assalamualaikum.. hai korang suma.. sorry la.. saya bukannya nak tunjuk pandai sangat nak bincang benda ni.. just nak sembang2 jak.. just nak utarakan sedikit beberapa persoalan dan pandangan ngan isu ni.. korang rasala kan.. kalo diberikan persoalan antara ayam dan telur ayam mana yang kuar dulu, korang rasa jawapan dia apa erk? hmm... nampak macam persoalan budak2 kan tapi tak salah rasanya kalo kita berfikir sejenak apa jawapannya..hmm...mungkin ayam, mungkin jugak telurnya..ntahla.. dah lama aku pikir tapi tak jugak jumpa2 jwpan yg sebenar.. so, pada kawan2 yg ble bantu, tolongla saya okeh.. hmm dalam persoalan islam hadhari ni pun sama jugak.. korang rasa dalam isu islam hadhari ni, islam hadhari tu yg kena wujud dulu ka atau pemimpin islam kena wujud dulu? tak mustahil la jawapan dia mestila pemimpin yg kena wujud dulukan.. yerla.. pemimpin citra bangsanya.. kalo pemimpin tak buat yg sepertinya, cam mana orang bawahannya nak ikut kan.. tu.. akupun argue. tapi dari satu sudut, dalam jangka panjang mungkin, knapa kita tak yakin dengan apa yg pemimpin kita ni buat skrg? mungkin silapnya pemimpin yg memperkenalkan islam hadhari ni, disaat globalisasi hangat 'menyengat' minda masyarakat kita..tapi aku rasa, dalam masa yg sama juga, pemimpin kita berusaha juga mencari penawar bagi 'penyakit2 senyap' yg semakin melanda negara. dan satu caranya adalah dgn memperkenalkan islam hadhari itu sendiri.. mungkin masa kini kita nampak ketidaksesuaiianya.. tapi akan datang?? wallahuaklam... di saat itu, mungkin bagi mereka yg telah membuka mata dan membuka minda mereka, akan menggunakan akal pikiran mereka memimpin diri, kuarga dan masyarakat mereka ke arah Islam yg sebenarnya. mana la tahukan... dan tak mustahil juga Islam Hadhari yang sebenar2nya akan kita capai di kala itu.. so..yang menjadi persoalan saya ialah knapa benda ni dijadikan isu seolah2 ia tak boleh lagik diamalkan waima oleh negara islam lainnya.. sepertinya ia sudah terkubur bersama perginya pemimpin2 islam dulunya?... korang rasa Malaysia tak boleh nak wujudkan Islam Hadhari lagi ka? hmm... aku yakin sgt Malaysia akan jadi negara Islam yang sebenar.. cuma, orang2 Malaysia yg nak mengIslamkan diri tuh.. tak tau la.. wallahuaklam..
--- On Sun 02/06, Embi Rais-CER008 < [EMAIL PROTECTED] > wrote:
From: Embi Rais-CER008 [mailto: [EMAIL PROTECTED] To: [EMAIL PROTECTED], [EMAIL PROTECTED], [EMAIL PROTECTED], [email protected], [EMAIL PROTECTED], [EMAIL PROTECTED] Date: Mon, 7 Feb 2005 10:15:58 +0800 Subject: RE: Bismillah [hidayahnet] Re: Islam hadhari ? Di mana Titik Pert emuannya?
Cik/puan, Ulasan kali nie amat menarik perhatian saya dan sememangnya saya mengikuti balas membalas e-mail topic nieh.Benar dan benar belaka ulasan cik kali ini dan pemimpin yang dicari hari ini adalah amat sukar sekali ditemui dimana pemimpin itu didalam pimpinan tuhan jika kita sendiri tiada mengenal tuhan,tidak mengenal rasul dan tidak kenal akan diri sendiri.Sembahyanglah sampai lebam dahi,puasalah sepanjang tahun,berzakat lah sampai terkenal sedunia,tunai lah haji tiap-tiap tahun tetapi jika syahadah itu sendiri tiada sah,tidak tahu akan syarat dan rukun,maka sia-sia lah amalan kita. Bagaimana kita hendak mencari pemimpin yang dipimpin tuhan sedangkan jika kita sendiri tidak bermula untuk memimpin diri sendiri,bagaimana kita nak berjihad jika jihad menentang nafsu sendiri pun belum lepas.Persoalan pokok kita tidak pernah persoalkan tetapi sebaliknya mempertikaikan soal ranting atau cabang sampai naik tegang urat marikh.Apakah kita semua tidak pernah memikirkan tentang tuhan yang menjadikan kita?Apakah kita tidak pernah terfikir akan Ka'bah yang dijadikan kiblat?Kenapa kena sujud mengadapnya?Apa itu Ka'bah?Kalau mengkaji
Al-Quran sekalipun tetapi jika hanya alih bahasa dari Arab ke Melayu,nak buat apa.Buang masa dan tenaga. Maaf kepada semua dan saya tidak tuju kepada sesiapa secara individual,sebaliknya untuk kita merenungi kekurangan diri sendiri.Bukankah itu lebih baik dari kita melihat akan kekurangan orang lain.Jika setiap orang dari kita semua yang mempunyai kesedaran beragama ini memperbaiki diri sendiri,merenungi kekurangan diri,meningkatkan ilmu Fardhu Ain(Feqah,Usul(Tauhid) dan Tasau'uf) dengan berguru dengan guru yang mursyid,sentiasa muhasabah diri,redha akan ketentuannya,sentiasa bersyukur dan sedia untuk terima teguran.Jangan nanti ada yang terfikir macam lah saya nie bagus sangat....Biasa lah mentaliti orang MELAYU yang sombong,bongkak,bangga diri,tak sedar diri dan tak boleh nak diajar.Kalau dah jenis bangsa subsidi tuh,memang subsidi jugak lah.Saya seorang MELAYU dan terus akan menjadi MELAYU,sebaliknya menjadi MELAYU yang berbekal akan ilmu AGAMA(Feqah,Usul(Tauhid) dan Tasa'uf) dan Teknologi dan Sains supaya Bangsa MELAYU khasnya UGAMA ISLAM tidak lagi dihina dan dipandang ren! dah oleh Agama lain.Semoga kita menjadi seorang hamba yang tahu bersyukur dan redha dan senantiasa berada di dalam Rahmatnya hendaknya.wallahu a'lam.
