Roslan SMS <[EMAIL PROTECTED]> wrote:
KONTROVERSI KES SAMAN JAWI
SURAT DARI LAMAN WEB PEMUDA UMNO

ROSLAN SMS
 
Ramai telah mengetahui darihah tekanan yang dikenakan terhadap pihak JAWI dalam kes serbuan ke pusat maksiat Zouk di Jalan Ampang, KL baru-baru ini. Sebagaimana yang didedahkan dalam BLOG ini atas tekanan kabinet akhirnya JAWI diarahkan membatalkan saman terhadap 100 pemuda-pemudi Islam yang sepatutnya didakwa di Mahkamah Syariah pada bulan April depan atas pelbagai kesalahan jenayah syariah.

Rata-rata masyarakat Islam dari pelbagai fahaman politik merasa terkejut dan terkilan dengan tindakan ini. JAWI yang bertanggungjawab dalam hal ehwal agama septutnya diberikan kebebasan sepenuhnya ndalam menjalankan tugas mereka. Siapa pula yang memberi kuasa kepada kabinet untuk membatalkan sesuatu saman, apakah kabinet telah mengambil-alih tugas pendakwaan dan tugas hakim mahkamah syariah?

Bagi mereka yang sensitif dan prihatin darihal masadepan Islam dalam negara ini, tindakan ini melihatkan seolah-olah Islam sudah tiada lagi pembelanya. Islam sudah boleh dipermain dan dipersenda tanpa mengambil peduli maslahah penganutnya. Gambar Jeslina yang berpakain tidak senonoh itu sudah pun tersebar luas dalam internet dan ada yang mula mengatakan bahawa pakaian jenis ini kini telah diterima sebagai pakaian sopan oleh JAWI lantaran tindakan pembatalan saman ini.

Dalam laman web pemuda Umno saya terbaca sepotong email yang dikirm oleh pembaca yang bertajuk:


Kalau Takut Dilambung Ombak, Jangan Berumah Di Tepi Pantai

Penulis tersebut yang sudah pasti condong kepada Umno menulis:

Sesungguhnya secara berperibadi saya berpendapat tindakan JAWI membatalkan saman terhadap remaja berkenaan bakal meninggalkan impak negatif terhadap kesungguhan sebenar pihak berkuasa agama di dalam melaksanakan amar maaruf nahi mungkar.

Tindakan pembatalan tersebut bolehlah disifatkan seperti kalah perang. Umumnya pasti tertanya-tanya sebab dan pendirian sebenar JAWI membatalkan saman tersebut.

Apakah pembatalan tersebut kerana kesilapan serbuan JAWI atau JAWI menerima tekanan-tekanan tertentu tidak diketahui. Tapi saya percaya ramai yang akan berpandangan JAWI tidak berpendirian tegas dan terlalu lemah menerima tekanan.


Apa yang jelas tindakan JAWI membuat pembatalan itu telah disambut dengan peluk cium secara terang-terangan oleh mereka yang mengambil surat pembatalan tersebut. Ini merupakan kemenangan besar mereka hasil dari ketegasan remaja berkenaan terutama seorang artis yang boleh dikatakan secara bertubi-tubi menggunakan apa jua saluran menyerang dan mempertikaikan tindakan JAWI itu.

Dalam insiden ini sudah tentu JAWI juga terpaksa menyemak semula dan menarik balik saman-saman yang lepas dan mungkin tidak akan mempunyai kekuatan untuk menguatkuasakan undang-undang selepas ini.

Pembatalan ini juga sudah pasti sedikit sebanyak memberi ruang kepada parti pembangkang terutama Pas yang sememangnya cukup bijak untuk mengeksploitasi isu lebih-lebih lagi dalam keadaan tidak senang duduk mereka melihat pelaksanaan konsep Islam Hadhari.


Saya percaya mereka yang telah dibatalkan saman oleh JAWI, pada hari ini sedang raya besar setelah sambutan Tahun Baru Cina.

Buat JAWI saya ingin meminta izin untuk mengingatkan merekajika takut dilambung ombak, jangan berumah di tepi pantai.

