Assalamualaikum.
saya tertarik dengan artikel Bertanding Berhenti Merokok dalam [EMAIL PROTECTED] bagi perkara yang telah dipersetujui sebagai Makroh malahan ijmak Ulamak Arab Saudi telah mengeluarkan fatwa mengatakan perbuatan merokok itu adalah haram.
Jadi buat aper nak diadakan pertandingan lagik. Takkan nak tunggu dapatkan negara untuk tegakkan HUDUD baru nak keluar fatwa mengharamkan rokok.Sebab kesedaran mesti bermula dari awal kanak-kanak lagik. Awal kanak2 elok dilatih supaya mengenal Allah seperti cinta dan takut pada Allah. Jadi kanak2 yang dilatih supaya mengenal Allah mereka akan membuat perkara yang wajib,sunat dan harus. Dan meninggalkan perkara2 yang dianggap serbagai makroh apatah lagi amalan yang haram!
Pada mereka yang sudah berumur dewasa dalam lingkungan 18 tahun keatas yang baru meninggalkan bangku sekolah atau tambahan lagik mereka yang sudah berumur 40 tahun keatas lebih elok diberi kesedaran dakwah dan tarbiah tentang bahayanya merokok disamping menginggatkan mereka bahawa perbuatan merokok adalah seperti meniru tingkah laku orang Yahudi. Siapa yang mula2 perkenalkan rokok kalau bukan orang Yahudi.
InsyaAllah dengan adanya kesedaran ini remaja Islam khasnya dan masyarakat Melayu Islam akan berhenti dari ketagihan merokok. Begitu juga dengan kesedaran bahaya najis dadah. Kerana ketagihan merokok apatah lagi najis dadah boleh melalaikan kita dari mengingati Allah.
Bagi insan mukmin yang bertaqwa sesaat pun tidak lalai dari mencintai dan mengingati Allah. Dengan adanya kesedaran ini insyaALLAH kempen mencegah lebih baik dari memperbaiki ketagihan merokok dan najis dadah.
Lihatlah pada kumpulan Rufaqa kecuali ahli simpati wallahualam. Tiada seorang pun ahlinya yang merokok dan menagih dadah. Walau pun tiada papan tanda memperingatkan bahaya merokok dan ketagihan dadah.Belum pernah dalam sejarah kumpulan Al-Arqam dahulu dan sekarang Rufaqa membuat pertandingan anti merokok. Sebab sudah tertanam dalam jiwa mereka akan sifat mengingati Allah atau dalam bahasa mudah KENAL ALLAH . Tak tahu ler kalau dalam kumpulan fikrah atau anak_ummi yang nak buat pertandingan tersebut.
Inilah bahananya ajaran Yahudi sudah meresap masuk dalam pemikiran orang-orang Islam sekarang. Sampai tabiat merokok atau ketagihan dadah tidak dilibatkan dengan mengenal Allah. Hatta banyak ulamak2 dan tuan guru yang berserban dan berjubah masih kuat dalam ketagihan merokok. Berjaya sungguh perancangan Yahudi.
[EMAIL PROTECTED] wrote:
CABARAN MUHARAM (1426) 2005M
BERTANDING BERHENTI MEROKOK
Oleh
Dewani Abbas
PARA perokok Melayu yang selama ini begitu sukar berhenti merokok kerana pelbagai sebab dan alasan boleh berazam pada kali ini untuk berbuat demikian menerusi pertandingan berhenti merokok yang akan diadakan sempena Muharam.
Dinamakan Cabaran Muharam 2005 bertemakan Anda sihat, keluarga sihat, masyarakat manfaat, pertandingan itu bertujuan menggalakkan para perokok Melayu dewasa berhenti merokok dan mengambil kesempatan daripada tahun baru Islam, 1426, yang bakal menjelang untuk memulakan hidup baru dengan mengamalkan gaya hidup sihat tanpa rokok.
Pertandingan ini akan dilancarkan pada Sabtu - dua hari selepas 1 Muharam yang jatuh pada esok - dan berlangsung selama sebulan sehingga 13 Mac.
