Title: Message
Assalamualaikum....ya, saya setuju benar dengan apa yang saudari Dina katakan...kenapa setelah bencana tsunami,baru nak batalkan konsert2 macam tu,kononnya menghormati & mengenang mangsa tsunami....kenapa setiap tahun je konsert tu tak diganti dengan upacara solat beramai2 meminta kesejahteraan & ketenangan dari Allah S.W.T...jangan lah nak tunggu apa2 bencana menimpa kita,baru kalut nak insaf,lepas tu dilupa macam tu jer...mungkin yg terjadi tu petanda & amaran dari NYA untuk kita...mungkin juga dugaan untuk kita.....sepatutnya kita sendiri yg berusaha untuk memperbaiki diri sentiasa bukannya ada masa2 tertentu baru nak sedar & insaf....
 
selalunya yang kita tau konsert2 macam tu banyak keburukan dari kebaikan...melalaikan...remaja bercampur gaul...menari tergoyang2...lupa solat & sebagainya....bukan konsert2 macam tu saja,malah banyak lagi contoh yang agak memalukan seperti artis yang menyanyi "life" depan peminat yg boleh tgk kat tv2...setiap malam kalau tak silap saya....penonton yang ada kat situ menari & goyang kepala kononnya terhibur,ada plak dari kalangan mereka yg memakai tudung...yang saya rasa amat memalukan (perasaan saya sendiri lah sebagai orang islam,orang lain x tau lah)....contoh lain banyak lagi lah konsert kat Malaysia ni....konsert itu dan ini,yang banyak sangat kalau nak sebut di sini...kalau bangsa lain yang anjurkan,maybe kita x kisah sangat...diorang bukannya tahu tentang hukum Allah....tapi bagi kita bangsa melayu, beragama Islam patut ada kesedaran dalam diri.
 
Kesimpulannya, mari lah kita pikirkan bersama. Maaf kalau ada ayat dan bahasa yg salah, sila betulkan...
-----Original Message-----
From: dina scully [mailto:[EMAIL PROTECTED]
Sent: Friday, December 31, 2004 9:55 AM
To: [email protected]
Subject: Re: Bismillah [hidayahnet] Tsunami:Konsert Tahun Baru di KLCC dan Dataran Merdeka dibatalkan

sepatutnya every year konsert2 macam ni tak patut diadakan, jangan lah masa ditimpa bencana jer baru nak insaf sekejap, pastu terkinja2 balik.....

Puteri Nisa Abdullah <[EMAIL PROTECTED]> wrote:
 Forwarded message ----------
Date: Wed, 29 Dec 2004 17:46:04 +0800
From: [EMAIL PROTECTED]
Reply-To: [EMAIL PROTECTED]


Tsunami:Konsert Tahun Baru di KLCC dan Dataran Merdeka dibatalkan 


Konsert sambutan Tahun Baru 2005 yang dijadual diadakan di KLCC dan
Dataran Merdeka telah dibatalkan.Hal ini diumumkan oleh Ketua Pegawai
Ekskutif TV3 Datuk Farid Ridzuan dalam satu sidang akhbar Rabu. Keputusan
ini dibuat kerana suasana sedih akibat tragedi tsunami yang menelan korban
dan mengakibatkan kerosakan harta benda di Pulau Pinang,Kedah,Perak dan
Selangor. Sebelum itu Pergerakan Pemuda Umno Wilayah Persekutuan adalah
antara beberapa pihak yang mendesak agar majlis sambutan berbentuk hiburan
dibatalkan kerana ramai mangsa yang bersedih.

Ketuanya, Datuk Norza Zakaria memberitahu menerusi satu kenyataan bahawa
pergerakan itu sendiri akan membatalkan semua acara berkaitan. Katanya
sebaliknya beliau akan mengetuai serombongan Pemuda Wilayah Persekutuan ke
tempat yang dilanda bencana itu di Kedah untuk menghulurkan bantuan.

Sementara itu Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi Rabu berkata kerajaan tidak
akan mengadakan sebarang acara kemeriahan atau perayaan menyambut Tahun
Baru dan sebaliknya menganjurkan semua pihak, termasuk pihak swasta,
supaya mengadakan majlis doa agar negara selamat dari sebarang bencana
alam.

Perdana Menteri berkata semoga dengan majlis doa itu negara akan selamat
dan tidak lagi dilanda ombak besar tsunami seperti Ahad lepas dan
malapetaka yang lain.

"Marilah juga kita doakan agar yang menderita (akibat tsunami) mendapat
kesabaran dan mengatasi kerugian yang telah dialami," katanya ketika
berucap di Kampung Kepala Jalan, Kota Kuala Muda semasa mengunjungi mangsa
tsunami dan meninjau kerosakan akibat serangan ombak besar itu.