Alang Mat Jawi, Bukit Bintang

Jelas tindakan kabinet mengarahkan JAWI membatalkan samannya ini tidak disenangi oleh banyak pihak termasuk dikalangan ahli-ahli Umno. Namun apakan daya ianya merupakan kehendak pemimpin mereka. Najib, Azalina, Shahrizat merupakan antara anggota kabinet yang vokal dalam menentang tindakan JAWI ini. Dan mereka inilah yang merupakan barisan pelapis yang bakal menerajui Umno apabila Pak Lah tiada nanti. Dalam kes inipun mereka berani menyebelahi yang mungkar secara terang-terangan bayangkanlah apa akan terjadi kepada nasib dan masa depan Islam di bawah tangan mereka kelak! [EMAIL PROTECTED]
 

posted by Roslan SMS 2:21 PM| Comment (0)|

* * * * * * * * *

KELANTAN HARUS DIMAJUKAN:
TERIMA KASIH MAT TAIB

ROSLAN SMS
 
BERNAMA hari ini melaporkan Ketua Penerangan Umno Malaysia Muhammad Mohd Taib mendesak agar negeri Kelantan terus dibangunkan walaupun ianya diperintah oleh kerajaan PAS. Beliau menegaskan bahawa adalah merupakan tanggungjawab kerajaan yang berkuasa untuk menyalurkan pembangunan dan kemewahan kepada rakyat negeri tersebut tanpa diskriminasi ideologi ataupun agama.



Malah tambah beliau kiranya ini berlaku bermakna Umno menghukum rakyat Kelantan kerana tidak mengundi mereka:

The former Umno vice-president said if party members did not pay attention to the approach aimed at helping the people, it will mean we are punishing the Kelantanese for not supporting Umno in the March 21 general election last year.

Saya mengucapkan syabas kepada Mat Taib kerana bersikap terbuka dalam hal ini. Kita kan mengamalkan demokrasi. Oleh itu adalah menjadi hak rakyat samada untuk mengundi kita ataupun tidak. Yang pentingnya apabila rakyat telah memberi mandat dan membuat keputusan ianya perlulah dihormati oleh semua pihak.

Janganlah kerana pilihan mereka itu tidak selari dengan kehendak kita maka mereka dihukum. Tambahan pula kita kan sebangsa dan seagama.

Mat Taib sewajarnya juga menasihatkan Annuar Musa dan pengikutnya agar berkerjasama dengan kerajaan negeri Kelantan. Kerajaan PAS mewarisi kerajaan negeri dari Umno dengan hutang yang ditinggalkan sebanyak RM718,000 juta. Angka ini berjaya dikurangkan sebanyak RM134,900 juta sepanjang 13 tahun pemerintahan PAS walaupun dalam keadaan pelbagai tekanan dan kekangan.

Kasihanilah rakyat Kelantan yang tidak berdosa itu. Kini mereka memiliki kerajaan negeri yang telus dan bersih sebagaimana citarasa mereka. Izinkanlah kerajaan negeri ini mentadbir tanpa sebarang sekatan. Hormatilah hak mereka, jangan lagi diwujudkan kerajaan dalam kerajaan sebagaimana yang ada hari ini.

Nanti pilihanraya umum sekali lagi Umno cubalah untuk merampas kuasa melalui lunas demokrasi akan tetapi sehingga itu hormatilah keputusan rakyat. [EMAIL PROTECTED]
 

posted by Roslan SMS 1:46 PM


Do you Yahoo!?
Read only the mail you want - Yahoo! Mail SpamGuard.


How much mail storage do you get for free? Yahoo! Mail gives you 250MB! Get Yahoo! Mail

--------------------------------------------------------------------------

All views expressed herein belong to the individuals concerned and do not in any way reflect the official views of Hidayahnet unless sanctioned or approved otherwise.

If your mailbox clogged with mails from Hidayahnet, you may wish to get a daily digest of emails by logging-on to http://www.yahoogroups.com to change your mail delivery settings or email the moderators at [EMAIL PROTECTED] with the title "change to daily digest".




Yahoo! Groups Links

Kirim email ke