Friday, February 04 @ 15:34:09 MYT
Oleh Wan Nordin Wan Yaacob
KUALA LUMPUR, 4 Feb (Hrkh) - Isu lenyapnya duit kerajaan sekali lagi menggemparkan negara setelah kerajaan pentadbiran Perdana Menteri, Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi mencanang api peperangan kepada perasuah.
Setiausaha Agong Parti Tindakan Demokratik Malaysia (DAP), Lim Guan Eng menyifatkan, isu pecah amanah akan sentiasa berulang selagi perasuah dibenarkan menjawat jawatan berkepentingan kerajaan.
Kata Guan Eng, apa yang berlaku hari ini walaupun seseorang pemimpin itu sah terlibat dalam politik wang dalam parti kerajaan, tetapi pemimpin itu tetap akan diangkat menjadi penjawat awam ataupun syarikat berkepentingan awam.
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas laporan media mengenai laporan polis dibuat ke atas satu kementerian berhubung terdapatnya satu laporan pecah amanah RM228 juta yang juga telah disahkan Jabatan Siasatan Jenayah Perdagangan Bukit Aman dua hari lalu.
Mengulas lanjut isu itu Guan Eng berkata, sepatutnya individu yang telah disahkan terbabit dalam politik wang atau rasuah tidak boleh memegang apa-apa jawatan berkepentingan awam.
"Ada pemimpin Umno yang dah dikenakan tindakan menjawat jawatan Ahli Exco dan Setiausaha Parlimen.Tindakan ini merendahkan 'standard' pentadbir kerajaan.
"Tindakan ini juga membuka jalan kepada perasuah meneruskan penyelewengan,"ujar Guan Eng.
Selain itu Guan Eng juga melahirkan rasa terkejutnya berhubung jumlah wang yang besar didakwa lesap semasa pelaburan kementerian kepada sebuah syarikat asing yang belum dikenalpasti.
Katanya, Abdullah perlu segera mengambil tindakan ke atas individu yang terbabit kerana wang tersebut melibatkan kepentingan awam.
Ujarnya, DAP begitu hairan bagaimana sejumlah wang yang besar tidak dipantau pengeluarannya oleh Jawatankuasa Kira-kira Awam (PAC) dan Jabatan Audit Negara.
"Sepatutnya wang yang banyak ini boleh disalurkan kepada soal pembangunan perkhidmatan rakyat termiskin dan fakir serta bukannya dibiarkan lesap begitu sahaja,"katanya lagi.
Sehubungan itu DAP meminta kerajaan mengkaji ruang bagi membolehkan Pengerusi PAC disandang oleh pembangkang.
Katanya, jika sebelum ini Pengerusi PAC hanya diberi kepada Pengerusi Kelab Penyokong Kerajaan, kali ini ianya perlu dialih kepada pembangkang supaya ianya boleh telus dalam menjalankan fungsinya.
Selain itu beliau juga kesal kerajaan hanya dilihat mengambil tindakan ke atas individu yang terlibat dengan kes rasuah yang kecil sedangkan skandal besar dibiarkan begitu sahaja.
Justeru, DAP berharap satu tindakan tegas akan diambil Abdullah bagi melihat krisis rasuah yang pernah terjadi satu ketika dahulu tidak berulang lagi.
Buletin Utama TV3 dua hari lalu melaporkan bahawa Jabatan Siasatan Jenayah Perdagangan Bukit Aman mengesahkan Ahli Lembaga Pengarah (ALP) syarikat sebuah syarikat berkaitan antara yang dipanggil untuk soal siasat.
Bagaimanapun Bukit Aman enggan mendedahkan identiti mereka yang dipanggil untuk soal siasat.
Menurutnya polis akan meminta kerjasama polis antarabangsa (Interpol) sekiranya perlu. - mks.
How much mail storage do you get for free? Yahoo! Mail gives you 250MB! Get Yahoo! Mail
--------------------------------------------------------------------------
All views expressed herein belong to the individuals concerned and do not in any way reflect the official views of Hidayahnet unless sanctioned or approved otherwise.
If your mailbox clogged with mails from Hidayahnet, you may wish to get a daily digest of emails by logging-on to http://www.yahoogroups.com to change your mail delivery settings or email the moderators at [EMAIL PROTECTED] with the title "change to daily digest".
| Yahoo! Groups Sponsor | |
|
|
Yahoo! Groups Links
- To visit your group on the web, go to:
http://groups.yahoo.com/group/hidayahnet/
- To unsubscribe from this group, send an email to:
[EMAIL PROTECTED]
- Your use of Yahoo! Groups is subject to the Yahoo! Terms of Service.