-----Original Message----- From: Nor hapiza Mohd Ariffin [mailto:[EMAIL PROTECTED] Sent: Wednesday, February 02, 2005 2:11 PM To: Nor hapiza Mohd Ariffin; [EMAIL PROTECTED]; [EMAIL PROTECTED]; [email protected]; [EMAIL PROTECTED]; [EMAIL PROTECTED] Subject: Bismillah [hidayahnet] Re: Islam hadhari ? Di mana Titik Pertemuannya?
ASM semua,
Di harap di dalam membincangkan islam hadhari, kita lupakan persoalan yang membawa kepada titik-titik perbezaan di antara kita.
Kita cari titik-titik pertemuan yang membawa perpaduan di antara kita.
mari kita renungi dan hayati kuliah di bawah ini yang membincangkan mengenai pemimpin yang diperlukan di dalam kepimpinan islam hadhari. Ia tidak merujuk kepada mana-mana pemimpin, ia cuma memberi panduan dan peringatan kepada pemimpin, bagaimanakah watak yg diperlukan oleh pemimpin yang perlu di dalam islam hadhari.
----------------------------------------------------
Mana mungkin seorang pemimpin yang tidak mengenali Tuhan dapat membawa manusia kepada Tuhan. Mana mungkin seorang pemimpin yang tidak merasai kehambaan dan merasai bertuhan dapat menanamkan rasa tersebut di hati manusia. Mana mungkin pemimpin yang hatinya lalai dari mengingati tuhan boleh membawa hati manusia untuk mengingati Tuhan.
Adalah mustahil pemimpin yang derhaka kepada Tuhan dapat membentuk manusia lain untuk taat dan patuh kepada Tuhan. Pemimpin yang tidak terdidik atau tidak berupaya mendidik dirinya dengan iman dan taqwa, tidak akan berupaya men-didik manusia kepada iman dan taqwa.
Pemimpin yang gagal mendudukkan nafsunya pasti gagal untuk membawa manusia lain menundukkan nafsu mereka. Pemimpin yang zalim tidak akan mampu menjadikan rakyatnya berlaku adil. Pemimpin yang bengis, keras, kasar, pemarah, dan sombong pasti tidak mampu membawa kasih sayang dan menyatupadukan manusia.
Dalam apa keadaan pun pemimpinlah yang mesti mendahului orang lain dalam berbuat, barulah kejayaan bakal terjadi kepada orang lain. Hatta pemimpin perompak dan penyangak sekalipun, dirinyalah yang terlebih dahulu patut memiliki kepunahan akhlak paling teruk. Kalau tidak, dia sendiri pun tidak layak menjadi pemimpin kepada mereka yang jahat dan rosak akhlak seperti dia.
Betapalah untuk menjadi pemimpin yang baik yang bercita-cita dan mahu mencetuskan kebaikan kepada manusia. Yang mahu melihat manusia menjadi baik, mengenali Tuhan, hidup bersyariat, berkasih sayang, bersatu padu dan bertolong bantu. Pemimpin yang hendak membentuk manusia soleh, maka dirinya mesti memiliki ciri-ciri super soleh. Pemimpin yang bercita-cita membawa hati manusia merasa bertuhan, maka hatinya sendiri mestilah berada p
ada tahap keupayaan menjadi penghubung kepada Tuhan.
Dalam ajaran Islam, syarat-syarat dan ciri-ciri kepimpinan adalah amat ketat. Bukan sebarang orang yang boleh dengan mudah mengaku mampu menjadi pemimpin. Lebih-lebih lagi Islam amat menolak orang yang bersungguh-sungguh mahu menjadi pemimpin. Dalam soal kepimpinan, bukan soal siapa mahu, tetapi ialah siapa yang mampu. Sedangkan yang mampu itu sudah menjadi sunnatullah amat sedikit jumlahnya.
