--- jamaludin hashim <[EMAIL PROTECTED]>
wrote: 
> 

> From: "Mohd Zahid" <[EMAIL PROTECTED]>
> Date: Sat, 12 Feb 2005 22:16:35 +0800
> Subject: [-Bersamamu-] Fw: MENGENALI TOKOH MAAL
> HIJRAH 1426
> 

> Oleh Tun Paduka Tuan   
> 
>       UTHMAN MUHAMADY 
> 
> Sungguh saya tidak terfikir bahawa suatu hari yang
> ditetapkan Allah Rabul Jalil manusia bernama
> Muhammad Uthman (yang ditambah dengan nama
> El-Muhammady) dianugerahkan Tokoh Maal Hijrah. Tidak
> percaya dan sukar untuk dipercayai. Begitulah
> kira-kiranya pada mula yang terbata-bata di dalam
> kepala apabila melihat nama Uthman tertera di akhbar
> dipilih sebagai Tokoh Maal Hijrah 1426. 
> Tetapi setelah melihat dan mengukur keadaan
> sekeliling, rasa ajaib itu hilang perlahan-lahan
> diganti dengan rasa munasabah pula. "Paten" kata
> orang Indonesia. Memang kena pada tempatnya,
> pemilihan itu bak sirih pulang ke gagang atau pinang
> pulang ke tampuk (gemuk). 
> 
> Dalam era Malaysia diserang demam Islam Hadhari,
> memang tepat. Di era Malaysia dicanangkan dengan
> nyanyian gagak. 'arkkk.arkkkk..' mengenai Islam
> Hadhari memang kena pemilihan itu. Kata P.
> Ramlee..dan kena dah, penyamun ditipu perompak. 
> 
> Kalau menurut Abdul Hadi Awang, betapa Islam Hadhari
> itu songsang lagi menyesatkan. Jadi kenalah kalau
> Malaysia di era Islam Hadhari memilih Uthman
> diangkat sebagai tokohnya. Sebab Uthman itu sendiri
> bukan seorang ulama atau tokoh yang 'ankurat' untuk
> diangkat ke darjat ulama atau pendakwah sebenarnya.
> Uthman bukan warsatul ambian, tetapi 'warsatu al
> khianat'. 
> 
> Mungkin ramai yang tidak kena siapa dia Uthman yang
> berjanggut merah itu. Orang kenal dia sebagai
> seorang penulis Islam dan pendakwah bebas. Beliau
> selalu muncul dalam forum dan juga majlis anjuran
> kerajaan. Orang mengenali peribadinya setakat itu
> sahaja. Mendengar ilmu dan juga syarahannya tentu
> orang akan terpegun dan menganggapnya seorang tok
> guru yang hebat, warak, zuhud bertaraf ariffinbilah.
> 
> 
> Orang tidak tahu tawarikh hidupnya. Karektornya,
> kealiman dan ketinggian ilmunya di dalam agama.
> Sebenarnya sejarah Uthman di dalam agama bukan putih
> tetapi kelabu tahi anjing. Tetapi disebabkan sejarah
> itu ramai yang tidak tahu maka orang menganggapnya
> sebagai wali. 
> 
> Namun pun begitu ia tidak akan hilang buat
> selama-lamanya. Bila disebut nama Uthman orang yang
> kenal dan baca sejarah akan ingat kepada hal-hal
> misteri dan aneh mengenai dirinya. 
> 
> Akhir tahun 1970-an Uthman menubuhkan sebuah
> kumpulannya (agama) sendiri bertempat di Tal Tujuh
> (dekat rumah salah seorang 'tiga abdul'.)
> Kumpulannya berjubah dan berserban. Tetapi jubah dan
> serbannya bukan macam kumpulan Arqam pimpinan
> Ashaari Muhammad yang mendakwa dirinya Imam Mahdi
> itu. 
> 
> Jubah puak Uthman yang dikenali dengan puak jemaah
> Tal Tujuh ini putih dan biasa sahaja dengan mata
> bercelak macam mata burung 'wow..wow'. Namun cara
> dan corak kehidupannya sama dengan Arqam. Mereka
> tidak bergaul dengan masyarakat luar dan hidup dalam
> kelompok sendiri. Mereka juga fanatik dan ekstrem
> dengan fahaman ortodoks sehinggakan tidak bergaul
> dan bercampur dengan orang luar. 
> 
> Untuk keperluan hidup, mereka menjalankan perniagaan
> dan pertanian sendiri. Mereka berkebun, mengusahakan
> kilang roti, kicap dan cilisos. Perkampungan itu
> juga ada kelas pengajian mereka sendiri. 
> 
> Kebanyakan pengikut Uthman terdiri dari golongan
> cerdik pandai. Banyak pensyarah dan penuntut
> universiti yang terikut dengannya. Uthman juga ada
> mengamalkan tarikat - makan siang puasa malam! Hidup
> zuhud kononnya. Semua hal-hal dunia, kemewahan tidak
> boleh diguna pakai kerana ia menghijabkan iman.
> Kemudahan ini adalah sesuatu yang menyesatkan. 
> 
> Beliau melarang pengikutnya menonton televisyen dan
> mendengar radio ataupun membaca akhbar dan majalah.
> Menurut mazhabnya semua itu haram. Potret wajah
> tidak boleh disiarkan dalam TV atau majalah. Jadi
> mana-mana pengikut yang dulu beli TV dan radio
> disuruh menjual atau membuangnya ke dalam sungai
> atau laut. 
> 
> Ramai yang terpengaruh dan lama kelamaan kumpulan
> itu membesar. Uthman secara tidak langsung diangkat
> menjadi Sheikh atau Imam besar kumpulan Tal Tujuh
> itu. Hidupnya pun bergaya ala seorang imam mujtahid.
> Makan dan minum anak dan keluarga pun dijaga oleh
> ahli. Beliau tidak perlu berbuat apa-apa lagi
> melainkan hanya menulis dan mengajar sahaja. 
> 
> Yang bekerja menyara kehidupannya ialah para
> pengikutnya. Salah seorang kawannya semasa di
