Tragedi tsunami yang melanda dibeberapa buah negara terutama Asia Tengggara pada 26hb Disember 2004 yang lalu benar-benar membingungkan kita semua. Siapa yang dapat menduga kepulauan Nusantara yang sekian lama aman damai kecuali menghadapi luahan gunung berapi akan menghadapi bencana yang beribu kali lebih kuat dari kekuatan bom atom yang digugurkan dibandar Hiroshima Jepun pada waktu Perang Dunia Kedua dahulu.
Sehingga kini Banda Aceh yang dilanda bencana Tsunami masih lagi berhadapan dengan mayat-mayat yang reput yang belum lagi sempat dikebumikan.Pihak berkuasa Indonesia menghadapi kesukaran untuk mengkebumikan kesemua rakyatnya di kawasan Aceh yang yang telah mencecah ratusan ribuan manusia. Walau pun kini telah lebih 2 minggu dari tarikh kejadian namun ekoran kerosakan teruk akibat masalah perhubungan jalan raya yang terputus ditambah lagi dengan petempatan mereka yang selamat tidak tinggal dalam satu Pusat petempatan menyebabkan bantuan yang diberi tidak dapat diseragamkan.
Pada kita yang berada di Malaysia sepatutnya mengucap setinggi-tinggi kesyukuran dan keampunan pada Illahi kerana terselamat dari bencana tersebut walau pun terdapat juga sebilangan kecil rakyat Malaysia yang terkorban seperti mana yang berlaku di Pulau Pinang dan Kota Kuala Muda Kedah.Semoga kejadian ini akan meningkatkan lagi ketaqwaan dan pengabadian kita pada Pencipta yang telah sekian lama mengurniakan kemewahan hidup dalam keadaan aman damai di Malaysia ,bumi bertuah ini.
Pada mereka yang asyik terlena dalam memburu kehidupan dunia dan mengejar kemewahan materialistik akan terfikir dan mengkaji hikmah disebalik kejadian.Pelbagai pengajaran dan iktibar, garis panduan serta tidak kurang juga khidmat kaunseling diberi samada oleh mereka yang bertauliah atau pun tidak.Berbagai-bagai pendapat di utarakan oleh mereka yang pakar dalam bidang motivasi yang mana setengahnya lebih hebat dari watak Pak Belalang lakonan Allahyarham P.Ramlee dalam filem Nujum Pak Belalang.
Namun sedarkah kita bahawa hikmah disebalik bencana tersebut mempunyai kaitan dengan tanda-tanda kebangkitan Islam di Kepulauan Nusantara atau dengan kata lain bagi negara Malaysia dan Indonesia.Mengapa pula dikatakan setelah ditimpa bencana bakal menjadi Pusat Kebangkitan Islam di Nusantara khasnya bahkan dunia amnya.
Lupakah kita pada faktor sejarah yang mana setiap kali sesuatu tempat ditimpa musibah walau pun tidak semua namun setelah sekian lama masa berlalu generasi yang masih hidup dapat bangkit kembali membangunkan keagungan peradaban mereka.Lihatlah apa yang terjadi pada Hiroshima yang dilanda oleh bom atom yang digugurkan oleh tentera Amerika. Serta pada kaum Nabi Noh yang ditengelami air bah serta pada kaum Nabi Lut yang diterbalikkan bumi mereka yang mana tinggalan sejarah tersebut masih lagi boleh dilihat di Laut Mati.
Walau pun kemusnahan Hiroshima akibat letupan bom atom dari perbuatan manusia manakala banjir besar pada umat nabi Noh dan kemusnahan tempat tinggal kaum Lut akibat bencana alam. Namun yang musnah ialah harta benda dan nyawa. Namun minda dan pemikiran manusia yang hidup akan cuba mendekati Tuhan serta hakikat kejadian manusia. Mereka akan bangkit kembali walau pun memakan masa namun dalam masa yang sama akan cuba memperbaiki tahap kehidupan mereka itu sendiri kalau boleh seperti sebelum ditimpa kejadian bencana.
Seperti di Jepun yang mana rakyatnya berfahaman materialistik bukan sahaja bandar Hiroshima dapat membangun kembali malahan kebangkitan ekonomi merangkumi keseluruhan kepulauan Jepun yang tidak terjejas akibat letupan bom.Malahan Kebangkitan Ekonomi Jepun amat menakjubkan kesemua pehak yang mana Jepun menguasai kekuatan ekonomi mengalahkan pehak Amerika Syarikat .Cuma dalam bidang ketenteraan masih lagi dipegang oleh Amerika Syarikat.
Jadi bagaimana pula dengan Negara Indonesia dan Malaysia diNusantara. Apakah mereka boleh bangkit seperti Jepun dalam kebangkitan ekonomi? Semua bangsa mengetahui bahawa Kepulauan Nusantara yang didiami oleh Indonesia dan Malaysia didiami oleh kaum Melayu. Rata-rata Melayu di Nusantara beragama Islam. Yang mana kekuatan ekonomi mereka agar sukar dapat bangkit seperti Jepun.
