Hapus cukai pintu rumah kediaman untuk keadilan - bekas MB Terengganu
Monday, February 14 @ 09:00:04 MYT


KUALA ROMPIN, 14 Feb (Hrkh) - Presiden PAS, Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang menegaskan penghapusan cukai pintu bagi rumah kediaman semasa pemerintahan PAS di negeri Terengganu adalah untuk memberi keadilan dan keselesaan kepada semua rakyat tanpa mengira bangsa.

Menjawab soalan daripada seorang penduduk dalam majlis dialog di kampung Sungai Puteri yang bertanya apakah manfaat daripada penghapussan cukai pintu oleh oleh kerajaan PAS dahulu kepada orang Melayu, bekas MB Terengganu itu menegaskan rumah adalah rukun hidup ia suatu keperluan kepada semua rakyat.

Justeru untuk memberi keselesaan kepada rakyat kerajaan PAS sanggup menghapuskanya walaupun kerajaan kehilangan hasil RM20 juta setahun.

Jelas beliau, cukai adalah salah satu daripada sumber kewangan kerajaan daripada pelbagai sumber kewangan kerajaan negeri dan cukai hanya boleh diambil daripada rakyat setelah tiada sumber pendapatan lain.

Pada masa itu, katanya, kerajaan Terengganu mempunyai sumber pendapatan lebih RM500 juta setahun daripada hasil royalti petroleum yang dibayar Petronas setiap tahun.

Bagaimanapun Kerajaan Pusat telah mengkhainati kerajaan negeri Terangganu dengan menahan pembayaran royalti menyebabkan kerajaan negeri kehilangan lebih 70% daripada hasil negeri.

Bagaimanapun, katanya, langkah Pusat itu tidak menghalang kerajaan negeri untuk terus tidak mengambil cukai pintu rumah kediaman kerana menganggap kerajaan negeri masih mampu mencari sumber pendapatan lain.

Mulai tahun 2005, kerajaan BN Terengganu mengenakan semula cukai pintu untuk rumah kediaman di Terengganu yang dimansuhkan oleh kerajaan PAS sebelum ini.

Ia telah menimbulkan polimik besar di negeri itu dan satu debat mengenainya bakal diadakan antara PAS dan Umno Mac ini.

Menjawab soalan mengenai pilihan raya, Tuan Guru menjelaskan, PAS kehilangan sokongan di Terengganu sekitar 2% sahaja iaitu lebih kurang 10,000 pengundi sahaja yang lari dari PAS.

Sokongan daripada rakyat khususnya penyokong setia PAS masih kuat dan tidak berganjak, katanya.

Kata beliau, kejayaan Barisan Nasional di negeri itu disebabkan oleh pakatan pelbagai pihak untuk menjatuhkan PAS.

Ini dapat dilihat daripada peningkatan jumlah pengundi yang ketara serta peratusan keluar mengundi yang tinggi berbanding negeri-negeri lain di Malaysia.

Peratus keluar mengundi di Terengganu dalam pilihan raya 2004 adalah hampir 90 peratus, satu angka yang sangat luar biasa.

Mengenai soalan kononnya watak Tuan Guru yang serius menyebabkan pengundi takut untuk memenangkan PAS dalam pilihan raya lalu, beliau berkata, pengundi masih memenangkannya untuk menjadi Wakil Rakyat di Dewan Undangan Negeri Terengganu bagi kawasan Ru Rendang, manakala di kerusi parlimen Marang beliau kalah dengan majoriti kecil sahaja.

Oleh itu, faktor itu tidak berapa tepat untuk dijadikan ukuran.

Menyentuh soal demokrasi, Tuan Guru menggesa supaya rakyat dibebaskan untuk mendengar pandangan kedua bagi membolehkan rakyat membuat pertimbangan yang adil.

�Rakyat mesti dibenarkan untuk mendengar ceramah dan penjelasan daripada semua pihak dalam negara yang mengamalkan sistem demokrasi,� ujarnya.

Jelas beliau malangnya PAS dihalang untuk mengadakan majlis ceramah sedangkan parti lawan diberi kebebasan untuk menggunakan media eletronik dan sebagainya.

�Demokrasi di negara-negara lain semakin subur tetapi di Malaysia demokrasi semakin kurus,� katanya.

Turut serta didalam dialog itu ialah Naib Ketua Pemuda PAS Pusat, Ustaz Misbahul Munir Masduki, Ketua Penerangan Pemuda PAS Pusat, Mazlan Aliman, Setiausaha Badan Perhubungan PAS Pahang, Mejar (B) Abdul Aziz Yaakub dan Ketua Dewan Muslimat PAS Pahang.

Musbahul Munir dalam ucapannya berkata, Pemuda akan meneruskan program 'Pemimpin Turun Padang' ini untuk mendekatkan pemimpin PAS dengan masyarakat di seluruh negara.

"Melalui program seumpama itu, kita dapat melihat sendiri bagaimana kesusahan rakyat di sesabuah negeri," katanya.

- zs


ALL-NEW Yahoo! Messenger - all new features - even more fun!

--------------------------------------------------------------------------

All views expressed herein belong to the individuals concerned and do not in any way reflect the official views of Hidayahnet unless sanctioned or approved otherwise.

If your mailbox clogged with mails from Hidayahnet, you may wish to get a daily digest of emails by logging-on to http://www.yahoogroups.com to change your mail delivery settings or email the moderators at [EMAIL PROTECTED] with the title "change to daily digest".



Yahoo! Groups Sponsor
ADVERTISEMENT


Yahoo! Groups Links

Kirim email ke