|
The Syariah
must be clear for the public. Many are asking if it is illegal to go to the
nightclub. If it is illegal, JAWI should announce it.
Undang-undang
Syariah mestilah jelas kepada umum. Ramai yang bertanya adakah salah untuk
mengunjungi kelab malam. Jika ianya salah, maka JAWI
patut mengisytiharkannya.
Demikianlah kenyataan KAMELIA IBRAHIM EXCO
Wanita Umno Malaysia yang juga selaku Pengerusi Majlis Perundingan Wanita
Islam sebagaimana yang terkandung di dalam THE MALAY MAIL hari
ini.
Kamelia mengulas isu tindakan kontroversial JAWI yang menyerbu
sebuah kelab malam di KL baru-baru ini dan menahan hampir 100 orang
pengunjung Islam yang mana 50 peratus terdiri daripada wanita.
Ramai
masih mempersoalkan sama ada benar ataupun tidak para pegawai JAWI pada malam
tersebut telah bertindak kasar dan di luar batasan kuasa mereka. Setakat ini,
kenyataan dan aduan hanya diperolehi daripada mangsa ataupun tertuduh yang
ditahan, termasuklah pimpinan Umno yang kononnya mempertahankan hak tertuduh.
JAWI sendiri tidak mengeluarkan sebarang kenyataan.
Kini status
kedudukan kelab-kelab malam pula yang dipersoalkan oleh pimpinan Umno. Saya
rasa sebelum JAWI mengeluarkan kenyataan, kita boleh tanya siapa sahaja yang
tinggal dan berada di KL termasuklah Shahrizat, Azalina dan Kamelia sendiri
bagaimanakah rupa dan kedudukan kelab-kelab malam di
KL sebenarnya?
Yang pastinya kelab-kelab hiburan ini rata-rata
menghidangkan arak dari pelbagai jenis. Muzik barat sama ada secara LIVE
ataupun dimainkan oleh DJ berkumandang dengan begitu bingit sekali dengan
selitan muzik video yang biasanya memaparkan adengan separuh lucah. Dan
kelab-kelab ini menggalakkan percampuran bebas lelaki dan wanita yang menari
dan bersuka-ria secara bebas tanpa batasan dalam suasana muram dan separuh
gelap. Semakin malam membuta kelab-kelab ini menjadi semakin hangat dan hebat
sehinggalah menjelang subuh.
Dalam hal yang demikian Pengerusi Majlis
Perundingan Wanita Islam kononnya masih mahu bertanya sama ada salah ataupun
tidak dari segi syarak mengunjungi kelab-kelab seumpama ini? Sedangkan
Konsert Sureheboh TV3 pun Mufti Perak mengharamkan inikan pula kelab-kelab
malam di KL! Aduhai sesat dan menyesatkan sahaja baunya.
Nampaknya
semakin hari semakin keliru jadinya pimpinan ISLAM HADHARI, gerun memikirkan
nasib dan masa depan umat Islam di bawah pimpinan yang seumpama ini,
mudah-mudahan Allah swt melindungi kita dari angkara melampau
mereka.
----- Original Message -----
Sent: Saturday, January 29, 2005 10:28
AM
Subject: Bismillah [hidayahnet] Re: ISLAM
HADHARI - ADA BAIK BURUKNYA
SAYA SETUJU DENGAN PENDAPAT TUAN. tetapi maklum sajalah orang yang lurus
pun boleh berisfat bengkok. di zaman kita mungkin masalah mazhab baru tidak
akan timbul. demikian juga dizaman empat imam mazhab tidak timbul fahaman
mazhab, malahan mereka ditentang, diseksa, dikafirkan dan dibunuh.
tetapi sesudah masa berlalu timbullah mazhab yang tidak pernah mereka
ajarkan. tetapi dinisbahkan ke atas nama mereka. salah siapa? apakah kita
pasti masalah ini tidak akan timbul di zaman akan datang?
Hanya
mereka yang kurang ARIF bab Mazhab dan Hadhari akan mengatakan
kebimbangannya.Tetapi jika kita halusi betul2 ilmu dan permasalahan
mazhab terutama mazhab Ahlul Sunnah Wal Jamaah terutama bab Fekah
kita akan mengalu-alukan langkah kerajaan Malaysia melancarkan Islam
Hadhari.
Bukannya bermaksud membawa mazhab baharu malah akan
mengiatkan lagi fahaman dan ilmuan umat Islam di Malaysia untuk
mempelajari Persamaan dan Permasalahan Mazhab. Sebab dalam pepatah Arab
mengatakan mereka yang jahil selalunya memusuhi apa yang mereka tidak
tahu.
Bab ni kita kena bukak MINDA seluas-luasnya sesuai dengan
kurnia akal yang Allah bagi. Apa2 pun ilmu yang dipelajari kena belajar
dengan guru Mursyid dan bukan dengan guru munafik.
Wallahualam. Maklumat tambahan sila layari
http://groups.yahoo.com/group/sibermelayu --- I n
[email protected], preacher missionary
<[EMAIL PROTECTED]>wrote: > > pada pandangan saya, jika
diambil dari segi positif, dengan adanya nama baru seperti ISLAM
HADHARI, menyediakan satu peluang bagi umat bukan islam untuk mendapat
(mungkin) sedikit ilmu tentang Islam kerana mereka ingin tahu apa itu
islam hadhari. adakah ia berbeza dari islam biasa. > >
> > jika sebut sahaja islam (tanpa nama lain), umat bukan
islam, mereka beranggapan mereka sudah tahu apa itu islam (walau pun
tidak semua), biasanya dari sudut negatif sahaja. > >
> > tapi pasti ada bahayanya. jika negara Malaysia dan
rakyatnya dianggap dan diiktiraf berjaya dalam berbagai bidang
disebabkan ISLAM HADHARI, kemungkinan amat besar, jika tidak ada
tindakan sewajarnya diambil, dengan sendirinya akan tercipta satu MAZHAB
lagi dalam Islam. negara lain akan beranggapan bahawa Malaysia lah yang
mengamalkan Islam yang benar Iaitu ISLAM HADHARI. bahaya tu... >
> > > so... pada pendapat saya ada baik dan
buruknya... > > > >
--------------------------------- > Do you Yahoo!? > Yahoo!
Search presents - Jib Jab's 'Second Term'
Do you Yahoo!? Yahoo! Search presents - Jib
Jab's 'Second Term'
--------------------------------------------------------------------------
All
views expressed herein belong to the individuals concerned and do not in any
way reflect the official views of Hidayahnet unless sanctioned or approved
otherwise.
If your mailbox clogged with mails from Hidayahnet, you may
wish to get a daily digest of emails by logging-on to http://www.yahoogroups.com to change
your mail delivery settings or email the moderators at
[EMAIL PROTECTED] with the title "change to daily digest".
--------------------------------------------------------------------------
All views expressed herein belong to the individuals concerned and do not in any way reflect the official views of Hidayahnet unless sanctioned or approved otherwise.
If your mailbox clogged with mails from Hidayahnet, you may wish to get a daily digest of emails by logging-on to http://www.yahoogroups.com to change your mail delivery settings or email the moderators at [EMAIL PROTECTED] with the title "change to daily digest".
| Yahoo! Groups Sponsor |
ADVERTISEMENT
| Would you give Hope to a Child in need? |
| |
![]() |
|
|
| |
|
|
![]() |
Yahoo! Groups Links
|