Dewan Muslimat edar risalah peringatan tahun baru
Wednesday, December 29 @ 14:43:46 MYT


Oleh Wan Nordin Wan Yaacob
KUALA LUMPUR, 29 Dis (Hrkh) - Dewan Muslimat Kawasan Titiwangsa pada 25 Disember lalu telah mengedar risalah peringatan mengenai etika sambutan tahun baru 2005.

 

Menurut jurucakap DMMPT, Roslina Harun, pihaknya telah berjaya mengedar risalah dibeberapa tempat termasuk di Stesen LRT Masjid Jamek, LRT KLCC, LRT Jalan masjid India, Stesen LRT Datuk Keramat, Plaza Bukit Bintang dan beberapa tempat tumpuan ramai di Kuala Lumpur.

Beliau berkata demikian ketika dihubungi Harakahdaily sebentar tadi.

Ujar Roslina, risalah itu diedar bertujuan bagi mengingatkan keseluruhan rakyat etika dan garis panduan menyambut tahun baru yang selari dengan Islam.

Tambahnya, DMPPT dalam risalah peringatan tersebut memperingatkan masyarakat agar mengelakkan dari segala penganjuran program yang bersumberkan maksiat.

Selain itu katanya, risalah itu juga mengandungi nasihat dan pandangan berhubung langkah-langkah menghindari dari terjebak sosial seperti gejala rogol, bunuh, seks bebas dan pergaulan bebas.

"Kami mensasarkan fokus utama kepada golongan remaja, kerana remjalah yang paling banyak terlibat dengan semua gejala ini.Kepada ibu bapa, mereka perlu sentiasa mengawasi anak-anak mereka dari terjebak,"ujar beliau.

Ujarnya, pihaknya tidak menghadapi sebarang masalah semasa dan selepas pengedaran risalah itu dilakukan.

Sehubungan itu DMMPT berharap, masyarakat terutamanya golongan remaja dapat memahami mesej yang cuba disampaikan melalui risalah itu. - zs

Yahoo! Mobile
- Download the latest ringtones, games, and more!

--------------------------------------------------------------------------

All views expressed herein belong to the individuals concerned and do not in any way reflect the official views of Hidayahnet unless sanctioned or approved otherwise.

If your mailbox clogged with mails from Hidayahnet, you may wish to get a daily digest of emails by logging-on to http://www.yahoogroups.com to change your mail delivery settings or email the moderators at [EMAIL PROTECTED] with the title "change to daily digest".



Yahoo! Groups Sponsor
ADVERTISEMENT
click here


Yahoo! Groups Links

Kirim email ke