Meditasi Menghadapi Kesusahan dan Menghilangkan Kebimbangan
(http://jailurrashied.blogspot.com/)



Berdasarkan riwayat yang muktabar doa-doa dan zikir-zikir berikut adalah 
menjadi amalan Rasulullah SAW bagi menghilangkan kesusahan, kesukaran, 
kebuntuan, kebimbangan, kekecewaan, kesedihan dan kedukacitaan.





‏‏ لَا 
إِلَهَ 
إِلَّا 
اللَّهُ 
الْعَظِيمُ 
الْحَلِيمُ 
، لَا إِلَهَ 
إِلَّا 
اللَّهُ 
رَبُّ 
الْعَرْشِ 
الْعَظِيمِ 
، لَا إِلَهَ 
إِلَّا 
اللَّهُ 
رَبُّ 
السَّمَوَاتِ
 
وَالْأَرْضِ 
وَرَبُّ 
الْعَرْشِ 
الْكَرِيم

Tiada tuhan melainkan Allah yang Maha Agung. Tiada tuhan melainkan Allah, 
Tuhan �Arasy yang agung. Tiada tuhan melainkan Allah, Tuhan langit dan bumi 
serta Tuhan �arasy yang mulia.



‏‏ يَا حَيُّ 
يَا 
قَيُّومُ 
بِرَحْمَتِكَ
 
أَسْتَغِيثُ

Allah Yang Tetap Hidup, lagi Maha Kekal Mentadbirkan makhluk selama-lamanya. 
Aku memohon pertolongan dengan rahmatMu.



سُبْحَانَ 
اللَّهِ 
الْعَظِيمِ
Mahasuci Allah yang Maha Agung



‏‏ يَا حَيُّ 
يَا 
قَيُّومُ

Allah Yang Tetap Hidup, lagi Maha Kekal Mentadbirkan makhluk selama-lamanya.

(Sifat Hidup merangkumi semua sifat kesempurnaan. Kekal Mentadbir dengan 
sendirinya merangkumi seluruh sifat kesempurnaan.)



‏ 
‏اللَّهُمَّ 
رَحْمَتَكَ 
أَرْجُو ، 
فَلَا 
تَكِلْنِي 
إِلَى 
نَفْسِي 
طَرْفَةَ 
عَيْنٍ ، 
أَصْلِحْ 
لِي شَأْنِي 
كُلَّهُ ، 
لَا إِلَهَ 
إِلَّا 
أَنْتَ

Ya Allah Aku mengharapkan rahamatMu. Wahai Tuhanku perbaikkanlah seluruh 
keadaan diriku; dan janganlah Engkau serahkanku kepada diriku sendiri walau 
sekelip mata. Tiada tuhan melainkan Engkau.





اللَّهُ 
رَبِّي لَا 
أُشْرِكُ 
بِهِ 
شَيْئًا  7 kali ) )

Allah adalah Tuhanku, aku tidak menyengutiNya dengan sesuatu pun





اَللَّهُمَّ 
إِنِّي 
عَبْدُكَ 
وَابْنُ 
عَبْدِكَ 
وَابْنُ 
أَمَتِكَ ‏، 
نَاصِيَتِي 
‏بِيَدِكَ 
مَاضٍ فِيَّ 
حُكْمُكَ ، 
عَدْلٌ 
فِيَّ 
قَضَاؤُكَ ؛ 
أَسْأَلُكَ 
بِكُلِّ 
اسْمٍ هُوَ 
لَكَ ، 
سَمَّيْتَ 
بِهِ 
نَفْسَكَ ، 
أَوْ 
أَنْزَلْتَهُ
 
فِي 
كِتَابِكَ ، 
أَوْ 
عَلَّمْتَهُ 
أَحَدًا 
مِنْ 
خَلْقِكَ ، 
أَوْ 
اسْتَأْثَرْتَ
 
بِهِ فِي 
عِلْمِ 
الْغَيْبِ 
عِنْدَكَ ، 
أَنْ 
تَجْعَلَ 
الْقُرْآنَ 
، رَبِيعَ 
قَلْبِي ، 
وَنُورَ 
صَدْرِي ، 
وَجِلاَءَ 
حُزْنِي ، 
وَذَهَابَ 
هَمِّي

Wahai Tuhanku, aku ini adalah hambaMu anak dari dua orang hambaMu (seorang 
lelaki dan seorang perempuan), ubun-ubun (gerak fikiran dan perasaanku) 
adalah ada di tanganMu, berlaku atasku sebarang hukumMu, adalah sangat adil 
segala kepastianMu ke atas diriku. Aku bermohon dengan segala nama yang 
Engkau punyai, yang Engkau namakan diri Engkau dengannya, atau nama yang 
Engkau turunkan pada kitab Engkau, atau nama yang pernah Engkau tunjukkan 
kepada salah seorang makhlukMu, atau nama yang Engkau pegang rahsianya di 
dalam ilmu ghaibMu. Aku bermohon dengan segala nama itu supaya Engkau 
jadikan Al-Quran sebagai siraman bagi hatiku, menjadi cahaya mataku, menjadi 
penghalau segala dukaku, menghalau keluh-kesah dan segala kegelisahanku.



