Assalammualaikum...
nampak nyer ada unsur Ahlul-sunnah vs Salafi ni.
wujud pengaruh Salafi, jadi pengikut Ahlul Sunnah nak menahan?
wujud pengaruh Salafi, jadi pengikut Ahlul Sunnah nak menahan?
Kalau dalam mazhab Ahlul Sunnah yang 4, ada percanggahan dalam segi ranting, namun kita dapat lihat percanggahan dari segi pokok kalau di bandingkan Salafi.
Perbezaan dari Segi Tauhid, termasuk lah pegangan Sifat 20, itu yang utama yang membuatkan ramai Ahlul Sunnah tak senang duduk.
Ingat tak sejarah dahulu kala, Ada di kalangan ( bukan semua orang) golongan 4 Mazhab pernah saling mengkafir Sesama Ahlul-Sunnah? Ini baru percanggahan dari soal ranting. Dan, zaman dahulu, ada golongan ( bukan semua orang) 4 Mazhab utama ini tak pernah menerima Mazhab yang lain sebagai satu rumpun.
Namun Zaman berubah.
Dan perlukah kita kembali semula ke zaman tersebut? Dengan terus mengatakan golongan yang satu lagi itu completely salah?
Sekiranya anda berfahaman Ahlul Sunnah, boleh kiranya nak menyalahkan golongan yang berlainan pendapat dengan anda. Tapi pasti kan Anda mengetahui mengenai pihak yang satu lagi luar dan dalam 100%. Namun anda mungkin tersentak dalam proses tersebut, dan akan belajar sesuatu yang anda tak ketahui sebelumnya. Mengapa? Kerana cara anda menghayati agama menggunakan kanta yang berlainan dari mereka.
Dan, sekiranya anda perfahaman Salafi, adakah anda ingin mengatakan apa yang diperlakukan oleh golongan Ahlul Sunnah itu salah, dan bidaah, sedangkan ia telah dilakukan selama berabad menjusur ke Zaman Nabi dan Tabiin? Anda mungkin salah dan anda mungkin betul, namun telahkan anda mengetahui dalil dan musabab mereka? 100%?
Mereka yang sibuk bercakap dan menyalahkan, bukan sahaja tidak memahami pegangan mereka yang lain bahkan tidak memahami pegangan mereka sendiri.
Cuba lah berfikiran terbuka. Kita bukan lagi hidup disaat ilmu terbatas kepada geografi lagi. Dan untuk berfikiran secara waras, cari lah ilmu. Dan BERGURU. dan, Jangan BERTAKLID kepada sesuatu Tanpa tahu sebab musabah.
Dan, tidak perlu menjadikan ruangan di HIDAYAHNET ini sebagai tempat berhujah soal Tauhid yang BESAR seperti ini. kerana anda akan membuatkan orang lain Terkeliru, TERMASUK LAH SAYA.
Wassalam.
grad it <[EMAIL PROTECTED]> wrote:
Pendirian peribadi saya bab Ibnu Tamiyah. Sepanjang pengajian saya dalam bidang Fekah Ahlul Sunnah Wal Jamaah, terdapat 4 Imam Besar yang diiktiraf pakai mengeluarkan pendapat mereka, iaitu
1. Imam Malik (Mazhab Maliki)
2. Imam Hambali (Imam Hambali)
3. Imam Hanafi (Imam Hanafi)
4 Imam Syafei ( Imam Syafei)Pendapat mereka berdasarkan retentan peristiwa zaman tabiin. Iaitu lingkungan 300 tahun dari kewujudan agama Islam .Tiap2 mazhab ada nas dan sebab musabab mereka sendiri dalam mengeluarkan fatwa. Iaitu yang tidak terdapat pada Al-Quran dan Hadis Nabi. Sebab itu diterima oleh masyarakat sebagai Qias dan Ijmak Ulamak.Fahaman Ibnu Tamiyah ini asalnya dalam lingkungan 700 tahun selepas kewafatan Rasululah.Iaitu kurun permulaan kejatuhan keagungan empayar Islam. Beliau bukan mujadid kurun ke 7 seperti mana fahaman setengah pehak.Asal keluarga dari ayah nya ialah pengikut mazhab Hambali.Sudah menjadi darah daging bangsa Arab suka melakukan berbagai perubahan mengikut zaman. Kerana bangsa Arab ini amat kasar kerana faktor persekitaran mereka yang tinggal ditengah-tengah padang pasir Sebab itu Nabi Muhamad diturunkan untuk berdakwah kepada bangsa Arab yang terkenal dengan ganas dan kasar.Fahaman Ibnu Tamiyah yang menolak ziarah kubur hatta ziarah makam Nabi sekali pun, tiada bacaan Talqin,Berzanji , Maulud Nabi kerana dianggap sebagai unsur bidaah yakni tiada pada zaman Nabi.Dalam hadis nabi menyebut meraka yang bijak ialah mereka yang memngingati mati.bagaimana nak mengingati mati jika ziarah kubur dianggap sebagai bidaah. Tambahan pulak tiada maulud dan berzanji. Memang amalan mulia jika setiap hari membaca Al-Quran.Tetapi jika dipertingkatkan lagi dengan berzanji dan maulud akan meningkatkan lagi ingatan dan ketaqwaan kita pada Illahi.Ini adalah amalan2 ahli sufi kearah meningkatkan lagi