[EMAIL PROTECTED] wrote:
CABARAN MUHARAM (1426) 2005M
BERTANDING BERHENTI MEROKOK
Oleh
Dewani Abbas
PARA perokok Melayu yang selama ini begitu sukar berhenti merokok kerana pelbagai sebab dan alasan boleh berazam pada kali ini untuk berbuat demikian menerusi pertandingan berhenti merokok yang akan diadakan sempena Muharam.
Dinamakan Cabaran Muharam 2005 bertemakan Anda sihat, keluarga sihat, masyarakat manfaat, pertandingan itu bertujuan menggalakkan para perokok Melayu dewasa berhenti merokok dan mengambil kesempatan daripada tahun baru Islam, 1426, yang bakal menjelang untuk memulakan hidup baru dengan mengamalkan gaya hidup sihat tanpa rokok.
Pertandingan ini akan dilancarkan pada Sabtu - dua hari selepas 1 Muharam yang jatuh pada esok - dan berlangsung selama sebulan sehingga 13 Mac.
Penyelaras pertandingan itu yang disokong oleh Lembaga Penggalak Kesihatan (HPB), Encik Sahari Wahid, berkata matlamat Cabaran Muharam 2005 itu ialah membantu perokok Melayu lelaki dan wanita yang mungkin selama ini berhasrat atau berazam berhenti merokok berbuat demikian mulai tahun baru Islam.
'Bulan Muharam adalah satu masa permulaan yang baik dan kami harap mereka dapat teruskan azam mereka selepas menyertai pertandingan ini dengan berhenti merokok buat selama-lamanya,' kata Encik Sahari yang bersedia menerima 200 hingga 300 penyertaan perokok Melayu di sini.
Kajian menunjukkan meskipun kadar perokok di Singapura berkurang kadar perokok lelaki Melayu kekal tertinggi (42 peratus) berbanding kaum lain, seperti perokok Cina (28 peratus).
Untuk menyertai pertandingan ini dan digelar pemenang, peserta perlu berhenti merokok sama sekali sepanjang tempoh pertandingan.
Pemeriksaan mendadak akan dilakukan ke atas mereka pada bila-bila masa untuk memastikan mereka tidak merokok.
Beberapa alat ujian juga digunakan untuk menguji kesan rokok pada peserta.
Mereka yang mengelat atau tidak patuh akan terkeluar daripada pertandingan. Salah satu daripada alat itu ialah smokerlyzer yang boleh mengukur jumlah karbon dioksida dalam paru-paru perokok dan mengesan sama ada mereka merokok.
'Kami mempunyai 20 buah alat itu. Angka 0-10 pada alat itu menunjukkan orang itu bukan perokok, antara 11 dengan 20 ialah beliau seorang perokok ringan, dan 20 ke atas ialah beliau perokok berat,' jelas Encik Sahari.
Para peserta juga akan didedahkan kepada beberapa cabaran kecil yang bertujuan menguji kecekalan mereka berhenti merokok dan pengetahuan mereka dalam menangani keadaan tersebut. Sekali lagi mereka yang gagal akan terkeluar daripada pertandingan ini.
Untuk memberikan sokongan dan galakan kepada peserta, ahli-ahli keluarga perokok akan dilibatkan sama dalam pertandingan ini.
Mereka digalakkan menghadiri bengkel bagi membantu suami, bapa, adik lelaki atau anak lelaki mereka berhenti merokok sepanjang pertandingan itu.
Perokok yang berhenti merokok untuk tempoh paling lama atau lebih baik lagi sehingga akhir pertandingan akan digelar pemenang.
Pelancaran Cabaran Muharam 2005 ini diadakan pada Sabtu ini di Masjid Assyafaah di Sembawang. Bengkel untuk keluarga pula akan diadakan di masjid tersebut dan di Masjid Darul Ghufran di Tampines.dipetik dari http://groups.yahoo.com/group/sibermelayu
Do you Yahoo!?
Yahoo! Search presents - Jib Jab's 'Second Term'
--------------------------------------------------------------------------
All views expressed herein belong to the individuals concerned and do not in any way reflect the official views of Hidayahnet unless sanctioned or approved otherwise.
If your mailbox clogged with mails from Hidayahnet, you may wish to get a daily digest of emails by logging-on to http://www.yahoogroups.com to change your mail delivery settings or email the moderators at [EMAIL PROTECTED] with the title "change to daily digest".
| Yahoo! Groups Sponsor | |
|
|
Yahoo! Groups Links
- To visit your group on the web, go to:
http://groups.yahoo.com/group/hidayahnet/
- To unsubscribe from this group, send an email to:
[EMAIL PROTECTED]
- Your use of Yahoo! Groups is subject to the Yahoo! Terms of Service.
