|
ya betul ...ms dina scully....
tengok pertunjukkan tu....depan2
mata....
tercabar nafsu...kalau org tua...mau tak tidor
malam....
tu yang menyumbangkan ke maksiat......
so apa usaha kita ?
----- Original Message -----
Sent: Thursday, January 20, 2005 10:19
AM
Subject: Re: Bismillah [hidayahnet] ISLAM
HADHARI DAN NEGARA ISLAM
Assalamualaikum..harap2nya laman web ni tak jadi medan bertikam lidah
bagi mereka2 yg berfahaman politik lain2 lah......maklumlah, rambut sama
hitam, hati lain-lain, pendapat pun lain2...jadi cara terbaik maybe jangan
bagi pendapat yang terlalu sensitif sampai orang2 lain boleh jadi sakit hati
bila baca (pendapat saya lah)....
Tapi rasa janggal juga....di kala PM kita, Dato' Seri Abdullah Badawi me
war-warkan pasal pembangunan Islam Hadhari, tapi at the same time, Datin Seri
Endon memperjuangkan kebangkitan kebaya nyonya, kain sutera dan
batik...memanglah tak salah sbb dah jadi budaya kita dari dulu, tapi nampak
janggal sbb malam tadi kuar berita TV3 fesyen show batik, model sume ala-ala
seksi gitu, terdeda2h gitu, nampak dada, batik yg asalnya dari kaum Melayu
yang pakai labuh sampai ke kaki dah dimodenkan jadi ala-ala separuh
gituuuuuu....kan bagus kalau isteri PM suggest fesyen show batik or kebaya
nyonya tapi modified sikit, biar ala- ala tutup aurat dan sesuai untuk
muslimah....barulah nampak seiring dan selari dgn perjuangan
suaminya.......jadi.....emm...saya rasa tak hairanlah kalau ada org nak
mempertikaikan apa yg diorg nak pertikaikan.....ye tak?
pendapat peribadi jer....sbb rasa mcm bercanggah pulak perjuangan First
Men n First Lady ni.....emmmm......itu satu contoh lah, ACTION SPEAKS LOUDER
THAN WORDS...dalam buku maybe semuanya diterangkan dgn cantik, tapi apa yg
kita nak lihat ialah ACTION, not WORDS only....sekian......
piza
<[EMAIL PROTECTED]> wrote:
ASM
sdr,
minta sdr lebih rasional dan minta sdr lebih menghormati
perasaan sesama islam....jgn berkata-kata tanpa menggunakan akal yg
sihat kerana bila akal anda tidak sihat anda hanya berkata-kata
berdasarkan nafsu yg telah tertipu.
sila perhatikan semula apa
yg sdr tulis itu....bagaimanapun, izinkan saya memberi pendapat saya
supaya berlaku keadilan disini disebabkan pendapat sdr kita yg terlalu
cepat melatah-latah tanpa membaca isi kandungan buku itu terlebih
dahulu.
Adakah kita harus berpegang kepada kata org tidak tahu dan
tidak pernah membaca buku tersebut sehingga boleh menuduh buku tersebut
dirujuk dengan Christopher Columbus ? walaupun menyatakan sekadar
joke, ia dalah satu penghinaan sebenarnya..lebih-lebih lagi tanpa
usul periksa meletakkan isi kandungan buku tersebut sebagai satu
tipu an dajjal dan sanggup pula mempergunakan nama nabi di
situ.....Sdr, saya pelik sekali, sdr tak baca, tapi sdr tuduh begitu
hebat..Angkara apakah yg telah masuk ke hati sdr sehingga sdr ibarat
org yg hilang akal seperti itu ?....
Saya telah membaca buku
tersebut, berulang kali. Dan kepada yg ingin membaca secara online saya
harap sdr/sdri boleh ke :
http://forum.cari.com.my/viewthread.php? tid=142446&page=1&fpage=1&sid=FSSjfF
saya
harap sdr/sdri bersikap adillah kepada diri sendiri dengan membaca
terlebih dahulu buku tersebut tanpa menuduh tanpa usul periksa. Kita org
terpelajar, buatlah cara terpelajar...
tetapi malangnya sdr ruzaihan
bersikap, berfikir seperti org yg tidak pernah tahu apa-apa yg
dimaksudkan dengan pembangunan islam...kalau tidak mahu baca buku
tulisan ust ashhari tak mengapa, tapi pergi rujuk pada Prof Dr Syukri
Salleh (USM), Pr of Madya Dr Fauzi Abd Hamid (USM), Prof Dr Sidek Baba (
UIA) atau Prof Dr Syed Naquib Al Attas (ISTAC), sebelum sdr boleh
bercakap tentang pembangunan islam. Sekadar menyebut beberapa nama
sahaja...
saya pastekan sedikit petikan dari buku tersebut yg
didaapti dari kandungan online di atas .
