Wadah
Wanita Islam: Barangan lusuh, riak cacatkan amalan sedekah
Oleh Endok Sempo
Mohd Tahir
Sketsa 1: �Roha, ada tak sukarelawan untuk memilih,
membungkus, mengemas serta menyusun sumbangan orang ramai untuk mangsa tsunami?�
Seorang kawan daripada pertubuhan bukan kerajaan (NGO) menelefon Roha, seorang
sukarelawan.
�Maaf Kak Yani, rumah saya pun tengah penuh sesak dengan
sumbangan baju daripada orang keliling yang bercampur baur antara terpakai dan
baru. Sudah
berapa malam tidur sehingga jam 2 pagi bersama sukarelawan lain. Saya tidak
tergamak nak bagi mangsa baju buruk dan tidak lengkap, ada kain tanpa baju, ada
baju tanpa kain. Kami sedang memilih yang terbaik dan boleh dipakai untuk
dibungkus,� Roha menjawab.
Sketsa 2: �Kami dapati baju terpakai banyak di
sana sehingga ada kanak-kanak bermain dan melompat di atas baju yang bertimbun.�
Demikian kata ketua kampung di ground zero sambil tangannya menuding ke beberapa
timbunan baju terpakai di hujung khemah mangsa tsunami.
Ariff seorang
sukarelawan sempat melihat longgokan pakaian itu. Tapi ternyata kain baju yang
diberi amat daif. Seluar yang terlalu lusuh dan koyak. Tidak kurang juga pakaian
dalam buruk. Aduhai! Mereka rasa dihina. Fahamlah dia mengapa mangsa tsunami
tidak menghiraukan sumbangan baju terpakai itu. Kain baju yang diberikan hanya
untuk menambahkan kesesakan di rumah.
Sketsa 3: �Kalau tidak ada orang
surat khabar atau orang TV ambil gambar penyerahan sumbangan orang ramai, lambat
kami dapat sumbangan.� keluhan mangsa yang baru saja mendapatkan bantuan makanan
dan pakaian.
Sketsa 4: �Kita amat prihatin dengan tuan dan puan, sebelum
depa sampai kita dah cacak dulu! Seorang ahli politik berceramah berapi-api,
namun mangsa belum mendapat apa apa pun selepas beberapa hari!
Sketsa 5:
�Ketika sukarelawan bomba mengepam keluar lumpur dari rumah, bantuan beberapa
agensi berwajib juga sampai pada hari itu. Sedih pula melihatkan keadaan mangsa
ombak, apabila hendak mendapatkan RM500 mereka terpaksa mendengar �rungutan�
wakil berkenaan dulu. Ada pula yang membidas kampung terbabit dengan menyatakan
nelayan membuang sampah di laut walaupun ada kemudahan tong sampah sebelum
bencana.
Kini ombak menghantar kembali sampah ke rumah tuan. Kasihan
melihat mangsa berkenaan hanya tunduk mendengar leteran pegawai.
Sketsa
6: �Pengagihan bantuan RM500 daripada kerajaan ada yang tidak menurut kriteria.
Ada yang kena serpihan saja dapat bantuan. Ada pula yang terkorban ahli keluarga
tidak dibantu.
�Suaminya seorang pesakit jantung yang meninggal akibat
terkejut mendengar kampung mereka dilanda tsunami. Pendeknya cara pembahagian
bantuan kepada sebahagian mangsa tidak menurut prosedur keutamaan.� Demikian
keluhan sukarelawan lain.
Beberapa sketsa diatas didengar daripada
sukarelawan yang bertugas di kawasan yang dilanda tsunami.
Ada beberapa
perkara yang perlu kita renungkan untuk diambil iktibar daripada bencana tsunami
dan hubungan kita sebagai pemberi sumbangan.
Dalam masyarakat kita, derma
atau sumbangan adalah bersedekah yang boleh meringankan beban orang lain dan
menyelamatkan kita daripada api neraka. �Sedekah itu menghapuskan kesalahan
seperti air memadamkan api� (Hadis Riwayat At Tirmidzi)
Dalam amalan
bersedekah, kita perlu melakukannya dengan ikhlas kerana Allah, bukan disebabkan
balasan nama atau sekadar bersedekah saja.
Supaya bersedekah tidak
menjadi sia-sia, Islam mengajarkan umatnya menyumbang dan bersedekah menepati
erti �sedekah�. Beberapa perkara perlu diambil perhatian dan tindakan demi
kesempurnaan bersedekah.
Pertama: Barang yang disedekahkan itu hendaklah
baik, elok dan tidak malu untuk dipakai (boleh dipakai). Adalah tidak wajar dan
paling tidak munasabah barang yang disedekahkan itu tidak tergamak kita gunakan
sendiri. Biarlah bersedekah dengan barang yang disenangi penerima. Allah
melarang bersedekah dengan benda yang tidak baik kerana bersedekah adalah ibadat
dan tanda mensyukuri nikmat Allah.
�Wahai orang yang beriman!
Belanjakanlah pada jalan Allah sebahagian daripada hasil usaha kamu yang baik
dan sebahagian daripada apa yang Kami keluarkan dari bumi untuk kamu. Dan
janganlah kamu sengaja memilih yang buruk daripadanya lalu kamu dermakan atau
kamu jadikan pemberian zakat, padahal kamu sendiri tidak sekali-kali akan
mengambil yang buruk itu kalau diberikan kepada kamu, kecuali dengan memejamkan
mata padanya. Dan ketahuilah, sesungguhnya Allah Maha Kaya, lagi sentiasa
terpuji.� (Al-Baqarah ayat 267)
Kedua: Sesuatu yang disedekahkan ialah
yang halal, bukan haram atau subahat.
