Nabi Ismail pun membesarlah di dalam kelompok kabilah yang telah mengambil keputusan untuk menetap di bumi tandus itu...
Suatu hari, Nabi Ibrahim telah menerima wahyu untuk mengorbanankan anak kesayangannya sebagai tanda patuh kepada Allah. Nabi Ibrahim tak mampu menipu dirinya bahawa Nabi Ismail yang lebih dicintai & dikasihi di antara 2 anaknya. Maka berangkatlah Nabi Ibrahim ke Mekah menemui Nabi Ismail. Bagindapun berkata kepada anak kesayangnnya itu: "Wahai anakku, aku telah bermimpi menyembelihmu sebagai tanda patuh kepada Allah...". Lantas disambut segera oleh Nabi Ismail: "Wahai Ayah. Dikau adalah rasul Allah. Mimpimu adalah wahyu. Maka laksanakanlah." Maka bercucuranlah airmata Nabi Ibrahim mendengar kata anaknya itu. Dengan hati yang walang, bagindapun membawa anaknya ke sebuah bukit untuk dikorbankan... Dipertengahan jalan, telah datang syaitan kepada Nabi Ismail seraya berkata: "Wahai Ismail! Ayahmu ingin menyembelihmu kerana kasihnya kepada saudaramu Ishaq. Lekaslah kau lari sementara masa masih ada". Nabi Ismail tahu itu hanya godaan syaitan. Maka diambilnya 3 biji batu dan dibalingkan ke arah syaitan. Berlalulah syaitan tersebut. Di pertengahan jalan, muncul pula seekor lagi syaitan. Berkata ia: "Wahai Ismail! Kau dikorbankan bukan kerana Allah tetapi kerana menurut kata ibu tirimu. Dia takkan senang selagi kau masih hidup. Lekaslah kau lari sementara masih ada masa". Dan sekali lagi, Nabi Ismail mengutip 3 biji batu dan dilontarkan ke arah syaitan tersebut. Buat kali ketiganya, muncul seekor lagi syaitan. Berkata ia: "Wahai Ismail! Ayahmu bimbang kau mengambil tempatnya sebagai Nabi. Dia mempunyai iri hati yang sangat dalam. Larilah dikau sementara kau masih punya waktu". Dan untuk kesekian kalinya, syaitan itu berlalu selepas dilontar dengan batu (jamrah). Sesampai di bukit tersebut, berkatalah Nabi Ismail, "Wahai Ayah, aku tidak akan melawan. Tetapi kau ikatkan kaki dan tanganku supaya hatimu tidak sedih melihat aku menggelitik di akhir hayatku". Nabi Ibrahim menurut dengan hati yang sedih. Tatkala Nabi Ibrahim mengangkat pedangnya, terlihat wajah kehampaan pada raut Nabi Ibrahim. Berkata Nabi Ismail, " Duhai Ayah! Untuk tidak kau berasa kasihan, kau selubungkanlah wajahku". "Ayah, asahlah pedangmu agar kurang penderitaanku ketika kau menyembelihku." Maka menitiklah air mata Nabi Ibrahim mendengar kata anak kesayangannya itu. Setelah pedangnya cukup tajam, lalu baginda pun meletakkannya pada leher Nabi Ismail. Dengan kuasa Allah, pedang tersebut menjadi tumpul. Lalu diasahnya sekali lagi tetapi apabila dilalukan pada leher Nabi Ismail, ia menjadi tumpul semula. Nabi Ibrahim tahu suatu mukjizat akan berlaku. Baginda mengasah sekali lagi pedangnya. Tajam pedangnya itu, kalau dilalukan kain, pastinya akan putus dua kain tersebut. Lalu dengan lafaz BismiLlah, sambil memejamkan mata, baginda menghiris pedangnya ke leher Nabi Ismail. Terasa akannya pedang tersebut menusuk ke dalam daging. Perlahan-lahan airmatanya menitis. Kemudian apabila baginda membuka mata, yang dilihat di hadapannya adalah seekor qibas. Manakala Nabi Ismail berada di sebelahnya tersenyum (ibadah qurban). "Telah turun Jibrail melepaskan aku dan meletakkan qibas sebagai ganti. Allah tidak akan begitu zalim. Sesungguhnya ini adalah ujian untuk kita berdua". Maka berpelukanlah kedua beranak itu lantas sujud mengucapkan syukur atas limpahan rahmatNya... Sahabatku, mulianya hati Nabi Ibrahim sanggup mengorbankan anak kesayangannya dan Nabi Ismail, sanggup dikorbankan semata-mata kerana Allah. Mereka memandang perintah Allah lebih mulia & penting dari segala-galanya. Bandingkanlah dengan kita hari ini. Jangankan hendak mengorbankan anak, malah anak itu yang menyebabkan kita jauh dari Allah. Kerana hendak membahagiakan anak, kita bekerja begitu kuat hingga mengurangkan masa kita untuk beribadah. Semoga kisah ini memberikan kita iktibar... Wallhu'alam... ------------------------ Yahoo! Groups Sponsor --------------------~--> Has someone you know been affected by illness or disease? Network for Good is THE place to support health awareness efforts! http://us.click.yahoo.com/UwRTUD/UOnJAA/i1hLAA/TXWolB/TM --------------------------------------------------------------------~-> -------------------------------------------------------------------------- All views expressed herein belong to the individuals concerned and do not in any way reflect the official views of Hidayahnet unless sanctioned or approved otherwise. If your mailbox clogged with mails from Hidayahnet, you may wish to get a daily digest of emails by logging-on to http://www.yahoogroups.com to change your mail delivery settings or email the moderators at [EMAIL PROTECTED] with the title "change to daily digest". Yahoo! Groups Links <*> To visit your group on the web, go to: http://groups.yahoo.com/group/hidayahnet/ <*> To unsubscribe from this group, send an email to: [EMAIL PROTECTED] <*> Your use of Yahoo! Groups is subject to: http://docs.yahoo.com/info/terms/
