|
Dari
Nu'aim bin Abdullah r.a katanya, dia melihat Abu Hurairah berwudhuk. Dia
mencuci muka dan tangannya hingga sampai ke batas bahu. Kemudian dicucinya
kedua kakinya hingga sampai ke betis. Sesudah itu dia berkata, "Aku
mendengar Rasulullah SAW bersabda:"Sesungguhnya umatku akan datang kelak
di hari kiamat bercahaya-cahaya wudhuknya. Maka siapa yang dapat melebihi
batas-batas yang wajib, lebihkanlah" (Muslim) |
|
1.
Salah satu syarat sah sembahyang ialah mengambil wudhuk. Dengan wudhuk
yang sempurna seseorang akan dapat mengerjakan solat/sembahyang dengan
penuh khusyuk. 2. Ketika berwudhuk kita diharuskan membaca doa-doa yang
tertentu seperti berikut: i. Ketika berkumur, berniatlah: "Ya Allah,
ampunilah dosa mulut dan lidahku ini". ii. Ketika membasuh muka,
berniatlah:"Ya Allah, putihkanlah (berikanlah cahaya) pada mukaku di
akhirat kelak, Janganlah Kau hitamkan muka ku ini". iii. Ketika
membasuh tangan kanan, berniatlah:"Ya Allah, berikanlah buku hisab ku di
tangan kanan ku ini". iv. Ketika membasuh tangan kiri, berniatlah:"Ya
Allah, janganlah Kau berikan buku hisab ku di tangan kiri ku ini". v.
Ketika membasuh kepala, berniatlah:"Ya Allah, lindunglah aku dari terik
matahari di padang Mahsyar dengan Arasy Mu". vi. Ketika membasuh
telinga, berniatlah:"Ya Allah, ampunilah dosa telinga ku ini". vii.
Ketika membasuh kaki kanan, berniatlah:"Ya Allah, permudahkanlah aku
melintasi titian Siratul Mustaqim". viii. Ketika membasuh kaki kiri,
berniatlah:"Ya Allah, bawakanlah daku pergi ke masjid-masjid, surau-surau
dan bukan tempat-tempat maksiat". 3. Berwudhuk tidak sahaja diperlukan
ketika hendak mengerjakan solat tetapi kita juga disarankan agar berwudhuk
apabila hendak membaca al-Quran, mempelajari sesuatu ilmu dan ketika
hendak masuk tidur kerana sesungguhnya wudhuk itu dapat menggugurkan
dosa-dosa kecil yang dilakukan dan menjadikan seseorang itu sentiasa
berada dalam keadaan bersih di samping menambah keserian
wajah. |