BAB
Pengenalan
Jangan kita terkeliru dengan
istilah
Madani atau Hadhari. Walaupun
bunyinya
hebat dan mengkagumkan, ia sebenarnya
tidak
membawa apa-apa maksud baru atau
maksud-
maksud tambahan kepada istilah
Islam
yang sebenarnya.
PENDAHULUAN
Semenjak Perdana Menteri menyebut
tentang perlaksanaan Islam Hadhari sedikit masa dahulu, ramai di
kalangan rakyat turut menyebut dan mengulangi istilah yang sama. Baik di
kalangan para menteri, timbalan- timbalan menteri, di kalangan
wakil-wakil rakyat, pegawai-pegawai kerajaan, para ulama, para akademik,
pengulas-pengulas di akhbar dan tidak ketinggalan rakyat biasa dari
berbagai-bagai peringkat masyarakat. Dalam isu-isu yang lain, orang
memperkatakan terus pen-dapat mereka tentang isu yang menjadi persoalan.
Suka tak suka. Pro dan kontra. Kesan baik dan kesan tidak baiknya dan
berbagai-bagai lagi. Tetapi dalam isu Islam Hadhari ini, tidak banyak
pendapat seperti itu dibincangkan. Tidak ada pendapat pro dan kontra,
suka atau tak suka, kesan baik atau tidak baiknya. Ini kerana orang
belum faham. Orang masih tertanya-tanya. Orang masih belum pasti apa
sebenarnya Islam Hadhari itu. Oleh itu tidak ada sesiapa yang boleh
mem-beri pendapat atau membuat apa-apa komen.
Kalau ada pun yang
memberi reaksi, hanya setakat menyatakan kefahaman mereka tentang Islam
Hadhari itu. Itu pun kefahaman mereka sahaja, tidak ada apa-apa yang
pasti. Sebab tidak ada tempat rujuk. Islam Hadhari tidak disebut dalam
Al Quran dan tidak disebut dalam hadis. Ulama-ulama muktabar dahulu pun
tidak ada yang menyebutnya. La istilah baru atau istilah kontemporari.
la hanya disebut oleh beberapa ilmuan mutakhir dan kefahaman ini belum
meluas dan belum diterima umum.
TAKRIF
Kita biasa
didedahkan kepada istilah Islam Madani yang pernah dipopularkan satu
ketika dulu. Islam Madani juga adalah istilah kontemporari. Tidak ada
dalam Al Quran dan tidak ada dalam hadis. Namun istilah Madani ini lebih
mudah diTahami sebab maksudnya terus dan direct. Bila dikatakan Islam
Madani, maksudnya Islam yang maju lahir batin. Kalaupun orang tidak
boleh bayangkan kemajuan batin atau rohaninya, sedikit sebanyak orang
boleh nampak pembangunan dan kemajuan lahirnya seperti kereta mewah,
gedung yang besar-besar dan sebagainya.
Madani adalah dari
perkataan madana yang bermaksud kemajuan. Apabila ditambah 'ya' di
hujungnya menjadi madani, maka mengikut kaedah bahasa Arab, ia menjadi
isim nisbah iaitu yang dibangsakan kepada kemajuan.
Hadhari
adalah dari perkataan hadhara. Kalau hendak diterjemahkan dari segi
bahasa, maknanya hadhir (hadir). Bila ditambah 'ya' di hujungnya menjad
i hadhari, maka maksudnya menjadi isim nisbah iaitu dibangsakan kepada
hadhir.
Kalau maksud madani itu terus atau direct iaitu kemajuan,
maksud hadhari pula tidak sebegitu direct. Orang tidak dapat kaitkan
hadhir dengan Islam. Apakah itu Islam yang hadhir? Maksudnya kabur. Oleh
itu istilah hadhari ini perlu diterjemah, diulas dan dikupaskan
lagi.
Terjemahan atau kupasan kepada istilah hodhir ini ialah
realiti. Jadi Islam Hadhari ialah Islam Realiti. Realiti ialah
sebenarnya, yang betul-betul Islam, yang tulen dan pure yang hakiki.
laitu Islam seperti mana yang dibawa oleh Rasulullah SAW dan di zaman
para-para Sahabat. Islam yang membawa kemajuan rohaniah dan
lahiriah.
