Rozmal bin Malakan <[EMAIL PROTECTED]> wrote:
Sebaik selesai solat Maghrib Sabtu 5 Feb yang lalu,
ketika ada lagi jemaah yang sedang berzikir dan
bersolat sunat di Masjid Negeri yang terletak
bersetentang dengan padang Majlis Perbandaran Seremban
kedengaran bunyi dentuman, rupa-rupanya persembahan
bunga api sempena Karnival TV3. Bunyi bunga api
tersebut bukan hanya terdengar dari Masjid Negeri
malah dari penduduk taman sekitar Senawang yang
terletak beberapa kilometer dari pusat bandar
Seremban. Bunyi hiruk pikuk dari pentas utama Karnival
TV 3 tersebut berlanjutan hinggalah ke tengah malam
dengan pelbagai persembahan termasuk tarian dan
nyanyian beberapa artis terkenal tanahair.

Padang Majlis Perbandaran Seremban bukanlah satu
tempat yang sesuai untuk diadakan pesta lebih-lebih
lagi diwaktu ibadah baik untuk umat Islam mahupun
untuk agama lain. Ini adalah kerana padang Majlis
Perbandaran Seremban terletak bersebelahan dengan Kuil
Hindu terbesar di pusat bandar, beberapa meter dari
Kuil Sikh, beberapa meter juga dari sebuah gereja yang
terkenal dan bersetentang dengan Masjid Negeri.

Walaupun Karnival TV 3 pada sebelah siangnya mempunyai
beberapa kaunter dan gerai yang boleh memberi manafaat
kepada para pengunjung, namun pada sebelah malamnya
ianya adalah lebih kepada hiburan semata-mata. Dan
rata-rata diperhatikan hampir keseluruhan pengunjung
yang mengunjungi karnival ini adalah orang Melayu
sahaja.

Penjaga kuil bersebelahan dengan padang Majlis
Perbandaran Seremban kelihatan sentiasa menjaga
kawasan kuil agar ianya tidak mudah dimasukki oleh
mereka yang mengambil kesempatan untuk melepak. Akan
tetapi perkarangan masjid didapati tiada siapa yang
mengawalnya, dan diperhatikan beberapa remaja
mengambil kesempatan untuk melepak di beberapa tempat
dalam perkarangan masjid.

Walaubagaimanapun karnival TV3 ini membuktikan
kebanyakan masyarakat sekarang ini lebih berminat
untuk berhibur semata-mata berbanding dengan rancangan
yang berbentuk keagamaan, informasi dan kebudayaan
apabila jelas diperhatikan dalam siaran secara
langsung melalui kaca televisyen rancangan Al Kuliyyah
hanya dihadiri oleh beberapa kerat penonton yang boleh
dibilang dengan jari dan persembahan nyanyian lagu
kebudayaan Negeri Sembilan pada sebelah paginya pula
hanya ditonton oleh pengacara dan jurugambar.

Adalah diharapkan penganjur karnival ini dimasa
hadapan agar lebih prihatin akan kesesuaian masa dan
tempat program tersebut diadakan agar ianya tidak
mengganggu jemaah masjid mahupun mereka yang berada
dirumah-rumah ibadat agama lain.

Juga adalah diharapkan agar rancangan yang bebentuk
keagamaan, pendidikan dan kebudayaan sebenar diadakan
pada sebelah malamnya kerana pada waktu inilah ramai
orang yang akan mengunjungi karnival tersebut selari
dengan apa yang diperkatakan oleh Perdana Menteri
baru-baru ini agar orang Melayu jangan banyak
menghabiskan masa membuat benda-benda yang tidak
berfaedah termasuk berbual panjang di "coffee house".


Does your mail provider give you a FREE online calendar? Yahoo! does.
Get Yahoo! Mail


--------------------------------------------------------------------------

All views expressed herein belong to the individuals concerned and do not in any way reflect the official views of Hidayahnet unless sanctioned or approved otherwise.

If your mailbox clogged with mails from Hidayahnet, you may wish to get a daily digest of emails by logging-on to http://www.yahoogroups.com to change your mail delivery settings or email the moderators at [EMAIL PROTECTED] with the title "change to daily digest".



Yahoo! Groups Sponsor
ADVERTISEMENT


Yahoo! Groups Links

Kirim email ke