Pemuda PAS lancar kempen 'Mesra Budaya'
Tuesday, February 08 @ 17:26:21 MYT


Oleh Hafiz Mohd Baqi
KLANG, 8 Feb (Hrkh) - Pemuda PAS melancarkan kempen 'Mesra Budaya' yang akan menjadi sebagai serampang dua mata bagi mendekati masyarakat bukan Islam di negara ini.

Menurut ketuanya, Salahuddin Ayub, kempen tersebut bertujuan meningkatkan lagi peranan Pemuda PAS dalam menyumbang ke arah perpaduan kaum khususnya antara masyarakat Islam dan bukan Islam.

Dalam masa yang sama kata beliau, kempen tersebut akan berfungsi secara tidak langsung sebagai ruang untuk orang bukan Islam mendekati serta mengenali lebih dalam dasar Islam yang diperjuangkan oleh PAS selama ini.

"Ini adalah antara usaha Pemuda PAS merealisasikan perpaduan kaum sekaligus memberi jaminan bahawa masalah agama dan budaya tetap akan terpelihara walaupun dalam pemerintahan sistem Islam,' kata beliau.

Selain itu kata Salahuddin, kempen untuk mendekatkan PAS dengan masyarakat bukan Islam itu bakal dijadikan salah satu daripada aktiviti Pemuda PAS di semua peringkat selepas ini.

Beliau berkata demikian selepas melancarkan kempen tersebut di Rumah orang-orang tua Tiam Yam Toh Teng, Klang sempena lawatan beliau ke situ bersama Pemuda PAS Shah Alam baru-baru ini.

Dalam lawatan tersebut, Salauddin turut menyampaikan sumbangan berbentuk hamper kepada 26 warga tua yang mendiami rumah tersebut.

Dalam pada itu, kehadiran beliau ke rumah kebajikan orang tua itu disambut baik oleh pihak pengurusan termasuk pengerusinya, Teoh Mong Kam dan setiausahanya, Tong Kim Seong. - mks.


ALL-NEW Yahoo! Messenger - all new features - even more fun!

--------------------------------------------------------------------------

All views expressed herein belong to the individuals concerned and do not in any way reflect the official views of Hidayahnet unless sanctioned or approved otherwise.

If your mailbox clogged with mails from Hidayahnet, you may wish to get a daily digest of emails by logging-on to http://www.yahoogroups.com to change your mail delivery settings or email the moderators at [EMAIL PROTECTED] with the title "change to daily digest".



Yahoo! Groups Sponsor
ADVERTISEMENT


Yahoo! Groups Links

Kirim email ke