Tuesday, February 08 @ 10:32:45 MYT
Oleh Ekmal Yusof
IPOH, 8 Feb (Hrkh) - Mufti Perak, Dato' Seri Dr Haji Harussani Haji Zakaria diminta untuk menyatakan pendirian terhadap isu Islam Hadhari yang diperkatakan sejak akhir-akhir ini.
"Saya meminta kepada Mufti Perak, agar menunjukkan pendirian beliau sebenar dalam isu Islam Hadhari yang hangat diperkatakan sekarang ini," kata Timbalan Mursyidul Am PAS, Dato' Dr Haron Din di majlis dialog selepas melakukan Pelancaran Program Tahun 2005 Penerangan PAS Perak, di Pejabat Bangunan Perhubungan PAS Negeri Perak, Ipoh Raya baru-baru ini.
Menurut beliau, sepatutnya Mufti Perak harus memperbetulkan berita baru-baru ini iaitu menyebut sepertimana yang terdapat di sebuah akhbar Melayu tempatan bahawa Dato' Seri Haji Harussani meminta PAS mengadakan perbincangan dengan Umno untuk mengelakkan sebarang perkara percangahan mengenai Islam Hadhari.
"Jika begitu cakapnya bermakna Mufti Perak menyokong," jelas Dato' Dr Haron Din di hadapan Ahli Jawatankuasa Badan Perhubungan PAS Perak, Yang Dipertua dan Timbalan serta Dewan Pemuda, Dewan Ulama dan Muslimat di majlis tersebut.
"Tapi jika surat khabar menyebut tidak betul, kewajipan dialah kena betulkan. Tapi kalau dia diam, itu bermakna menyokong," jelasnya.
Juga dalam dialog itu, telah dibangkitkan pandangan dan pendapat Mufti yang berbeza umpamanya apabila dia berceramah di Teluk Intan tidak sama pendiriannya apabila berdialog di Masjid Batu Gajah, dilaporkan berkata, "Saya sendiri pun tak faham dan tunggulah sebagaimana penerapan nilai Islam, benda ni akan habis begitu sahaja."
Sebelum itu dalam ucapan pelancarannya Dato' Dr Haron Din menyatakan penerangan khas dan khusus bagi menentang Islam Hadhari itu, akan diadakan melalui Munaqasyah Ucapan Dasar sebagai urutan ucapan Presiden dalam Muktamar PAS lalu dengan diikuti dengan perbincangan tentang menyediakan faktor-faktor penentangan PAS terhadap Islam Hadhari yang kini sedang dibuat oleh Pusat.
"Kemudian barulah Lujnah Penerangan Pusat menyediakan tugas untuk turun ke negeri-negeri dan kawasan-kawasan bagi menjelaskan mengapa PAS menolak Islam Hadhari," ujarnya.
Sehubungan itu juga, beliau difahamkan PAS Perak akan mengadakan seminar mengenai isu semasa seperti untuk mengupas mengapa PAS menolak Islam Hadhari dan tragedi tsunami dalam masa terdekat. - mks.
ALL-NEW Yahoo! Messenger - all new features - even more fun!
--------------------------------------------------------------------------
All views expressed herein belong to the individuals concerned and do not in any way reflect the official views of Hidayahnet unless sanctioned or approved otherwise.
If your mailbox clogged with mails from Hidayahnet, you may wish to get a daily digest of emails by logging-on to http://www.yahoogroups.com to change your mail delivery settings or email the moderators at [EMAIL PROTECTED] with the title "change to daily digest".
| Yahoo! Groups Sponsor | |
|
|
Yahoo! Groups Links
- To visit your group on the web, go to:
http://groups.yahoo.com/group/hidayahnet/
- To unsubscribe from this group, send an email to:
[EMAIL PROTECTED]
- Your use of Yahoo! Groups is subject to the Yahoo! Terms of Service.
