|
KENYATAAN MEDIA ABIM 30 Disember 2004 - Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM)
mengalu-alukan keputusan YAB Perdana Menteri meminta semua acara menyambut Tahun
Baru kali ini dibatalkan berikutan dengan kejadian malapetaka yang menimpa
rakyat Malaysia baru-baru ini. Keputusan ini perlulah diberi perhatian dan
dilaksanakan bagi menunjukkan bahawa seluruh rakyat Malaysia bersama-sama
merasai penderitaan mangsa-mangsa yang terlibat. ABIM juga mengalu-alukan
syarikat-syarikat swasta yang turut serta mengumumkan pembatalan program yang
berunsur sedemikian. Sesungguhnya keprihatinan sedemikian rupa akan menjadikan
negara kita lebih dihormati. Apalah guna berpesta-pestaan sedangkan ramai rakan,
saudara-mara serta rakyat yang masih menderita. Sekurang-kurangnya wang yang
ingin dibelanjakan berjuta-juta ringgit boleh disumbangkan kepada mangsa-mangsa
tsunami ini sama ada dalam atau luar negara. -------------------------------------------------------------------------- All views expressed herein belong to the individuals concerned and do not in any way reflect the official views of Hidayahnet unless sanctioned or approved otherwise. If your mailbox clogged with mails from Hidayahnet, you may wish to get a daily digest of emails by logging-on to http://www.yahoogroups.com to change your mail delivery settings or email the moderators at [EMAIL PROTECTED] with the title "change to daily digest". Yahoo! Groups Links
|
