Rakyat di selatan Thai punyai kesedaran politik tinggi
Tuesday, February 08 @ 17:12:59 MYT


KOTA BHARU, 8 Feb (Hrkh) � Rakyat di kawasan selatan Thailand dianggap mempunyai kesedaran politik tinggi apabila menolak parti yang pernah dikaitkan dengan berlakunya tragedi berdarah tahun lalu.

Menteri Besar, Tuan Guru Dato� Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata, adalah menjadi hak rakyat di setiap negeri hendak menolak pemimpin yang dirasakan tidak betul.

�Pembunuhan yang begitu sekali hina, dengan penduduk diletak ke atas lori yang bertindih tindan macam barang, memang manusia tidak boleh terima. Kalau hendak bunuh biarlah menggunakan peraturan tertentu.

�Bunuh dengan cara rambang itu memang tidak ada sifat kemanusiaan. Jadi saya mengucap syukur kepada Allah Taala kerana penduduk di sebelah selatan tahu nilai undi yang ada pada mereka,� katanya selepas majlis Penganugerahan Khidmat Cemerlang, anggota perkhidmatan awam negeri Kelantan, 2004 di Dewan Teratai di sini, hari ini.

Mursyidul Am PAS itu diminta mengulas mengenai kekalahan parti Thai Rak Thai di kesemua 11 kerusi parlimen di Narathiwat, Yala dan Pattani pada pilihan raya yang berlangsung 6 Febuari lalu.

Kawasan itu dikuasai parti Demokrat yang memenangi 10 kerusi dan satu lagi dimenangi parti Chart Thai.

Pada Oktober tahun lalu, hampir 100 penduduk muslim mati pada peristiwa berdarah yang berlaku berhampiran Balai Polis Takbai, di Narathiwat. Sebelum itu, pada 28 April seramai 32 penduduk Muslim mati ditembak di Masjid Krisek, Pattani.

Tuan Guru Nik Abdul Aziz berkata, penolakan dilakukan penduduk Muslim dianggap betul, sebagai memberi pengajaran supaya tidak berulang lagi kekejaman seperti berlaku sebelum ini.

�Rakyat mungkin boleh lupa dengan peristiwa itu sekiranya berlaku perubahan kepada dasar pemerintahan dan tidak lagi melakukan diskriminasi kepada penduduk di sebelah selatan disebabkan mereka adalah orang Islam atau bangsa Melayu,� ujarnya.

Menurutnya, pemimpin negara itu perlu mengakui semua penduduk di Thailand adalah rakyatnya tanpa mengira agama dan bangsa apa sekalipun.

�Apa yang saya buat di Kelantan, rakyat bukan Islam termasuk Cina atau lain-lain bangsa kita lantik mereka sebagai anggota majlis tempatan. Ini kerana mereka semua rakyat kita,� katanya.

Beliau juga meluahkan rasa kecil hati terhadap pihak tertentu yang menghentamnya kerana sering menyebut soal syurga dan neraka bakal dibalas kepada orang Islam apabila melakukan kerja baik.

Beliau berkata, dari segi agama tindakan golongan tersebut tidak betul dan boleh menjejaskan aqidahnya, kerana Islam menjelaskan orang yang bersalah diberi dosa dan mendapat pahala bagi yang berbuat baik.

�Kita pemimpin Islam kena sebut syurga, neraka, dosa dan pahala. Kalau kita sebut bersalah dan denda sahaja, itu tidak memadai kerana manusia berfikir hanya untuk hidup setakad dunia sahaja.

�Kita kena sebut juga syurga dan neraka barulah selesai. Segala sistem yang dibuat kerajaan tidak akan selesai selagi tidak disambung kesedaran mengenai syurga dan neraka,� tambahnya.

Sehubungan itu, katanya orang menggunapakai sistem sekular tentunya merasakan rugi kerana pembalasan dosa dan pahala tidak ada dalam kamus sistem berkenaan.

Beliau juga memberitahu, masih belum berpuas hati sepenuhnya terhadap jentera pentadbiran kerajaan negeri sekarang, biar pun mengadakan majlis penyampaian anugerah kepada pegawai dan kakitangan yang cemerlang.

Pada majlis tersebut, Menteri Besar turut menyampaikan hadiah kepada jabatan dan agensi kerajaan yang cemerlang. Bagi kategori penguatkuaaan terbaik dimenangi Majlis Perbandaran Kota Bharu dan Jabatan Perhutanan.

Kategori pungutan hasil terbaik dimenangi Majlis Daerah (MD) Kota Bharu, kawasan terbersih (MD Pasir Puteh), anugerah khas kerajaan tempatan, perancangan dan pembangunan dimenangi MD Gua Musang dan pihak berkuasa tempatan terbaik (MD Kota Bharu).

Anugerah kualiti bagi pungutan hasil terbaik dimenangi Jabatan Kehakiman Syariah Kelantan, pengurusan kewangan terbaik (Jabatan Kebajikan Masyarakat), pembangunan tanah dan pelupusan tanah terbaik (Pejabat Tanah dan Jajahan Bachok), pungutan hasil terbaik (Pejabat Tanah dan Jajahan Kota Bharu) dan pejabat tanah dan jajahan terbaik (Pejabat Tanah dan Jajahan Bachok).

Hadir sama pada majlis itu, Timbalan Menteri Besar, Ustaz Ahmad Yakob, Speaker DUN Kelantan, Dato� Wan Abdul Rahim Wan Abdullah, Setiausaha Kerajaan Negeri, Dato� Aiseri Alias dan anggota-anggota Exco. - mj


ALL-NEW Yahoo! Messenger - all new features - even more fun!

--------------------------------------------------------------------------

All views expressed herein belong to the individuals concerned and do not in any way reflect the official views of Hidayahnet unless sanctioned or approved otherwise.

If your mailbox clogged with mails from Hidayahnet, you may wish to get a daily digest of emails by logging-on to http://www.yahoogroups.com to change your mail delivery settings or email the moderators at [EMAIL PROTECTED] with the title "change to daily digest".



Yahoo! Groups Sponsor
ADVERTISEMENT


Yahoo! Groups Links

Kirim email ke