amalan kerohanian atau tasawuf.Meski pun amalan berzanji dan maulud tiada pada zaman nabi namun ia adalah bidaah yang digalakkan.Ibarat menyelam kedalam lautan. Manusia yang terdahulu menyelam tanpa sebarang peralatan untuk meninjau keindahan lautan.Mereka menghirup nafas sebanyak mungkin sebelum menyelam.Dengan kekuatan mereka bernafas dalam air selama 5 hingg 10 minit mereka muncul semula untuk mendapatkan air dipermukaan sebelum menyelam kembali.Kemudian sesuai dengan peredaran zaman dan perubahan teknolgi , direka peralatan menyelam seperti bekalan oksijen, kasut itik dan pelbagai lagi untuk kemudahan penyelam.Sudah tentu peralatan ini dapat meningkatkan penyelam untuk meneroka dasar lautan yang maha luas.Tetapi kemudahan ini ditentang oleh generasi berikutnya dengan alasan manusia dahulu kala tidak memakai kemudahan alat menyelam. Mereka pakai terjun sahaja.Adakah alasan ini boleh diterima pakai? Begitulah tamsilan yang cuba dibawa dalam fahaman ibnu tamiyah dalam membidaahkan perkara2 yang tidak dilakukan pada zaman Rasululah.Wallahualam--- In [EMAIL PROTECTED], syabab muslim <[EMAIL PROTECTED]...> wrote:
>
> [EMAIL PROTECTED]... wrote :
>
> Sungguh memalukan antum menggunakan kisah Ibn Battutah untuk mendiskreditkan Ibn Taimiyyah rahimahullah. Berikut bantahan atas kisah itu.------------*PERTAMA*:Mazhab (pemahaman) Ibnu Taimiyah tentang sifat Allah adalah mazhab as Salafus sholih yang tergambar dalam firman Allah Subhanahu wa ta'ala :�Tidak ada sesuatupun yang serupa dengan Dia,dan Dia Maha Mendengar, Maha Melihat (asy Syura:11)Maka beliau menetapkan sifat NUZUL (turun)nya Allah sesuai dengan kebesaranNya dan kesempurnaanNya,tidak seperti turunnya makhluk. Kita mengetahuinya dari kata-kata beliau dalam �Majmu� al Fatawa� (5/262) :�Barangsiapa menjadikan sifat Allah seperti makhluk, istiwa' Allah seperti istiwa' makhluk atau TurunNya seperti turunnya makhluk dan semacam itu maka orang itu adalah MUBTADI� (pembuat bid�ah) dan sesat.*KEDUA:*Ibnu Bathuthah menjelaskan dalam �Rihlahnya� 1/120 bahwa dia memasuki kota Damsyik pada 9 Ramadhan 728H. Padahal ketika itu Ibnu Taimiyah tidak pernah keluar penjara sampai beliau wafat
> pada tanggal 20 Dzulqa�dah 728H.Jika begitu, bagaimana boleh Ibnu Bathuthah melihat Syaikhul Islam dengan kedua mata nya, padahal pada hari itu beliau ditahan di penjara Qal�ah semenjak 33 hari!?Demi Allah, sesungguhnya hal ini termasuk dalam KEDUSTAAN yang BESAR!!!�------------Coba antum periksa baik-baik lagi kisah tersebut. Apakah kisah tersebut disebarkan oleh kawan-kawan antum karena akal mereka atau hawa nafsu mereka?Allahu a'lam.Ahmad Ridha ibn Zainal Arifin
>
>
>
>
Do you Yahoo!?
Send holiday email and support a worthy cause. Do good.
--------------------------------------------------------------------------
All views expressed herein belong to the individuals concerned and do not in any way reflect the official views of Hidayahnet unless sanctioned or approved otherwise.
If your mailbox clogged with mails from Hidayahnet, you may wish to get a daily digest of emails by logging-on to http://www.yahoogroups.com to change your mail delivery settings or email the moderators at [EMAIL PROTECTED] with the title "change to daily digest".
Do you Yahoo!?
Yahoo! Mail - Easier than ever with enhanced search. Learn more.
--------------------------------------------------------------------------
All views expressed herein belong to the individuals concerned and do not in any way reflect the official views of Hidayahnet unless sanctioned or approved otherwise.
If your mailbox clogged with mails from Hidayahnet, you may wish to get a daily digest of emails by logging-on to http://www.yahoogroups.com to change your mail delivery settings or email the moderators at [EMAIL PROTECTED] with the title "change to daily digest".
Yahoo! Groups Links
- To visit your group on the web, go to:
http://groups.yahoo.com/group/hidayahnet/
- To unsubscribe from this group, send an email to:
[EMAIL PROTECTED]
- Your use of Yahoo! Groups is subject to the Yahoo! Terms of Service.