"Kita harap mereka yang mengalami kerugian dan hilang mata pencarian dapat
berusaha lebih tekun untuk memulihkan mata pencarian mereka."

Perdana Menteri juga meminta meminta masjid-masjid di seluruh negara
mengadakan khutbah yang berhubung kait dengan malapetaka tsunami dan apa
yang perlu dilakukan untuk mengatasi penderitaan yang dialami mangsa.

Bagi rakyat Malaysia yang bukan Islam, Abdullah meminta mereka mendoakan
apa yang terbaik untuk rakyat dan negara ini mengikut amalan dan
kepercayaan masing-masing.

Beliau berharap mangsa-mangsa tsunami bersyukur dengan apa jua bantuan
yang
dihulurkan kepada mereka setakat ini bagi meringankan beban yang mereka
tanggung.

Pada majlis itu juga, Perdana Menteri mengumumkan beliau bersetuju dengan
saranan Menteri Kewangan Kedua Tan Sri Nor Mohamed Yakcop supaya bantuan
untuk mangsa tsunami ditambah.

Katanya bagi setiap rumah yang rosak akan diberi tambahan sebanyak
RM2,000, bagi setiap rumah yang ranap RM5,000, bagi bot kecil nelayan yang
rosak RM1,000 dan bot besar nelayan yang rosak RM3,000.

Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak sebelum ini
mengumumkan bantuan segera kepada mangsa tsunami sebanyak RM1,000 bagi
setiap kematian anggota keluarga, RM500 untuk mangsa yang terpaksa
berpindah ke pusat penempatan sementara, dan RM200 untuk mangsa yang
mengalami kecederaan.

Di Pulau Pinang di mana 50 setakat ini dilaporkan terkorban, lebih 800
penduduk pesisir dipindahkan kerana rumah mereka ranap atau sebab
keselamatan dan di Kedah 10 mati dan lebih 4,600 penduduk pesisir terpaksa
berpindah dengan lebih 800 rumah dilaporkan rosak.

Abdullah juga berterima kasih kepada akhbar-akhbar nasional yang
mengadakan kutipan di bawah bantuan Tabung Bencana dan memuji rakyat
Malaysia yang sudi menghulurkan apa jua bantuan termasuk wang ringgit.

Katanya bantuan-bantuan ini akan diagihkan mengikut formula yang telah
ditentukan secara adil dan saksama agar tidak berlaku sebarang masalah
nanti.

Beliau juga meminta mangsa yang terlibat memberi maklumat yang dikehendaki
dengan tepat termasuk alamat, nombor kad pengenalan dan lain-lain serta
menggesa agensi kerajaan mengeluarkan bantuan secepat mungkin.

"Pagi tadi Najib Najib berkunjung ke rumah saya dan saya mengulangi
permintaan agar apa-apa jua bantuan yang hendak diberikan, diberi melalui
peruntukan yang sedia ada dalam Tabung Bencana Alam sebelum lain-lain
bantuan dikeluarkan," katanya.

--- end ---


Do you Yahoo!?
Send holiday email and support a worthy cause. Do good.

--------------------------------------------------------------------------

All views expressed herein belong to the individuals concerned and do not in any way reflect the official views of Hidayahnet unless sanctioned or approved otherwise.

If your mailbox clogged with mails from Hidayahnet, you may wish to get a daily digest of emails by logging-on to http://www.yahoogroups.com to change your mail delivery settings or email the moderators at [EMAIL PROTECTED] with the title "change to daily digest".



__________________________________________________
Do You Yahoo!?
Tired of spam? Yahoo! Mail has the best spam protection around
http://mail.yahoo.com

--------------------------------------------------------------------------

All views expressed herein belong to the individuals concerned and do not in any way reflect the official views of Hidayahnet unless sanctioned or approved otherwise.

If your mailbox clogged with mails from Hidayahnet, you may wish to get a daily digest of emails by logging-on to http://www.yahoogroups.com to change your mail delivery settings or email the moderators at [EMAIL PROTECTED] with the title "change to daily digest".




--------------------------------------------------------------------------

All views expressed herein belong to the individuals concerned and do not in any way reflect the official views of Hidayahnet unless sanctioned or approved otherwise.

If your mailbox clogged with mails from Hidayahnet, you may wish to get a daily digest of emails by logging-on to http://www.yahoogroups.com to change your mail delivery settings or email the moderators at [EMAIL PROTECTED] with the title "change to daily digest".




Yahoo! Groups Links

Kirim email ke