~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~ Artikel PERCUMA !!! "Tips Membina Perniagaan secara Online" boleh dibaca di: http://www.maynetwork.net ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~ Makhluk halus tunjuk garang Oleh NASRULLAH RAHIM BANTAL dan selimut bergerak sendiri menjadi bentuk mayat manusia dan lukisan wajah menyeramkan berwarna merah terbentuk sendiri di telekung. Pinggan mangkuk dan gelas pula berterbangan sebelum jatuh terhempas, manakala barangan di dalam rumah terbakar secara tiba- tiba. Semua itu sesuatu yang di luar pemikiran manusia normal dan selama ini mungkin hanya dapat dilihat dalam filem seram. Bagaimanapun, itulah peristiwa aneh yang terpaksa dilalui sebuah keluarga di rumah mereka di Taman Sri Belimbing, Tanjung Bendahara, Alor Star, Kedah sejak Ogos lalu. Kejadian itu bukan hanya disaksikan keluarga berkenaan, tetapi juga orang ramai yang berkunjung ke rumah mereka untuk melihat peristiwa menyeramkan yang dipercayai angkara makhluk halus itu. Rumah teres itu dikunjungi beratus-ratus orang setiap hari, terutama pada waktu malam, untuk melihat kejadian menyeramkan yang dialami keluarga berkenaan. Antara kejadian aneh di rumah itu adalah pakaian dan kain terbakar dengan sendiri, barangan kaca pecah secara tiba-tiba serta tulisan yang muncul tanpa diduga pada pakaian. Segala misteri dan kejadian aneh itu dikatakan berpunca daripada tindakan makhluk halus mengganggu seorang ahli keluarga di rumah berkenaan sejak 10 bulan lalu. Hafizi Arshad, 19, berkata kakaknya, Hafiza, 23, sentiasa diganggu makhluk halus sejak Januari lalu dan ia semakin agresif sejak kebelakangan ini. Ini kerana makhluk itu mula menimbulkan perkara aneh di kawasan rumah mereka seperti membakar kain dan pakaian, memecahkan barangan kaca serta menconteng muka kakaknya dengan perkataan `mati'. "Pernah kami menjemput sekumpulan pelajar dari Insaniah (Institut Agama Islam Negeri Kedah) untuk membaca Yasin dan selepas itu didapati air Yasin itu mengandungi ikan talapia. "Malah, air minuman yang dijampi bomoh dan ingin diberi minum kepada kakak saya tiba-tiba berubah menjadi tuak (arak)," katanya ketika ditemui di rumah berkenaan, baru-baru ini. Menerima bungkusan Sementara itu, Hafiza berkata, dia mula diganggu Januari lalu, ketika menerima sebuah bungkusan daripada seseorang ketika di kampung neneknya di Kampung Titi Haji Idris, dekat Pendang. Bagaimanapun, katanya, bungkusan mengandungi tiga kain kuning yang diikat itu kini hilang dan tidak dapat dikesan selepas dia meletaknya di biliknya. Menurutnya, kurang seminggu selepas menerima bungkusan itu, dia sering mengalami mimpi ngeri dan terbayang `lembaga hitam' dan apabila tersedar, banyak kesan calar dapat dilihat di tubuhnya. "Saya kemudian ke rumah saudara di Kampung Kelompong, Alor Star dan gangguan itu berterusan sebelum berpindah ke rumah ini (di Taman Sri Belimbing) Mei lalu. "Gangguan itu terhenti dan hanya berulang kira-kira dua bulan lalu dan kali ini semakin ganas," katanya. Menurutnya, tiga adiknya berusia 13, 11 dan lapan tahun kini dipindahkan bagi mengelak tekanan lebih teruk. Katanya, makhluk berkenaan seolah-olah mengikuti ke mana dia pergi dan bukan hanya mengganggu di sesuatu lokasi. Ini kerana dia sudah tiga kali berpindah tempat tinggal dan setiap kali berpindah, gangguan itu masih berlaku. Akibat gangguan itu juga, barangan dan peralatan di dalam rumah mereka kini rosak teruk dan terpaksa dibuang, menyebabkan rumah itu kini hampir kosong. Difahamkan, ibu bapa mereka menghabiskan RM15,000 untuk mengupah 40 bomoh bagi melakukan perubatan tradisional, tetapi tidak berjaya memulihkan anak mereka. Beberapa bomoh yang mengubati Salmah mendakwa, dia diganggu makhluk halus yang didatangkan dari Thailand dan dua lembaga `diarahkan' untuk tujuan itu. Bagaimanapun, berkat pertolongan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Alor Mengkudu, Fadzil Hanafi, yang juga tokoh agama, keluarga itu kini bebas daripada gangguan makhluk berkenaan. ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~ Artikel PERCUMA !!! "Tips Membina Perniagaan secara Online" boleh dibaca di: http://www.maynetwork.net ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~ ------------------------ Yahoo! Groups Sponsor --------------------~--> What would our lives be like without music, dance, and theater? Donate or volunteer in the arts today at Network for Good! http://us.click.yahoo.com/WwRTUD/SOnJAA/i1hLAA/TXWolB/TM --------------------------------------------------------------------~-> -------------------------------------------------------------------------- All views expressed herein belong to the individuals concerned and do not in any way reflect the official views of Hidayahnet unless sanctioned or approved otherwise. If your mailbox clogged with mails from Hidayahnet, you may wish to get a daily digest of emails by logging-on to http://www.yahoogroups.com to change your mail delivery settings or email the moderators at [EMAIL PROTECTED] with the title "change to daily digest". Yahoo! Groups Links <*> To visit your group on the web, go to: http://groups.yahoo.com/group/hidayahnet/ <*> To unsubscribe from this group, send an email to: [EMAIL PROTECTED] <*> Your use of Yahoo! Groups is subject to: http://docs.yahoo.com/info/terms/