Ketiga: Sunat bagi pemberi sedekah
atau derma bersedekah dan berderma daripada benda yang disukai dan disayangi,
tidak kira sama sedikit atau banyak.
�Kamu tidak sekali-kali akan dapat
mencapai hakikat kebajikan dan kebaktian yang sempurna sebelum kamu dermakan
sebahagian daripada apa yang kamu sayangi. Dan apa jua yang kamu dermakan maka
sesungguhnya Allah Maha Mengetahuinya.� (Al-Imran ayat 92)
�Daripada
Adiyie Hatim Radiallahuanhu berkata: Saya mendengar Rasulullah saw bersabda:
Takutlah kamu akan api neraka walaupun dengan (bersedekah) separuh buah kurma.�
(Riwayat Al-Imam Al-Bukhari).
Hadis ini menunjukkan amalan bersedekah
walaupun hanya separuh buah kurma boleh menyelamatkan kita daripada api neraka.
Keempat: Bersedekah disertai dengan keikhlasan, bukan mengungkit,
merungut, membidas dan menyakiti hati orang yang menerima sedekah kerana
perbuatan ini haram dan merosakkan amalan bersedekah.
�Wahai orang yang
beriman! Jangan rosakkan pahala sedekah kamu dengan perkataan membangkit-bangkit
dan kelakuan yang menyakiti seperti rosaknya pahala amalan sedekah orang yang
membelanjakan hartanya kerana hendak menunjuk-nunjuk kepada manusia (riak) dan
ia pula tidak beriman kepada Allah dan hari akhirat.
�Maka bandingan
orang itu seperti batu licin yang ada tanah di atasnya kemudian batu itu ditimpa
hujan lebat, lalu ditinggalkannya bersih licin (tidak bertanah lagi).
Demikianlah juga halnya orang kafir dan riak itu, mereka tidak akan mendapat
sesuatu pahala pun daripada apa yang mereka usahakan. Dan ingatlah Allah tidak
akan memberi petunjuk kepada kaum yang kafir.� (Al-Baqarah-264)
Kelima:
Sedekah yang diberikan secara sembunyi lebih afdal, ibarat tangan kanan yang
memberi, tangan kiri tidak mengetahuinya. Perbuatan ini dekat kepada keikhlasan
dan jauh daripada riak kerana sifat ini boleh merosakkan amalan sedekah. Tiada
gunanya bersedekah jika mahu mendapat pujian dan dikatakan pemurah kerana dengan
keikhlasan sahajalah ganjaran pahala diperoleh.
�Jika menampakkan
sedekah kamu, ini sangat baik, tetapi jika kamu merahsiakannya, dan memberikan
orang fakir, maka itu lebih baik bagi kamu dan akan melepaskan kamu daripada
kejahatan kamu; Allah menyedari apa yang kamu buat� (Al Baqarah � 271).
Keenam: Sedekah tidak mengurangkan harta, sebaliknya menambah harta dan
menjauhkan kefakiran, kekurangan dan kesempitan. Allah akan gantikan dengan yang
lebih baik.
�Katakanlah wahai Muhammad sesungguhnya Tuhan-Ku memewahkan
rezeki bagi sesiapa yang dikehendaki-Nya antara hamba-Nya dan Ia juga yang
menyempitkan baginya, dan apa saja yang kamu dermakan maka Allah akan
menggantikannya dan Dia sebaik-baik pemberi rezeki� (Saba� �
39).
Ketujuh: Sedekah membersihkan harta dan menyucikan diri
kita.
�Ambil sedekah daripada harta mereka untuk membersihkan dan
menyucikan mereka dan doakanlah mereka. Sesungguhnya doa engkau itu menjadi
ketenangan hati mereka. Allah maha mendengar lagi maha mengetahui� (At
Taubah-103).
Ayat itu menjawab dua soalan pokok, iaitu apa yang harus
disedekahkan dan mengapa umat harus bersedekah. Sedekah adalah untuk membersih
dan menyucikan (jiwa) dan disedekahkan daripada harta atau benda yang dimiliki.
Walaupun pemikiran kebanyakan umat Islam masih menghubungkaitkan sedekah
dengan kebendaan, renungkan sepotong ayat Allah (yang juga ajaran Rasul yang
wajib) berbunyi: ��tentang sedekah dan orang yang tidak mendapati sesuatu
melainkan tenaganya (usaha mereka)� (At Taubah - 79)
Sebenarnya sedekah
bukan saja berbentuk kebendaan. Bagi yang tidak mampu atau tiada harta, Allah
menghendaki mereka menyumbangkan usaha dan doa.
Usaha termasuk menjadi
sukarelawan, daya upaya, idea dan ikhtiar, kegiatan, perbuatan untuk mencapai,
melaksanakan dan menyempurnakan sesuatu usaha yang disumbangkan dan memanfaatkan
mereka yang layak menerima sedekah. Walaupun hanya sekadar doa dan senyuman.
�Senyum itu adalah sedekah� (maksud hadis).
Penulis boleh dihubungi
di e-mel, [EMAIL PROTECTED] dan sebarang jawapan terhadap kemusykilan boleh
dilayari di www.wanitajimceria.blogspot.com.