Title: Message
Alhamdulillah.. Saya bersetuju.
 
-----Original Message-----
From: [EMAIL PROTECTED] [mailto:[EMAIL PROTECTED]
Sent: Thursday, February 17, 2005 1:27 AM
To: [EMAIL PROTECTED]; Mohamad Nazree; [EMAIL PROTECTED]; [EMAIL PROTECTED]
Cc: [email protected]
Subject: AKUM? Re: Bismillah [hidayahnet] SEDARKAH ANDA? SESAT

Assalammualaikum...
 
  Hangat jugak topik ni. Sampai dah ada orang tambah perkataan "SESAT" dalam SUBJECT dah ni.
Dalam hal ini, jika anda tanya saya, yang mana saya pilih, saya akan kata kan, kalau nak tulis, tulislah ayat yang panjang yakni "Assalammualaikum".
 
KENAPA?
Kerana kalimah salam itu amat tinggi nilainya. Rasul Allah mengucapkannya dan mengajar kita kalimah ini.
 
Sebagai contoh, lihat hadis yg berikut.
Hadis Anas r.a katanya:
Aku telah menghadiri majlis kenduri sempena perkahwinan Zainab. Rasulullah s.a.w telah menghidangkan kepada orang ramai, roti dan daging. Rasulullah s.a.w menyuruh aku menjemput mereka, apabila mereka selesai makan. Rasulullah s.a.w bangun lalu beredar dan aku mengekori baginda. Ketika itu aku dapati masih ada dua orang lelaki sedang asyik berbual dan masih belum keluar. Ketika Rasulullah s.a.w mula masuk berjumpa dengan isteri-isterinya, baginda mengucapkan salam kepada setiap seorang dari mereka: Assalamualaikum! Apa khabar kamu semua? Mereka menjawab: Baik! Wahai Rasulullah dan bertanya: Bagaimana isterimu? Rasulullah s.a.w menjawab: Baik! ! Setelah selesai, baginda kembali bersamaku. Ketika sampai di pintu didapati dua lelaki itu masih lagi asyik berbual. Apabila keduanya melihat Rasulullah s.a.w pulang, kedua-duanya bangkit dan keluar dari rumah Rasulullah s.a.w. Aku tidak pasti mengapa mereka keluar. Adakah aku telah menyuruh mereka supaya keluar atau wahyu diturunkan kepada Rasulullah s.a.w menyuruh mereka keluar. Ketika baginda meletakkan kaki di ambang pintu setelah pulang bersamaku, baginda melabuhkan tirai antaraku dengan baginda dan ketika itu turunlah firman Allah: [Al-Ahzaab: 53] Hingga ke akhir ayat, yang bermaksud: Jangan kamu memasuki rumah Nabi kecuali setelah mendapat keizinannya

Nombor Hadis Dalam Sahih Muslim [Dalam Bahasa Arab sahaja]: 2565

dan dalam hadis yg berikut,
Rujuk:  SAHIH AL-BUKHARI
Hadis no  :  8.246
"Dari Abu Hurairah r.a. , dari nabi SAW beliau bersabda: Allah SWT
mencipkan Adam u atas rupanya, panjangnya 60 hasta. Maka setelah
selesai menciptakannya Allah SWT berfirman: Pergilah dan berilah salam
kepada segolongan mereka - segolongan malaikat yang sedang duduk- maka
dengarkan apa yang mereka ucapkan sebagai perhormatan kepadamu, maka
sesungguhnya apa yang mereka ucapkan adalah perhormatanmu dan
perhormatan keturunanmu ( yang beriman ). Maka ia (Adam u ) berkata:
assalamu 'alaikum. Mereka menjawab: 'Assalamu'alaikum warahmatullah.
Mereka menambah Warahmatullah, Maka setiap orang yang masuk sorga atas
rupa Adam u, maka senantiasa makhluk berkurang setelah itu hingga
sekarang. ( HR.Bukhari )
 
Berdasarkan hadis diatas, kita dapat lihat betapa perkataan salam itu pernah diucapkan oleh Nabi Muhammad S.A.W.  dan juga moyang kita Nabi Adam A.S. Haruslah kita akui betapa tinggi nilainya Salam, bagi yang memberi salam diberi pahala, dan wajib untuk yang diajukan untuk menjawabnya. Dan haruslah kita menjaga martabat ucapan salam sebagaimana yang Haq.
 