Penyelaras pertandingan itu yang disokong oleh Lembaga Penggalak Kesihatan (HPB), Encik Sahari Wahid, berkata matlamat Cabaran Muharam 2005 itu ialah membantu perokok Melayu lelaki dan wanita yang mungkin selama ini berhasrat atau berazam berhenti merokok berbuat demikian mulai tahun baru Islam.
'Bulan Muharam adalah satu masa permulaan yang baik dan kami harap mereka dapat teruskan azam mereka selepas menyertai pertandingan ini dengan berhenti merokok buat selama-lamanya,' kata Encik Sahari yang bersedia menerima 200 hingga 300 penyertaan perokok Melayu di sini.
Kajian menunjukkan meskipun kadar perokok di Singapura berkurang kadar perokok lelaki Melayu kekal tertinggi (42 peratus) berbanding kaum lain, seperti perokok Cina (28 peratus).
Untuk menyertai pertandingan ini dan digelar pemenang, peserta perlu berhenti merokok sama sekali sepanjang tempoh pertandingan.
Pemeriksaan mendadak akan dilakukan ke atas mereka pada bila-bila masa untuk memastikan mereka tidak merokok.
Beberapa alat ujian juga digunakan untuk menguji kesan rokok pada peserta.
Mereka yang mengelat atau tidak patuh akan terkeluar daripada pertandingan. Salah satu daripada alat itu ialah smokerlyzer yang boleh mengukur jumlah karbon dioksida dalam paru-paru perokok dan mengesan sama ada mereka merokok.
'Kami mempunyai 20 buah alat itu. Angka 0-10 pada alat itu menunjukkan orang itu bukan perokok, antara 11 dengan 20 ialah beliau seorang perokok ringan, dan 20 ke atas ialah beliau perokok berat,' jelas Encik Sahari.
Para peserta juga akan didedahkan kepada beberapa cabaran kecil yang bertujuan menguji kecekalan mereka berhenti merokok dan pengetahuan mereka dalam menangani keadaan tersebut. Sekali lagi mereka yang gagal akan terkeluar daripada pertandingan ini.
Untuk memberikan sokongan dan galakan kepada peserta, ahli-ahli keluarga perokok akan dilibatkan sama dalam pertandingan ini.
Mereka digalakkan menghadiri bengkel bagi membantu suami, bapa, adik lelaki atau anak lelaki mereka berhenti merokok sepanjang pertandingan itu.
Perokok yang berhenti merokok untuk tempoh paling lama atau lebih baik lagi sehingga akhir pertandingan akan digelar pemenang.
Pelancaran Cabaran Muharam 2005 ini diadakan pada Sabtu ini di Masjid Assyafaah di Sembawang. Bengkel untuk keluarga pula akan diadakan di masjid tersebut dan di Masjid Darul Ghufran di Tampines.
====================================================================<<<
Whatever you Wanadoo, click below:
http://ads.smartgroups.com/adclick/CID=000000b7c79a99a500000000
====================================================================>>>
--
If you want to share pictures, use the calendar, or start a vote
visit http://www.smartgroups.com/groups/anak_ummi
To leave the Group, email: [EMAIL PROTECTED]
Report abuse http://www.smartgroups.com/text/abusereport.cfm?gid%3D1573218&mid%3D3699
Do you Yahoo!?
The all-new My Yahoo! � Get yours free!
--------------------------------------------------------------------------
All views expressed herein belong to the individuals concerned and do not in any way reflect the official views of Hidayahnet unless sanctioned or approved otherwise.
If your mailbox clogged with mails from Hidayahnet, you may wish to get a daily digest of emails by logging-on to http://www.yahoogroups.com to change your mail delivery settings or email the moderators at [EMAIL PROTECTED] with the title "change to daily digest".
| Yahoo! Groups Sponsor | |
|
|
Yahoo! Groups Links
- To visit your group on the web, go to:
http://groups.yahoo.com/group/hidayahnet/
- To unsubscribe from this group, send an email to:
[EMAIL PROTECTED]
- Your use of Yahoo! Groups is subject to the Yahoo! Terms of Service.
