+3D kerana ia akan mengurangkan pendapatan melalui cukai.
"Jika kita kurangkan kepada satu minggu sekali cabutan, kita akan kehilangan cukai RM620 juta dalam tempoh satu tahun,'' katanya.
Di sinilah perbezaan asas UMNO dan PAS. PAS mengharamkan apa yang Allah haramkan, UMNO menghalalkan apa yang Allah haramkan. Pengharaman judi bukan daripada ijtihad atau fatwa ulama'.
Ianya dinyatakan secara jelas di dalam Al-Quran (Al-Maidah-5:90 &91) yang dibaca oleh para perserta tilawah Al-Quran anjuran UMNO.Ayat pengharaman judi bukannya ayat dzanni. Ianya ayat qat"iiyah yang tidak menerima sebarang ijtihad. Ulama menyatakan haramnya judi adalah termasuk di dalam perkara "ma'lum min-al-din bi-al-darurah".( perkara yang perlu difahami dalam agama ).
Umat Islam tidak boleh bertelingkah dalam perkara ini.Judi adalah haram. Hasilnya juga haram meskipun mendatangkan keuntungan yang berlipatganda. Soal haram dan halal adalah dalam bidangkuasa Allah. Manusia tidak boleh campurtangan.
Rasullullah sa.w ketika menegur Adi bin Hatim yang memakai tanda salib telah membacakan ayat yang bermaksud " Mereka (orang-orang nasrani ) mengambil pendeta-pendeta dan paderi-pederi mereka sebagai tuhan (arbaban ) selain daripada Allah." Adi yang berfikir bahawa menjadikan tuhan itu bermaksud menyembah paderi dan pendeta memprotes dengan menyatakan bahawa mereka tidak menyembah paderi atau pendeta.
Rasullullah menjawab bahawa penyembahan itu melalui jalan ketaatan iaitu apabila paderi mengharamkan apa yang Allah halalkan dan menghalalkan apa yang Allah haramkan ,mereka (pengikut nasrani ) taat dan tidak membantah. Jelas soal halal dan haram adalah milik ekslusif Allah. UMNO sesungguhnya mahkluk yang paling berani-berani memasuki kawasan larangan Allah.
Undang-undang negara ini membenarkan judi melalui perlesenan. Kerajaan Persekutuan melalui Kementerian Kewangan diberi kuasa memberi lesen kepada mana-mana syarikat yang menjalankan perniagaan judi. Kerajaan Negeri pula diberi kuasa mengeluarkan lesen premis perjudian (gaming house). Kedua-dua lesen ini mendatangkan hasil lumayan kepada negara melalui cukai perlesenan.
Kerajaan Persekutuan dan kesemua kerajaan negeri yang diperintah oleh BN ( baca UMNO ) sehingga kini sedang meratah harta haram atas nama Islam Hadhari. Ulama UMNO yang ada "coklat" dimulut mereka tak bisa bersuara kerana hasil judi amat berbisa. Kerajaan Islam Kelantan yang disekat ekonominya oleh Kerajaan Pusat sejak daripada awal pemerintahannya pada tahun 1990 sehingga kini tidak langsung mengaut hasil judi melalui lesen premis perjudian meskipun terpaksa kehilangan jutaan ringgit. Bukan tidak terliur dengan hasil tersebut tetapi takutkan Allah dan memastikan harta yang didapati mestilah halal dan berkat mengelakkan Kelantan terjebak dalam harta yang haram.
Menyatakan judi adalah budaya kaum tertentu (mungkin budaya orang China yang dimaksudkan) adalah menghina kaum tersebut. Judi adalah budaya tahi judi.
Apa yang sebenarnya berlaku adalah kerajaan umno bukan sahaja meluluskan lesen perjudian malah terlibat sama dalam perniagaan judi menerusi pemilikan saham dalam syarikat perjudian ternama. Itulah yang sebenarnya ditakuti oleh Umno sekiranya judi diharamkan seperti takutnya pemimpin arab jahiliyyah yang terlibat dengan perniagaan berhala apabila Rasullullah membawa mesej bahawa menyembah berhala adalah haram.
P/S.: Apkah kebaikan berjudi....boleh tak bagi 10 sebab judi tu berfaedah....?
__________________________________________________
Do You Yahoo!?
Tired of spam? Yahoo! Mail has the best spam protection around
http://mail.yahoo.com
--------------------------------------------------------------------------
All views expressed herein belong to the individuals concerned and do not in any way reflect the official views of Hidayahnet unless sanctioned or approved otherwise.
If your mailbox clogged with mails from Hidayahnet, you may wish to get a daily digest of emails by logging-on to http://www.yahoogroups.com to change your mail delivery settings or email the moderators at [EMAIL PROTECTED] with the title "change to daily digest".
| Yahoo! Groups Sponsor | |
|
|
Yahoo! Groups Links
- To visit your group on the web, go to:
http://groups.yahoo.com/group/hidayahnet/
- To unsubscribe from this group, send an email to:
[EMAIL PROTECTED]
- Your use of Yahoo! Groups is subject to the Yahoo! Terms of Service.