    Pernahkah didalam mana mana penulisan ada menjumpai orang menulis perkataan 'Nabi MOHD S.A.W. @ MUHD S.A.W. (ambil perhatian: Saya tulis disini hanya untuk tujuan taklim & pembelajaran)? Mengapa tidak kita tulis sedemikian? Bahkan semua orang sudah sedia maklum MOHD atau MUHD adalah singkatan bagi Muhammad. Tetapi tiada diantara kita tergamak menyingkatkan menulisnya kerana betapa kita menyanjung Nabi kita yang betapa tinggi Martabatnya dikalangan Manusia, sehinggakan setiap perkara berkaitan Rasullullah akan kita ambil berat walau sebesar kuman.
    Sesungguhnya ini bukan perkara baru. Setiap daripada kita yang beragama islam akan mengganggap apa yang apa sahaja yang berkaitan dengan Agama sebagai sesuatu yang suci yang perlu dipertahankan sebagaimana  yang hak ia didirikan. 
 
     Saya ingin membawa kepada satu contoh yang lain. Berkenaan dengan penulisan Ayat Al-Quran, wujud pendapat dimana adalah amat dituntut untuk kita menulis ayat-ayat Al-Quran  dengan tulisan Arab dan bukan tulisan rumi( kebanyakan buku agama dulu banyak tulis ayat Al-Quran guna tulisan rumi nak bagi kita senang baca. Sekarang dah tak banyak dah). Di antara sebab-sebabnya, di takut akan disalah erti dan di salah lafaz bagi mereka yang bukan ahli, dalam istilah english, layman. sebagai contoh, 'dza' atau 'tha'. Kalau orang tak biasa dia sebut direct pronounce za dan tha -bagi mereka tak ada perbezaan. Namun bagi mereka yang belajar huruf arab dan hubungannya dengan rumi, lidah dilunjur di gigi depan yakni 'tha' mendekati tsa. Sesungguhnya kekeliruan bagi mereka yang bukan ahli ini yang kita takuti yang boleh mengunjur kepada kesalahan.
 
     Begitulah juga dengan perkataan salam ini. Harus kita memberatkan agar tidak terjadi fitnah di kemudian hari. Kalau kita lihat sekarang, macam macam singkatan dibuat bagi ucapan salam : Akum, Akumz, Akums dan macam macam lagi. Bagi yang memang dah mengguna kan perkataan singkatan ini, mereka berhujah bahawa ia universal, semua orang paham bahawa Akum = Assalammualaikum. Namun, ada yang tidak paham. Saya sendiri umpamanya sehingga kini masih lagi apabila membaca Akum masih lagi menganggapnya Akum. Ramai anak anak muda, sebagai contoh, bagi mereka yang apabila baru berjinak jinak dengan MIRC atau Chat Program,  akan diperkenalkan dengan perkataan Akum, dan sekiranya dari awal tidak diperjelaskan ke atas mereka, mereka akan menganggapnya tetap sebagai Akum. Dan ada diantara mereka terbawa bawa sehinggakan ketika bercakap pun mereka pronounce 'Akum'. Dan hal ini lah yang ditakuti, ketika 'kekeliruan dianggap sebagai kebenaran'.
     Jadi elakkan lah kebarangkalian timbulnya fitnah dah kekeliruan ini. 
 
     Kesimpulannya, ramai diantara kita ketika berSMS, yang memerlukan kita untuk menyingkatkan sebanyak mana perkataan yang mungkin, kita masih tetap tulis, ASSALAMMUALAIKUM, kerana kita tahu betapa tingginya nilai kata SALAM ini yang di ucap sejak awal kejadian manusia.
 
Ini pendapat saya. Kalau salah sila betulkan.
 
Semuanya itu (kebaikan dan bencana) adalah (berpunca) dari sisi Allah. Maka apakah yang menyebabkan kaum itu hampir-hampir tidak memahami perkataan (nasihat dan pengajaran)?  Apa jua kebaikan (nikmat kesenangan) yang engkau dapati maka ia adalah dari Allah dan apa jua bencana yang menimpamu maka ia adalah dari (kesalahan) dirimu sendiri.  {Petikan Ayat Al-Quran An-Nisaa' 78-79}
 
Wallahu A'alam.
Allah Jua Yang Mengetahui.
 
Wassalam.  
 
 

__________________________________________________
Do You Yahoo!?
Tired of spam? Yahoo! Mail has the best spam protection around
http://mail.yahoo.com



--------------------------------------------------------------------------

All views expressed herein belong to the individuals concerned and do not in any way reflect the official views of Hidayahnet unless sanctioned or approved otherwise.

If your mailbox clogged with mails from Hidayahnet, you may wish to get a daily digest of emails by logging-on to http://www.yahoogroups.com to change your mail delivery settings or email the moderators at [EMAIL PROTECTED] with the title "change to daily digest".




Yahoo! Groups Links

Kirim email ke