Sent: Friday, February 11, 2005 4:36 AM
Subject: Laporan Roadshow Ceramah Tsunami Aceh di PPinang


Salam,

1 Muharram 1426 mencatat sejarah tersendiri bagi JIM Pulau Pinang. Penggemblengan tenaga kepimpinan JIM (Pusat, Negeri dan Daerah) yang terhad mampu berdakwah menggerakkan masyarakat setempat untuk diajak mendengar, bersimpati dan beramal dengan apa yang telah berlaku terhadap umat Islam di Aceh dan lain-lain umat Islam di dunia.

Masjid Titi Teras, Balik Pulau (BD)
Sebelum majlis bermula, pihak masjid telah mengadakan doa akhir/awal tahun menyambut maal hijrah. Seramai 250~300 orang telah membanjiri masjid, mendengar persembahan multi-media TimPres. Kutipan wang berjumlah RM3486.00 telah diserahkan kepada JIM International, bersama peralatan-peralatan solat yang lain. (JIM-BD / Arif Budiman akan buat laporan berasingan). Program ini secara rasminya dianjurkan bersama dengan JK Qaryah Masjid An-Nur Titi Teras, JK Kemajuan dan Keselamatan Kg Titi Teras, JK Rukun Tetangga Titi Teras, Biro Pemuda Qaryah Titi Teras dan Biro Wanita Qaryah Titi Teras. Terdapat beberapa orang menjemput JIM untuk mengadakan program serupa ini di Parit Buntar dan di Pondok Upeh.

Dewan Medan Tunku, Jelutong (TL)
Seramai 150 orang daripada masyarakat setempat telah hadir. Selain TimPres, MERCY  juga mengadakan persembahan. Satu kebetulan yang tak disangka di mana majlis ini menjadi satu titik pertemuan dengan seorang undangan 'istimewa' YDP iaitu Sdr Teuku Andika, salah seorang mangsa sebenar tsunami Aceh, seorang pelajar PhD USM. Beliau menceritakan kisah benar tanpa mengetahui apa yang telah dipaparkan oleh TimPres sebelumnya. Ternyata kebenaran gambar-gambar yang disampaikan oleh TimPres. Dengan telo bahasa Aceh, beliau menceritakan, pada tanggal 26hb Dis, pada pagi tersebut beliau bercuti semester dan berada di rumahnya (Aceh) ketika itu yang terletak 4km dari Masjid Baitul-Rahman / Banda Aceh. Gegaran gempa bumi aneh, tidak seperti biasa, ia berayun "swing". Dapat berita banjir besar melanda Banda Aceh dan dengan perasaan ingin tahu, beliau terus bergegas ke bandar (naik motor) untuk melihat apa yang terjadi dan ingin menyaksikan pasaraya yang roboh. Tiba-tiba, kelihatan air hitam yang datang. Untuk berpatah balik, sudah terlambat...  dan akhirnya...  Isteri dan anaknya (1 orang) terlantar sakit akibat air hitam, dan sekarang masih berada di Hospital Lam Wah Ee, Pulau Pinang. Jumlah sumbangan diterima 225 + 500 cek JIM + 500 cek MERCY + 2000 cash dan banyak peralatan solat.


Taklimat Sukarelawan (Aceh)
Seramai 11 orang telah hadir di KJPP. Taklimat telah diberikan oleh TimPres. Majoriti memilih bulan Mac bersedia untuk ke Aceh. Gambar-gambar pengumpulan mayat yang lebih dahsyat dipaparkan. Ada maklumat menyatakan Kerajaan akan membuat surat pekeliling memberi kebenaran cuti tanpa rekod kpd kakitangan kerajaan yang berminat untuk kerja sukarelawan ini. TimPress akan mengesahkan maklumat ini. Langkah ini amat dialu-alukan.


Surau At-Taqwa, Taman Bertam (SPU)
Seramai 200 orang telah hadir, termasuk YDP JIM Pahang, Sdr Alwi yang balik bercuti. Sdr Teuku Andika telah dijemput. (Teuku bermakna 'hulubalang' di Aceh). Teuku berjalan dengan menggunakan kaki kanan yang palsu. Teuku sempat melihat 'first time' persembahan TimPres, dan tenyata... beliau melihat kelibat bekas / tapak rumahnya di salah satu gambar video yang ditayangkan. Jumlah sumbangan diterima on the spot (250). Ada yang menyumbang terus pada Andika. Seorang pendengar yg datang ke rumah anaknya di situ telah berminat untuk memohon mengadakan ceramah serupa di Kg beliau, Kg Terang Balik Pulau.

Semoga bermanafaat.


--------------------------------------------------------------------------

All views expressed herein belong to the individuals concerned and do not in any way reflect the official views of Hidayahnet unless sanctioned or approved otherwise.

If your mailbox clogged with mails from Hidayahnet, you may wish to get a daily digest of emails by logging-on to http://www.yahoogroups.com to change your mail delivery settings or email the moderators at [EMAIL PROTECTED] with the title "change to daily digest".



Yahoo! Groups Sponsor
ADVERTISEMENT


Yahoo! Groups Links

Kirim email ke