> universiti bertindak menjadi pengarah kampung
> berkenaan. Kawannya ini berkorban meninggalkan kerja
> sebagai pensyarah untuk menumpukan masa dan tenaga
> membangunkan jemaah berkenaan. 
> 
> Selama mana sangat bangkai boleh diselindungi?
> Lama-kelamaan tembelang ini terdedah juga. Akhirnya
> timbul perbalahan di antara pensyarah ini dengan
> Uthman. Pensyarah itu tidak senang dengan
> tindak-tanduk Uthman yang memperalatkannya dan
> menggunakan segala kemudahan di perkampungan itu
> untuk kepentingannya. 
> 
> Pengikutnya juga tidak berpuas hati dengan Uthman
> dan akhirnya mereka semua bertindak 'mufarakah' -
> memulaukannya. 
> 
> Sejak itu beliau perlahan-lahan meninggalkan
> perkampungan dan jemaah yang dibinanya sendiri.
> Beliau mencari jalan lain dan beruzlah daripada
> kumpulan Tal Tujuh itu. 
> 
> Daripada sinilah beliau membetulkan semula akiqahnya
> yang songsang dan mencampuri orang ramai semula
> untuk menyambungkan kehidupannya. Peganganya juga
> selama ini perlahan-lahan dibuang dari mihrab
> keimanannya. Apa yang diharamkan dahulu, TV, surat
> khabar telah dihalalkan semula. Uthman telah menemui
> kitab baru yang membolehkan beliau larut dalam
> segala kemodenan. 
> 
> Beliau mula dipanggil untuk memberi ceramah dan
> menyampaikan kertas kerja dalam bidangnya -
> pengajian Islam di seminar dan simposium.
> Pendapatannya sudah lumayan. Lama kelamaan beliau
> tertanggal dengan fahaman dan hukum hakam yang
> dibuatnya itu. Akhirnya beliau boleh muncul di
> televisyen dan terpampanglah janggut merahnya kepada
> khalayak. 
>   
> Penulis sendiri ada pengalaman dengan Tokoh Maal
> Hijrah Islam Hadhari ini. Semasa menguruskan sebuah
> penerbitan, penulis pernah menyiarkan sedutan sebuah
> kertas kerjanya. Beberapa hari selepas penyiaran
> itu, Uthman telefon penulis minta bayaran. 
> 
> Disebabkan peruntukan kewangan tidak mencukupi,
> penulis minta tangguh, tetapi diherdiknya penulis
> sebagai maling. Sikap bakhilnya ini menyebabkan
> penulis menjawab herdikannya itu dengan menyatakan;
> kalau Muhammad s.a.w ingin memperdagangkan ilmunya,
> cukup dengan sepatah bismillah sahaja baginda akan
> menjadi kaya raya dan jutawan, tetapi Muhammad tidak
> bersikap begitu, baginya ilmu adalah satu sedekah.! 
> 
> Bagaimana pun penulis tetap juga membuat bayaran di
> atas petikan kertas kerja tidak seberapa itu. Itulah
> sikap dan hati budi Tokoh Maal Hijrah Islam Hadhari
> berjanggut merah macam bulu jangung ini. Nampak
> sangat dia ini mata duitan dan hidupnya kini lebih
> mementingkan dunia daripada akhirat. Inilah ulama
> as-sook.. yang hidup dengan memperdagangkan ilmu
> yang Allah kurniakan kepadanya. 
> 
> Itulah latar belakang dan juga profil Tokoh Maal
> Hijrah tahun ini. Ramai yang tidak tahu hal ini.
> Tetapi mereka yang tahu akan menggaru kepala macam
> mana boleh dipilih menjadi Tokoh Maal Hijrah.
> Bagaimana pun mereka yang arif dengan konsep Islam
> Hadhari itu, sedikit pun tidak akan hairan kerana
> wajarlah kalau si buta berkawan dengan si kudung.
> Dan jangan terkejut Tokoh Maal Hijrah tahun hadapan
> ialah Ashaari Muhammad pula.  - Reformasi. 
> 
> Tun Paduka Tuan - 
> 



        
        
                
___________________________________________________________ 
How much mail storage do you get for free? Yahoo! Mail 
gives you 250MB! Get Yahoo! Mail http://uk.mail.yahoo.com





------------------------ Yahoo! Groups Sponsor --------------------~--> 
Has someone you know been affected by illness or disease?
Network for Good is THE place to support health awareness efforts!
http://us.click.yahoo.com/UwRTUD/UOnJAA/i1hLAA/TXWolB/TM
--------------------------------------------------------------------~-> 

--------------------------------------------------------------------------

All views expressed herein belong to the individuals concerned and do not in 
any way reflect the official views of Hidayahnet unless sanctioned or approved 
otherwise. 

If your mailbox clogged with mails from Hidayahnet, you may wish to get a daily 
digest of emails by logging-on to http://www.yahoogroups.com to change your 
mail delivery settings or email the moderators at [EMAIL PROTECTED] with the 
title "change to daily digest".  
Yahoo! Groups Links

<*> To visit your group on the web, go to:
    http://groups.yahoo.com/group/hidayahnet/

<*> To unsubscribe from this group, send an email to:
    [EMAIL PROTECTED]

<*> Your use of Yahoo! Groups is subject to:
    http://docs.yahoo.com/info/terms/
 



Kirim email ke