Namun apa yang akan bangkit? Bencana kejadian akan menyebabkan umat Islam akan meningkatkan keimanan dan ketaqwaan pada Allah. Bukankah Allah telah menyebut bahawa hanya melalui taqwa yang dapat bantuan dariNya
" Wahai orang yang beriman,bertaqwalah kamu kepada Allah dan carilah jalan yang dapat mendekatkan diri pada Nya.dan berjihadlah pada jalan Nya supaya kamu mendapat keuntungan" Tafsiran Surah Al-Maidah Ayat 35
Keuntungan yang dimaksudkan yang dimaksudkan bukan berbentuk keduniaan seperti yang berlaku di Jepun tetpi membawa maksud kejayaan dunia dan akhirat. Bukan melalui kekuatan ekonomi tetapi melalui kekuatan jihad filsabillilah. Melalui jihad kepada Allahlah barulah umat Melayu Islam di Kepulauan Nusantara dapat memimpin dunia.Jihad yang macam mana? Bukan jihad dengan mengebom berani mati seperti sekumpulan umat Islam yang lain.Tetapi jihad melalui hubungan ukhwah sesama manusia , saling nasihat menasihati seperti kaedah Rasululah menasihati umat baginda dan mempertingkatkan ketaqwaan pada Illahi.
Umat Melayu Islam belum digilirkan lagi oleh Allah untuk menguasai dunia seperti bangsa Arab, Turki dan India .Kaum Arab pada masa sekarang mungkin tidak lagi akan memegang Amir Islam Sedunia kecuali Amir dinegara masing-masing kerana berlaku perpecahan dan sikap mementing diri .Amir Arab saudi yang kaya raya pun kurang menolong rakyat Palestin. Apatah lagi nak membantu rakyat Indonesia yang dilanda Tsunami.
Manakala negara Turki baru hendak melepaskan diri dari fahaman Kamal Altaturk. Negara India cuma tinggal sejarah keagungan Islam mereka yang dapat dilihat melalui Taj Mahal. Cuma tinggal negara umat Melayu sahaja yang belum tiba giliran mereka untuk menerajui Dunia Islam. Walau pun Malaysia telah dilantik menjadi Pengerusi Negara Islam (OIC) tetapi perlantikan tersebut belum dilihat sebagai isyarat nyata Umat Melayu di Nusantara. Kerana sebahagian besar umat Melayu Islam masih lagi menghadapi krisis rumah tangga, kepimpinan dan keruntuhan akhlak muda mudi seperti budaya Black Metal, Punk dan sebagainya.
Cuma apabila tiba bencana Tsunami barulah dikatakan isyarat Kebangkitan Islam Di Nusantara . Kerana dengan berlakunya bencana tersebut, ramailah dikalangan kita akan memperbaiki dan mempertingkatkan ilmu dan amalan samada berbentuk fizikal atau kerohanian.Masing-masing pehak mula mengamalkan sikap bermuhasabah diri (cermin diri) dan mengurangkan dan lebih baik kalau dapat meninggalkan aktiviti-aktiviti yang banyak melalaikan melalui hiburan dan pesta-pesta yang membazirkan wang dan tenaga.
Walau pun ini baru di peringkat permulaan seperti tiada lagi Sambutan Tahun Baru 2005 baru-baru ini, diharap dapat lagi memperbaiki nilai-nilai amalan sesama Manusia dan Tuhan.Diharap umat Islam di Kepulauan Nusantara amya dan Malaysia khasnya dapat memperbanyakkan lagi aktiviti-aktiviti keagamaan sesuai dengan sifat manusia itu sebagi Pemegang Amanah atau dengan kata lain sebagai Khalifah di muka bumi ini , barulah bantuan Allah akan tiba. Dan lihatlah selepas itu berbondong-bondong manusia memeluk agama Islam kerana Islam adalah agama fitrah manusia.Bila berlaku sesuatu musibah, jangan lari dari Tuhan tetapi larilah menuju kepadaNya.
Ruslan bin Ghazali
Pak Syeikh Kamunting
Sila layari http://groups.com.group/sibermelayu
Do you Yahoo!?
All your favorites on one personal page � Try My Yahoo!
--------------------------------------------------------------------------
All views expressed herein belong to the individuals concerned and do not in any way reflect the official views of Hidayahnet unless sanctioned or approved otherwise.
If your mailbox clogged with mails from Hidayahnet, you may wish to get a daily digest of emails by logging-on to http://www.yahoogroups.com to change your mail delivery settings or email the moderators at [EMAIL PROTECTED] with the title "change to daily digest".
Yahoo! Groups Links
- To visit your group on the web, go to:
http://groups.yahoo.com/group/hidayahnet/
- To unsubscribe from this group, send an email to:
[EMAIL PROTECTED]
- Your use of Yahoo! Groups is subject to the Yahoo! Terms of Service.
