Monday, February 07 @ 14:40:32 MYT
POKOK SENA, 7 Feb (Hrkh) � Dewan Pemuda PAS Pusat menyifatkan Islam Hadhari adalah usaha BN untuk membendung kebangkitan semula umat Islam dalam negara yang ingin bersama PAS.
Timbalan Ketuanya, Ustaz Idris Ahmad menyatakan Islam Hadhari adalah re-packaging atau tukar bungkusan baru dari konsep penerapan nilai-nilai Islam yang dicadangkan pada hujung 1980an sehingga awal 2000.
Baginya, musuh-musuh Islam sentiasa berusaha untuk menggunakan aliran agama juga bagi memastikan usaha masyarakat untuk kembali bersama Islam dapat dikurangkan atau dimatikan, jika boleh berbuat demikian.
�Sebab itulah, kita menyeru agar masyarakat dan rakyat di dalam negara ini terutama umat Islam tidak akan tertipu lagi dengan tindakan Umno BN yang memang bijak mengelirukan mereka yang terkeliru.
�Apa yang mereka lakukan ini hanyalah sebagai penerusan cita-cita jahat mereka yang tidak ingin melihat rakyat Muslim di dalam negara ini bangkit dan berjaya berdaulat sebagai sebuah negara.
�Kerana itulah, mereka terpaksa menggunakan berbagai-bagai istilah yang boleh meyakinkan masyarakat terbanyak tetapi kali ini mereka agak sukar berbuat demikian,� tegasnya.
Ustaz Idris yang juga merupakan Setiausaha Lajnah Tarbiyah PAS berkata demikian ketika mengulas ucapannya yang disampaikan di dalam Parlimen Pokok Sena, malam tadi.
Beliau bersama-sama dengan Ustaz Akhil Hayyi dan Pemangku Timbalan YDP PAS Kawasan Pokok Sena selaku Setiausaha Dewan Ulamak PAS Kedah, Sheikh Ismail Kamis menyampaikan ucapan di Kompleks PAS Kawasan Pokok Sena yang baru di Pekan Langgar.
Bekas pensyarah UTM yang kini sedang menyiapkan tesis PhDnya berkata, ternyata penerapan nilai-nilai Islam telah memenui keputusan gagalnya dengan banyaknya gejala hiburan skinhead, dadah dan rasuah di negara ini.
�Jika isinya adalah sama, cuma yang bertukar hanyalah bekas atau bungkusannya sahaja, apa lagi yang rakyat terutama Muslim boleh harpkan pada Islam Hadhari.
�Lihat pada sudah jadi pada indek rasuah dalam negara ini, menunjukkan jumlahnya semakin meningkat kerana mereka yang ingin bercakap tentang rasuah juga sedang terpalit dengan rasuah yang berjuta-juta.
�Sebab itu masyarakat perlu mengkaji semula sokongan atau dokongan mereka kepada Umno BN yang secara terang-terangan berani menipu rakyat dengan hanya menukar bungkusan sedangkan isinya adalah sama sahaja,� tambahnya lagi serius.
Sementara itu, Ketua Penerangan PAS Kawasan Pokok Sena pula berkata, Kompleks PAS Kawasan Pokok Sena itu adalah sumbangan masyarakat kepada Islam.
Katanya, untuk menyiapkan bangunan itu dalam bentuk dan rupa paras seperti yang diimpikan, sekali lagi maysrakat adalah dijemput untuk menghulurkan sumbangan kepada PAS Pokok Sena.
Kepada mereka yang berminat, boleh hulurkan sumbangan anda kepada Bendahari PAS Kawasan Pokok Sena, Dewan Dato� Abu Bakar Omar, Pekan Langar, Alor Setar, Kedah. Tel: 04-7870802.
- IBH/zs
ALL-NEW Yahoo! Messenger - all new features - even more fun!
--------------------------------------------------------------------------
All views expressed herein belong to the individuals concerned and do not in any way reflect the official views of Hidayahnet unless sanctioned or approved otherwise.
If your mailbox clogged with mails from Hidayahnet, you may wish to get a daily digest of emails by logging-on to http://www.yahoogroups.com to change your mail delivery settings or email the moderators at [EMAIL PROTECTED] with the title "change to daily digest".
| Yahoo! Groups Sponsor | |
|
|
Yahoo! Groups Links
- To visit your group on the web, go to:
http://groups.yahoo.com/group/hidayahnet/
- To unsubscribe from this group, send an email to:
[EMAIL PROTECTED]
- Your use of Yahoo! Groups is subject to the Yahoo! Terms of Service.
