100% bersetuju... ustaz saya sendiri menasihatkan adalah sebaik-2nya
menulis perkataan muhammad sallallahualaihiwassalam.. bukan dengan
singkatan (s.a.w).... mengapa kita harus lokek utk menulis ayat
sallallahualaihiwassalam, tidak ada rugi pun.... begitu juga utk Allah
subhanahu wataala... termasuklah assalamualaikum... seperkara lagi yang
saya ingin menegur adalah penggunaan ayat murtad... diharap kita dapat
menasihatkan kawan-2 kita yang lain utk menghentikan penggunaan murtad
seperti 'jawa murtad', 'selangor murtad' dan sbgnya.. demi utk mengelakkan
salah tafsiran.... maaf jika ada menyinggung perasaan orang lain.... tapi
ingatlah sememangnya islam itu mudah tetapi bukan untuk
dipermudah-mudahkan....


regards,

m razak m
vcm production dept
vinyl chloride (m) sdn. bhd.
tel:09-8305265
fax:09-8305258



                                                                                
                            
                      "Lizawati                                                 
                            
                      Johari"                  To:      <[EMAIL PROTECTED]>, 
<[email protected]>  
                      <[EMAIL PROTECTED]         cc:                            
                              
                      v.my>                    Subject: FW: AKUM?  Re: 
Bismillah [hidayahnet] SEDARKAH      
                                               ANDA? SESAT                      
                            
                      02/17/2005 09:42                                          
                            
                      AM                                                        
                            
                                                                                
                            
                                                                                
                            



Alhamdulillah.. Saya bersetuju.

-----Original Message-----
From: [EMAIL PROTECTED] [mailto:[EMAIL PROTECTED]
Sent: Thursday, February 17, 2005 1:27 AM
To: [EMAIL PROTECTED]; Mohamad Nazree; [EMAIL PROTECTED];
[EMAIL PROTECTED]
Cc: [email protected]
Subject: AKUM? Re: Bismillah [hidayahnet] SEDARKAH ANDA? SESAT

Assalammualaikum...

  Hangat jugak topik ni. Sampai dah ada orang tambah perkataan "SESAT"
dalam SUBJECT dah ni.
Dalam hal ini, jika anda tanya saya, yang mana saya pilih, saya akan kata
kan, kalau nak tulis, tulislah ayat yang panjang yakni "Assalammualaikum".

KENAPA?
Kerana kalimah salam itu amat tinggi nilainya. Rasul Allah mengucapkannya
dan mengajar kita kalimah ini.

Sebagai contoh, lihat hadis yg berikut.
http://hadith.al-islam.com/Bayan/Display.asp?Lang=mal&ID=809
Hadis Anas r.a katanya:
Aku telah menghadiri majlis kenduri sempena perkahwinan Zainab. Rasulullah
s.a.w telah menghidangkan kepada orang ramai, roti dan daging. Rasulullah
s.a.w menyuruh aku menjemput mereka, apabila mereka selesai makan.
Rasulullah s.a.w bangun lalu beredar dan aku mengekori baginda. Ketika itu
aku dapati masih ada dua orang lelaki sedang asyik berbual dan masih belum
keluar. Ketika Rasulullah s.a.w mula masuk berjumpa dengan
isteri-isterinya, baginda mengucapkan salam kepada setiap seorang dari
mereka: Assalamualaikum! Apa khabar kamu semua? Mereka menjawab: Baik!
Wahai Rasulullah dan bertanya: Bagaimana isterimu? Rasulullah s.a.w
menjawab: Baik! ! Setelah selesai, baginda kembali bersamaku. Ketika sampai
di pintu didapati dua lelaki itu masih lagi asyik berbual. Apabila keduanya
melihat Rasulullah s.a.w pulang, kedua-duanya bangkit dan keluar dari rumah
Rasulullah s.a.w. Aku tidak pasti mengapa mereka keluar. Adakah aku telah
menyuruh mereka supaya keluar atau wahyu diturunkan kepada Rasulullah s.a.w
menyuruh mereka keluar. Ketika baginda meletakkan kaki di ambang pintu
setelah pulang bersamaku, baginda melabuhkan tirai antaraku dengan baginda
dan ketika itu turunlah firman Allah: [Al-Ahzaab: 53] Hingga ke akhir ayat,
yang bermaksud: Jangan kamu memasuki rumah Nabi kecuali setelah mendapat
keizinannya


