Kawan-kawanku yg telah lari dariku membuat berbagai alasan
Melahirkan kekesalan mengikut aku dahulu
Di antara keluhan di kalangan kamu: "Aku ikut Ustaz Ashaari tidak ada kebebasan
Terpaksa patuh hingga tidak dapat buat harta
Di dalam jemaah hidupku susah papa"

Ada yg terluncur di mulut kamu,"Ustaz Ashaari bukan ada ilmu
Aku lebih banyak ilmu darinya
Tidak kurang yg mengata, "Aku menyesal mengaji dgn satu guru
Guru-guru yg lain lebih ada minda dan ilmu"
Bahkan berkata, "Minda Ustaz Ashaari, sayalah yg menyusunnya dan menokok
menambahnya
Ustaz Ashaari mana mampu menulis buku"
Seolah-olah kamu merasa tertipu oleh aku
Ingin aku menjawabnya
Sudah 10 tahun kamu meninggalkan aku
10 tahun masa yg agak lama kawan
Masing-masing sepatutnya telah dapat menyiapkan diri mengumpul tenaga
Mengejar semula apa yg tertinggal
Hingga aku sudah dibebaskan, aku tidak nampakpun kemajuan yg kamu buat

Saya buat beberapa contoh dgn menyebut nama diantara kamu
Hasyim Ahmad, Salehuddin.. projek kek yg diambil dari Arqam
hingga kini hidup segan mati mau
Abu Hassan Morad dan konco-konconya mengendalikan Galeri Ilmu
Itu jemaah punya... tidak malukah?
Tidakpun berkembang maju, bukan keluar duit, hendak majukan shj tidak mampu
Mujurlah ada projek kek jemaah, kalau tidak...apa hendak makan

Pahrol Md Joui, Hj Md Salim, Sabri Abd Ghani, Mohd Nasib
Tidak ada kemajuan pun yg mereka bina
Cari makan dgn motivasi, menggunakan minda-mindaku yg diubah suai
Mereka ingat aku tidak tahu
Dr Mansur mengaku pandai, tidak ada satu bukupun dikeluarkan
Sebodoh aku pun, aku sudah mengarang lebih 65 buah buku
belum lagi yg akan dicetak
Yang aku tulis sejak aku ditahan
Mungkin 10 buku lagi akan diedarkan sebagai bahan bacaan

Hassan Mokhtar...keluh kesah sahaja, jiwa tidak tenang
hendak cari makan pun tidak pandai
Zabidi katanya pintar, mengata dan menghinaku, menggunakan buku-buku artis
Kalau bukan kerana itu hendak cari makan pun tidak tahu
Sewa rumah berpindah-pindah mungkin agaknya tidak mampu bayar sewa

Penasyid-penasyid spt Asri Ibrahim dan lain-lainnya spt kumpulan Raihan
Di antara lirik nasyid mereka itu adalah karyaku,... muka tidak malu
Hendak membuat sendiri pun tidak tahu
Hendak hidup, ambil bahanku
Sekarang mereka terancam dgn kedatangan Mawaddah.. pasukan penasyidku
Saya rasa insya Allah sekitar satu dua tahun lagi... nasib mereka kan tahu
Setelah 10 tahun kamu lari dariku, tidak ada satu bidang apapun yg menonjol

Sama ada di bidang perniagaan, penulisan, dakwah, kepimpinan dan lain2 lagi
Kalau dahulu dikatakan sebab aku
Sekarang sebab apa pula lagi
Bahkan hingga sekarang jemaah pun tidak ada
Ramai sahaja tapi tidak bersatu
Masuk PAS tidak mau, Masuk UMNO tidak mau, masuk ABIM pun tidak mau
Sedangkan berada dalam jemaah adalah wajib
Seramai itu tidak ada seorangpun yg terkenal disatu-satu bidang
Tidak ada seorang pun yg boleh jadi pemimpin nya
Kata mengaku pandai, aku dituduh kerana tidak bersekolah
Oleh itu janganlah salahkan aku lagi
Memang kamu tidak mampu
Memang salah diri kamu sendiri
Sekarang tangan aku tidak terikat lagi, mulutku jahitan nya sudah terbuka
Selama 10 tahun kamu berjuang, terhadapku di waktu tanganku terikat, mulutku dijahit
Nampaknya kamu belum menang lagi terhadapku
Kalau sekarang ini setelah aku bebas   kamu boleh gambarkan nanti
Sekarang kita sama-sama masuk gelanggang
Untuk menentukan rakyat menerima kamu atau aku

Sebenarnya kalau kamu ada wibawa, ada karisma, ada kemampuan, ada pengaruh,
Sudah lama rakyat menerima kamu
Sedangkan aku di waktu tidak boleh masuk gelanggang pun orang sudah boleh
Menerimaku, alhamdulillah segala puji bagi Allah
Bukan sahaja di Malaysia orang terima aku
Bahkan di luar negara pun masih besar pengaruhku
Aku berkata ini bukanlah bangga, bangga diri mana boleh, Tuhan tidak suka
Tapi kalau aku tidak ceritakan begini, kamu masih syok-syok sendiri

Setelah 10 tahun kita berpisah
Kamu sebebas-bebasnya bertindak terhadapku
Aku tidak ada kebebasan mempertahankan diri
Cubalah kamu fikir setelah aku bebas boleh mempertahankan diri
Apa agaknya akan jadi
Sekarang segala temberang semuanya telah terbukti

10 tahun tuhan memerhati, rasul memerhati, rakyat memerhati, mahu berlakon lagi?
Fitnah sudah tidak laku, penghinaan sudah tidak jadi, hendak menggunakan SB
SB sudah rasa tertipu oleh kamu
Hendak tunjuk lebih baik, orang sudah tahu, sudah ramai orang tertipu,
Oleh itu insaflah dari sekarang
Tinggalkan buat kerja yg sia-ia itu
Umur kita meningkat, mati menunggu
Marilah kita sama-sama bertaubat, kamu dan aku
Sebelum terlambat
 
Wallahualam 
dipetik dari http://groups.yahoo.com/group/sibermelayu



 


Do you Yahoo!?
All your favorites on one personal page � Try My Yahoo!

--------------------------------------------------------------------------

All views expressed herein belong to the individuals concerned and do not in any way reflect the official views of Hidayahnet unless sanctioned or approved otherwise.

If your mailbox clogged with mails from Hidayahnet, you may wish to get a daily digest of emails by logging-on to http://www.yahoogroups.com to change your mail delivery settings or email the moderators at [EMAIL PROTECTED] with the title "change to daily digest".



Yahoo! Groups Sponsor
ADVERTISEMENT


Yahoo! Groups Links

Kirim email ke