Monday, February 07 @ 14:25:31 MYT
Oleh Mohd Sabri Said
BUKIT BENDERA, 7 Feb (Hrkh) - Seorang peniaga di Pantai Tanjung Bungah terpaksa menjadikan pokok sebagai tempat tinggal semata-mata meneruskan perniagaan menjual minuman dan makanan sehingga larut malam.
Beliau ketika ditanya berkata, tindakannya berbuat demikian ekoran tidak mempunyai modal dan diketepikan bantuan oleh Pergerakan Pemuda Umno Bahagian Bukit Bendera walaupun aduan telah dikemukakan.
Tambahan lagi setelah berlakunya tragedi tsunami pada 26 Disember tahun lalu yang merosakkan sebahagian besar peralatan perniagaan yang dibinanya sejak dua tahun lalu.
"Tinggal atas pokok, atas pokoklah. Apa boleh buat!. Beginilah nasib orang yang berminat nak berniaga. Tempat elok semua orang berjawatan ambil yang tinggal macam ini lah, " tegas Johar Ismail dengan nada kecewa.
Beliau yang dulu aktif dengan Pemuda Umno Tanjung Tok Kong sedih kerana sampai hari ini sedikit bantuan pun tidak diterimanya kecuali RM300.00 dari Dewan Perniagaan Melayu Pulau Pinang selepas kejadian tsunami.
Lain-lain bantuan tidak pernah diterimanya sedangkan beliau adalah mangsa yang wajar diberikan perhatian dan bukan dilupakan begitu sahaja.
"Saya dah adukan pada Ketua Pemuda Umno Tanjung Tok Kong tapi tiada kesan. Walhal mereka itu berada dalam Parlimen Bukit Bendera yang diketuai oleh Dato' Ahmad Ismail. Bukan itu sahaja bahkan di bawah Ketua Pergerakan Pemuda Umno Negeri yang baru Saudara Salim Abdul Bahari, " terangnya sebak.
Beliau yang dibantu oleh Ahmad Solihin akan terus membina semula perniagaan tersebut walaupun dalam keadaan sekarang pelancong dalam dan luar negeri terlalu kurang kerana masih bimbang dengan ombak laut.
Kata beliau, sepatutnya Umno membantu peniaga bumiputera atau datang menziarahi di samping bertanya khabar.
"Ini tidak depa tak mai langsung. Apatah lagi bagi tau ketua tentang nasib salah seorang peniaga Melayu, " jelasnya.
Harakahdaily yang meninjau ke kawasan itu bersama Ketua Dewan Pemuda PAS Bukit Bendera, Saiful Lizan Mohd Yusuf dan Ahli Jawatankuasa PAS Bukit Bendera, Azahar Hashim mendapati atas ketekunan Saudara Johar akhirnya dengan sedikit keuntungan beliau dapat membina telaga dan tandas yang cukup sempurna kepada pengunjung gerainya. - mks.
How much mail storage do you get for free? Yahoo! Mail gives you 250MB! Get Yahoo! Mail
--------------------------------------------------------------------------
All views expressed herein belong to the individuals concerned and do not in any way reflect the official views of Hidayahnet unless sanctioned or approved otherwise.
If your mailbox clogged with mails from Hidayahnet, you may wish to get a daily digest of emails by logging-on to http://www.yahoogroups.com to change your mail delivery settings or email the moderators at [EMAIL PROTECTED] with the title "change to daily digest".
| Yahoo! Groups Sponsor | |
|
|
Yahoo! Groups Links
- To visit your group on the web, go to:
http://groups.yahoo.com/group/hidayahnet/
- To unsubscribe from this group, send an email to:
[EMAIL PROTECTED]
- Your use of Yahoo! Groups is subject to the Yahoo! Terms of Service.