Nombor Hadis Dalam Sahih Muslim [Dalam Bahasa Arab sahaja]: 2565


dan dalam hadis yg berikut,
http://www.e-bacaan.com/artikel_salam.htm
Rujuk:  SAHIH AL-BUKHARI
Hadis no  :  8.246
"Dari Abu Hurairah r.a. , dari nabi SAW beliau bersabda: Allah SWT
mencipkan Adam u atas rupanya, panjangnya 60 hasta. Maka setelah
selesai menciptakannya Allah SWT berfirman: Pergilah dan berilah salam
kepada segolongan mereka - segolongan malaikat yang sedang duduk- maka
dengarkan apa yang mereka ucapkan sebagai perhormatan kepadamu, maka
sesungguhnya apa yang mereka ucapkan adalah perhormatanmu dan
perhormatan keturunanmu ( yang beriman ). Maka ia (Adam u ) berkata:
assalamu 'alaikum. Mereka menjawab: 'Assalamu'alaikum warahmatullah.
Mereka menambah Warahmatullah, Maka setiap orang yang masuk sorga atas
rupa Adam u, maka senantiasa makhluk berkurang setelah itu hingga
sekarang. ( HR.Bukhari )

Berdasarkan hadis diatas, kita dapat lihat betapa perkataan salam itu
pernah diucapkan oleh Nabi Muhammad S.A.W.  dan juga moyang kita Nabi Adam
A.S. Haruslah kita akui betapa tinggi nilainya Salam, bagi yang memberi
salam diberi pahala, dan wajib untuk yang diajukan untuk menjawabnya. Dan
haruslah kita menjaga martabat ucapan salam sebagaimana yang Haq.

    Pernahkah didalam mana mana penulisan ada menjumpai orang menulis
perkataan 'Nabi MOHD S.A.W. @ MUHD S.A.W. (ambil perhatian: Saya tulis
disini hanya untuk tujuan taklim & pembelajaran)? Mengapa tidak kita tulis
sedemikian? Bahkan semua orang sudah sedia maklum MOHD atau MUHD adalah
singkatan bagi Muhammad. Tetapi tiada diantara kita tergamak menyingkatkan
menulisnya kerana betapa kita menyanjung Nabi kita yang betapa tinggi
Martabatnya dikalangan Manusia, sehinggakan setiap perkara berkaitan
Rasullullah akan kita ambil berat walau sebesar kuman.
    Sesungguhnya ini bukan perkara baru. Setiap daripada kita yang beragama
islam akan mengganggap apa yang apa sahaja yang berkaitan dengan Agama
sebagai sesuatu yang suci yang perlu dipertahankan sebagaimana  yang hak ia
didirikan.

     Saya ingin membawa kepada satu contoh yang lain. Berkenaan dengan
penulisan Ayat Al-Quran, wujud pendapat dimana adalah amat dituntut untuk
kita menulis ayat-ayat Al-Quran  dengan tulisan Arab dan bukan tulisan rumi
( kebanyakan buku agama dulu banyak tulis ayat Al-Quran guna tulisan rumi
nak bagi kita senang baca. Sekarang dah tak banyak dah). Di antara
sebab-sebabnya, di takut akan disalah erti dan di salah lafaz bagi mereka
yang bukan ahli, dalam istilah english, layman. sebagai contoh, 'dza' atau
'tha'. Kalau orang tak biasa dia sebut direct pronounce za dan tha -bagi
mereka tak ada perbezaan. Namun bagi mereka yang belajar huruf arab dan
hubungannya dengan rumi, lidah dilunjur di gigi depan yakni 'tha' mendekati
tsa. Sesungguhnya kekeliruan bagi mereka yang bukan ahli ini yang kita
takuti yang boleh mengunjur kepada kesalahan.