Bila diulas, dibahas dan dikupas, kita dapati hadhari dan
madani itu lebih kurang sama maksudnya. Cuma madani senang difahami dan
maksudnya jelas sedangkan hadhari maksudnya tidak jelas dan ia
bersifat indirect. Yang berbeza hanya istilahnya sahaja kerana ianya
dibawa oleh orang yang berlainan. Maksud, hakikat dan tuntutannya
tetap sama. Islam rtu satu sahaja. laitu seperti yang diajar dan
dibawa oleh Rasulullah SAW.
Kalau ada Islam yang berbeza dari
itu, maka tidak tulenlah Islamnya. Islam itu satu, dari Tuhan yang satu,
berasaskan Al Quran yang satu dan dibawa oleh Rasul yang satu. Oleh itu
ia mesti satu pada bila- bila masa pun. Kecuali dalam hal-hal furuk yang
kita dibenarkan bermazhab.
Namakanlah Islam itu madani ataupun
hadhari ataupun apa-apa istilah yang lain, ia tetap Islam seperti yang
dibawa oleh Rasulullah SAW, kerana kalau dikatakan Islam, tidak ada
Islam lain selain daripada itu. Kalau berbeza maka ia dengan sendirinya
tertolak.
Sebenarnya, kalau disebut Islam sahaja pun sudah cukup.
Istilah- istilah dan slogan-slogan yang lain sebenarnya tidak menambah
apa-apa kepada istilah Islam. Yang penting umat Islam mesti memahami
betul- betul Islam yan g dibawa oleh Rasulullah SAW. Bukan Islam ikut
fahaman sendiri atau ikut fahaman kelompok-kelompok yang tertentu. Oleh
itu jangan kita terkeliru dengan istilah Madani atau Hadhari. Walaupun
bunyinya hebat dan mengkagumkan, ia sebenarnya tidak mernbawa apa-apa
maksud baru atau maksud-maksud tam-bahan kepada istilah Islam yang
sebenarnya.
Namun, tidak pula salah untuk menambah istilah lain
kepada Islam bagi meningkatkan kefahaman terhadap ajaran Islam yang asal
itu. Sebab kalau umat Islam dilihat cacat, itu bukan bererti Islam
mengajar umatnya jadi begitu. Itu adalah tanda umat Islam telah
tersimpang dari ajaran Islam yang sebenar.
JADI SAYA KIRA
KALAU KITA IKHLAS TERHADAP DIRI SENDIRI DAN PERPADUAN SESAMA ISLAM,
MENGAPA PERLU ADA TUDUH MENUDUH?.....
Sesuatu yg baik seperti yg
diterangkan oleh Ustaz Ashaari itu adalah menepati kehendak kita sebagai
seorg
islam.
--------------------------------------------------------------------------
All
views expressed herein belong to the individuals concerned and do not in any
way reflect the official views of Hidayahnet unless sanctioned or approved
otherwise.
If your mailbox clogged with mails from Hidayahnet, you
may wish to get a daily digest of emails by logging-on to http://www.yahoogroups.com to change
your mail delivery settings or email the moderators at
[EMAIL PROTECTED] with the title "change to daily digest".
Do you Yahoo!? Yahoo! Mail - Easier than ever with enhanced search. Learn
more.
--------------------------------------------------------------------------
All
views expressed herein belong to the individuals concerned and do not in any
way reflect the official views of Hidayahnet unless sanctioned or approved
otherwise.
If your mailbox clogged with mails from Hidayahnet, you may
wish to get a daily digest of emails by logging-on to http://www.yahoogroups.com to change
your mail delivery settings or email the moderators at
[EMAIL PROTECTED] with the title "change to daily digest".
--------------------------------------------------------------------------
All views expressed herein belong to the individuals concerned and do not in any way reflect the official views of Hidayahnet unless sanctioned or approved otherwise.
If your mailbox clogged with mails from Hidayahnet, you may wish to get a daily digest of emails by logging-on to http://www.yahoogroups.com to change your mail delivery settings or email the moderators at [EMAIL PROTECTED] with the title "change to daily digest".
| Yahoo! Groups Sponsor |
ADVERTISEMENT
| Would you give Hope to a Child in need? |
| |
![]() |
|
|
| |
|
|
![]() |
Yahoo! Groups Links
|