Kerana pada asasnya pemimpin sejati yang ada jaminan selamat dan menyelamatkan ialah mereka yang dipimpin oleh Tuhan. Mereka adalah para nabi dan rasul serta pemimpin pilihan Tuhan yang berwatak nabi dan berwatak rasul. Antara kedua-dua pemimpin ini, yang berwatak rasul saja yang layak memimpin seluruh kehidupan manusia, walaupun tidak salah untuk manusia mengikut pemimpin yang berwatak nabi. Ini kerana para nabi dan pemimpin berwatak nabi hanya memimpin di bidang ibadah dan akhlak sahaja.
Tugas dan peranan para pemimpin ialah banyak memberi tunjuk ajar kepada manusia. Maka yang lebih utama didahulukan telah memberi tunjuk ajar kepada diri sendiri. Mesti mampu mendidik diri, mampu menundukkan nafsu sendiri, mampu berakhlak sempurna dan mampu menjadi model dalam segala hal khususnya ilmu dan minda, ibadah, akhlak, kepimpinan dan rumahtangga. Manusia terjamin selamat di bawah naungan Pemimpin super model ini. Pemimpin pilihan yang bertaqwa ini sentiasa dinaungi oleh Tuhan. Rezekinya Tuhan yang tanggung. Masalahnya Tuhan yang selesaikan. Ilmu dan mindanya Tuhan yang ajarkan dalam bentuk ilham atau firasat. Strateginya tepat kerana ilham dari Tuhan. Dia adalah sumber kekuatan, kekayaan, kebijaksanaan, keupayaan, kepintaran dan kemampuan. Musuh-nya Tuhan yang tewaskan. Kerananya maka orang lain dibantu. Dengan kehadiran pemimpin pilihan Tuhan ini, bumi menjadi dingin kerana turunnya rahmat Tuhan. Kepalsuan menjadi reda. Kejahatan merosot. Ketegangan menjadi kendur. Hati menjadi lembut dan lunak serta mudah menerima kebenaran dan kebaikan. Hati yang degil menjadi luntur. Maksiat dan kemungkaran menurun kerana hati-hati manusia turut terproses dengan sendiri. Manusia merasa gentar dan gerun untuk bertindak di luar batasan. Musuh mengakui kebenarannya tetapi hasad dengki mengongkong mereka lantas menolak kebenaran yang dibawa dan diperjuangkan oleh pemimpin bertaqwa seperti ini.
Sepanjang sejarah, Tuhan telah buktikan bahawa pemimpin inilah akhirnya yang beroleh kemenangan, kerana Tuhan kehendaki mereka menang. Tiada kuasa yang berupaya menembusi kuasa Tuhan. Musuh nya Tuhanlah yang menumpaskan kerana Tuhan kehendaki yang batil dan pemimpin zalim itu tumpas.
Pemimpin zalim di zaman mana pun, sejarah telah mem-buktikan yang dengan bukti sejarah itu wajar dijadikan iktibar, bahawa akhirnya mereka kecundang. Betapa gagahnya Firaun, Qarun, Hammad, Namrud, Abu Lahab, Abu Jahal, Al Walid bin Mughirah, kuas empayar Rom dan Parsi, keutuhan Kota Konstantinopal, semuanya kecundang di tangan pemimpin kebenaran. Sejarah pasti berulang.
Watak zaman kebangkitan Islam kali kedua ini sama saja dengan watak zaman kebangkitan Islam yang pertama, terutamanya Tuhan benar-benar campurtangan dalam memenangkan pemimpin kebenaran hingga menuju ke zaman ummah. Mana-kala sebaliknya, Tuhan juga benar-benar campurtangan dalam melenyapkan pemimpin palsu yang membawa kebatilan dan kezaliman. Inilah zamannya yang mana sejarah itu sedang berulang dan sedang berlaku. History is in the making.
--------------------------------------------------
wallahu a'lam.
__________________________________ Do you Yahoo!? Yahoo! Mail - 250MB free storage. Do more. Manage less. http://info.mail.yahoo.com/mail_250
--------------------------------------------------------------------------
All views
expressed herein belong to the individuals concerned and do not in any way reflect the official views of Hidayahnet unless sanctioned or approved otherwise.
If your mailbox clogged with mails from Hidayahnet, you may wish to get a daily digest of emails by logging-on to http://www.yahoogroups.com to change your mail delivery settings or email the moderators at [EMAIL PROTECTED] with the title "change to daily digest". Yahoo! Groups Links
--------------------------------------------------------------------------
All views expressed herein belong to the individuals concerned and do not in any way reflect the official views of Hidayahnet unless sanctioned or approved otherwise.
If your mailbox clogged with mails from Hidayahnet, you may wish to get a daily digest of emails by logging-on to http://www.yahoogroups.com to change your mail delivery settings or email the moderators at [EMAIL PROTECTED] with the title "change to daily digest".
|