     Begitulah juga dengan perkataan salam ini. Harus kita memberatkan agar
tidak terjadi fitnah di kemudian hari. Kalau kita lihat sekarang, macam
macam singkatan dibuat bagi ucapan salam : Akum, Akumz, Akums dan macam
macam lagi. Bagi yang memang dah mengguna kan perkataan singkatan ini,
mereka berhujah bahawa ia universal, semua orang paham bahawa Akum =
Assalammualaikum. Namun, ada yang tidak paham. Saya sendiri umpamanya
sehingga kini masih lagi apabila membaca Akum masih lagi menganggapnya
Akum. Ramai anak anak muda, sebagai contoh, bagi mereka yang apabila baru
berjinak jinak dengan MIRC atau Chat Program,  akan diperkenalkan dengan
perkataan Akum, dan sekiranya dari awal tidak diperjelaskan ke atas mereka,
mereka akan menganggapnya tetap sebagai Akum. Dan ada diantara mereka
terbawa bawa sehinggakan ketika bercakap pun mereka pronounce 'Akum'. Dan
hal ini lah yang ditakuti, ketika 'kekeliruan dianggap sebagai kebenaran'.
     Jadi elakkan lah kebarangkalian timbulnya fitnah dah kekeliruan ini.

     Kesimpulannya, ramai diantara kita ketika berSMS, yang memerlukan kita
untuk menyingkatkan sebanyak mana perkataan yang mungkin, kita masih tetap
tulis, ASSALAMMUALAIKUM, kerana kita tahu betapa tingginya nilai kata SALAM
ini yang di ucap sejak awal kejadian manusia.

Ini pendapat saya. Kalau salah sila betulkan.

Semuanya itu (kebaikan dan bencana) adalah (berpunca) dari sisi Allah. Maka
apakah yang menyebabkan kaum itu hampir-hampir tidak memahami perkataan
(nasihat dan pengajaran)?  Apa jua kebaikan (nikmat kesenangan) yang engkau
dapati maka ia adalah dari Allah dan apa jua bencana yang menimpamu maka ia
adalah dari (kesalahan) dirimu sendiri.  {Petikan Ayat Al-Quran An-Nisaa'
78-79}

Wallahu A'alam.
Allah Jua Yang Mengetahui.

Wassalam.




__________________________________________________
Do You Yahoo!?
Tired of spam? Yahoo! Mail has the best spam protection around
http://mail.yahoo.com




--------------------------------------------------------------------------

All views expressed herein belong to the individuals concerned and do not
in any way reflect the official views of Hidayahnet unless sanctioned or
approved otherwise.

If your mailbox clogged with mails from Hidayahnet, you may wish to get a
daily digest of emails by logging-on to http://www.yahoogroups.com to
change your mail delivery settings or email the moderators at
[EMAIL PROTECTED] with the title "change to daily digest".


Yahoo! Groups Links
      To visit your group on the web, go to:
      http://groups.yahoo.com/group/hidayahnet/

      To unsubscribe from this group, send an email to:
      [EMAIL PROTECTED]

      Your use of Yahoo! Groups is subject to the Yahoo! Terms of Service.









------------------------ Yahoo! Groups Sponsor --------------------~--> 
What would our lives be like without music, dance, and theater?
Donate or volunteer in the arts today at Network for Good!
http://us.click.yahoo.com/WwRTUD/SOnJAA/i1hLAA/TXWolB/TM
--------------------------------------------------------------------~-> 

--------------------------------------------------------------------------

All views expressed herein belong to the individuals concerned and do not in 
any way reflect the official views of Hidayahnet unless sanctioned or approved 
otherwise. 

If your mailbox clogged with mails from Hidayahnet, you may wish to get a daily 
digest of emails by logging-on to http://www.yahoogroups.com to change your 
mail delivery settings or email the moderators at [EMAIL PROTECTED] with the 
title "change to daily digest".  
Yahoo! Groups Links

<*> To visit your group on the web, go to:
    http://groups.yahoo.com/group/hidayahnet/

<*> To unsubscribe from this group, send an email to:
    [EMAIL PROTECTED]

<*> Your use of Yahoo! Groups is subject to:
    http://docs.yahoo.com/info/terms/
 



Kirim email ke