Minyak Kelapa Dara Nufera : http://www.maynetwork.net/nufera/ ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~ Pengguna mesti waspada umpan, `jerat' jurujual WALAUPUN kegiatan penipuan ejen jualan langsung sering didedahkan, ia masih berleluasa dengan semakin ramai menjadi mangsanya. Kata-kata seperti: "Anda bertuah! nama anda tersenarai sebagai pemenang untuk mendapat sebuah kereta Perdana V6!" "Puan, kami datang bukan nak jual barang tapi kami menawarkan skim latihan kemahiran!" "Anda layak menerima baucar percuma bernilai RM100 dan sila datang ke kedai kami untuk ambil hadiah! Sila puan gores dan sekarang anda menang hadiah!" Inilah antara modal promosi atau gimik jurujual yang datang ke rumah dan juga ada yang membuat panggilan melalui telefon kepada mangsa. Mangsa terpinga-pinga dan terpedaya dengan pujukan jurujual yang memberitahu dan meyakinkan mangsa akan menerima hadiah yang dijanjikan, tanpa menyedari mangsa diminta membayar sejumlah wang untuk melayakkan diri mendapatkan hadiah yang lebih lumayan. Umpan jurujual yang menggunakan teknik seperti ini kembali aktif di kawasan perumahan terutama memperdayakan wanita atau suri rumah. Pusat Khidmat Aduan Pengguna Nasional (NCCC) memandang serius penipuan oleh syarikat jualan langsung yang tidak bertanggungjawab ini yang melesapkan berpuluh ribu ringgit dengan rangkaian perniagaan mereka yang meluas di seluruh negara. Mangsanya adalah pengguna yang cepat terpengaruh dengan tawaran percuma dan mereka yang tidak tahu mengenai undang-undang dan peraturan jualan langsung yang dikuatkuasakan bagi melindungi pengguna. Dari November 2004 hingga Januari 2005, NCCC menerima lebih 20 aduan membabitkan penipuan jualan langsung. Aduan diterima melalui telefon, surat, e-mel dan pengguna datang sendiri ke pejabat NCCC. Ada pengadu memohon nasihat kerana rakan dan jiran mereka terperangkap dan tidak kurang pula pengadu menjadi mangsa dan memohon bantuan NCCC untuk mendapatkan semula wangnya setelah gagal mendapatkannya sendiri. Lebih rumit apabila pengadu menyatakan alamat dan nombor diberikan tidak wujud. Satu kes membabitkan seorang wanita yang terpengaruh dengan panggilan telefon yang memberitahu beliau dan suaminya terpilih dan layak menerima hadiah berdasarkan kad jaminan barang elektrik yang dibelinya sejak 1990 sehingga 2000. Pengadu berasa pelik kerana beliau tidak pernah membeli barang elektrik berjenama yang dinyatakan. Kes ini jelas satu penipuan dan diserahkan kepada Bahagian Penguatkuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Selangor untuk siasatan lanjut. KPDNHEP Selangor telah mengambil tindakan terhadap syarikat berkenaan mengikut Akta Jualan Langsung 1997. Pengadu dinasihatkan supaya membuat tuntutan ganti rugi di Tribunal Tuntutan Pengguna Malaysia sekiranya membabitkan kerugian wang. NCCC juga telah memanjangkan surat aduan membabitkan penipuan jualan langsung ini terus kepada Bahagian Penguatkuasa, kementerian. Siasatan mendedahkan kesalahan sering dilakukan membabitkan perkara berikut: Menjalankan perniagaan jualan langsung tanpa lesen sah; Menghantarserah barang dalam tempoh bertenang (tempoh bertenang adalah selama 10 hari); Menerima deposit dalam tempoh bertenang; Mengenakan terma dalam kontrak yang menafikan hak pembeli; Bertandang ke rumah pada haridan masa yang tidak dibenarkan kecuali dengan temu janji terdahulu; - Ahad, jika cuti umum Ahad - Jumaat, jika cuti umum Jumaat Tidak menyediakan kontrak jualan bagi barangan bernilai RM300 ke atas; Tidak mengeluarkan notis pembatalan kontrak; Sebagai pengguna, kita patut berhati-hati, jangan terpengaruh dengan tawaran percuma, baucar hadiah, panggilan telefon menyatakan keluarga anda bertuah mendapat pakej percutian dan sebagainya. ISMAIL ABDUL AZIZ, Pengarah, Pusat Khidmat Aduan Pengguna Nasional ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~ Setiap kali saya mula batuk, demam atau selsema saya akan terus menambah dos Nufera VCO dalam pemakanan harian saya. Saya dapati ianya amat berkesan menyembuhkan penyakit batuk, demam dan selsema yang saya alami. Yang paling mustahak saya memakan Nufera VCO yang natural dan organic. Saya tidak lagi perlu mendapatkan antibiotic yang boleh memudaratkan kesihatan kerana kesan kimia antibiotic tersebut. Puan Hasnah bt Jaafar, 48 Thn, Taman Selasih Fasa 2,Gombak, Selangor ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~ Lain2 testimoni : http://www.maynetwork.net/nufera/pengguna12.html ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~ ------------------------ Yahoo! Groups Sponsor --------------------~--> In low income neighborhoods, 84% do not own computers. At Network for Good, help bridge the Digital Divide! http://us.click.yahoo.com/hjtSRD/3MnJAA/i1hLAA/TXWolB/TM --------------------------------------------------------------------~-> -------------------------------------------------------------------------- All views expressed herein belong to the individuals concerned and do not in any way reflect the official views of Hidayahnet unless sanctioned or approved otherwise. If your mailbox clogged with mails from Hidayahnet, you may wish to get a daily digest of emails by logging-on to http://www.yahoogroups.com to change your mail delivery settings or email the moderators at [EMAIL PROTECTED] with the title "change to daily digest". Yahoo! Groups Links <*> To visit your group on the web, go to: http://groups.yahoo.com/group/hidayahnet/ <*> To unsubscribe from this group, send an email to: [EMAIL PROTECTED] <*> Your use of Yahoo! Groups is subject to: http://docs.yahoo.com/info/terms/