لَا إِلَهَ 
إِلَّا 
أَنْتَ 
سُبْحَانَكَ 
إِنِّي 
كُنْتُ مِنْ 
الظَّالِمِينَ

Tiada Tuhan yang lain melainkan Engkau. Maha Sucilah Engkau sesungguhnya aku 
mengaku bahawa aku adalah dari orang-orang yang melakukan kezaliman.



‏اللَّهُمَّ 
إِنِّي 
أَعُوذُ 
بِكَ مِنْ 
الْهَمِّ 
وَالْحَزَنِ 
وَالْعَجْزِ 
وَالْكَسَلِ 
وَالْبُخْلِ 
‏ ‏وَضَلَعِ 
الدَّيْنِ ‏ 
‏وَغَلَبَةِ 
الرِّجَالِ

Wahai Tuhanku! Aku berlindung padaMu dari menjadi lemah, malas, pengecut, 
terlalu tua dan bakhil, dan dari tekanan hutang danpenindasan orang.





اَللَّهُمَّ 
أَنْتَ 
رَبِّي لاَ 
إِلـٰهَ 
إِلاَّ 
أَنْتَ 
خَلَقْتَنِي 
، وَأَنَا 
عَبْدُكَ 
وَأَنَا 
عَلَى 
عَهْدِكَ 
وَوَعْدِكَ 
مَا 
اسْتَطَعْتُ 
، أَعُوْذُ 
بِكَ مِنْ 
شَرِّ مَا 
صَنَعْتُ ، 
أَبُوْءُ 
لَكَ 
بِنِعْمَتِكَ
 
عَلَيَّ ، 
وَأَبُوْءُ 
بِذَنْبِي ، 
فَاغْفِرْ 
لِي 
فَإِنَّهُ 
لاَ 
يَغْفِرُ 
الذُّنُوْبَ 
إِلاَّ 
أَنْتَ

Wahai Tuhanku, Engkaulah Tuhanku, tiada Tuhan yang lain melainkan Engkau, 
Engkaulah Tuhan yang menciptaku. Akulah hambaMu dan aku akan mengotakan 
segala ikrar dan janjiku denganMu sedaya upaya yang ada padaku. Aku 
berlindung denganMu dari kejahatan perbuatan yang telah kulakukan. Aku 
mengaku kepadaMu terhadap nikmat-nikmat yang telah engkau kurniakan kepadaku 
dan aku juga mengaku dengan dosaku. Oleh itu ampunkan daku kerana 
sesungguhnya tiada siapa yang boleh mengampunkan dosa melainkan Engkau.





لَا حَوْلَ 
وَلَا 
قُوَّةَ 
إِلَّا 
بِاللَّهِ
Tiada daya dan upaya melainkan dengan Allah.



***



Ibn Qaiyim menjelaskan di dalam kitab al-Tibb al-Nabawiy:



Doa-doa dan zikir-zikir seperti di atas adalah penawar kepada keresahan, 
kebimbangan, kerunsingan dan kesedihan. Jika penyakit itu telah menguasai 
diri dengan sebab-sebabnya yang tidak dapat dielakkan maka seseorang itu 
perlulah membuat perubahan diri secara menyeluruh berasaskan perkara 
berikut:



1.  1) Mentauhidkan Rubibiyyah Allah

2) Mentauhidkan Uluhiyyah Allah

3) Mentauhidkan Allah dalam pengetahuan dan iktiqad mengenaiNya

4) Memahasucikan Allah daripada melakukan kezaliman terhadap hambaNya atau 
mengenakan sesuatu tanpa suatu sebab yang dilakukan hambaNya.

5) Mengakui kezaliman diri sendiri

6) Bertawassul (menjadikan pengantara) menghubungkan diri kepada Allah 
dengan suatu yang paling disukai Allah iaitu nama-namaNya dan 
sifat-sifatNya.

7) Memohon pertolongan dan bergantung hanya kepada Allah

8) Mengakui berharap hanya kepada Allah.

9) Merealisasikan tawakkal, berserah diri dan membuat pengkuan kepada Allah 
bahawa diri sendiri adalah dalam genggaman kuasa Allah. Dirinya diperlakukan 
mengikut kehendak Allah. Apa yang berlaku pada dirinya adalah mengikut 
keketetapan Allah. Keadilan terhadap dirinya adalah mengikut keputusan 
Allah.


10) Menyuburkan hati dengan al-Quran. Menjadikan al-Quran untuk hatinya 
seperti haiwan berada di tempat penternakan. Menjadikan al-Quran sebagai 
penerang dalam kegelapan suatu yang meragukan dan syahwat. Menenangkan hati 
dengan al-Quran dan menjadikannya sebagai takziah di atas segala musibah 
yang menimpa diri. Menjadikan al-Quran sebagai penawar dada sehingga 
menghilangkan kesedihan, kedukacitaan dan kebimbangan.

11) Istighfar

12) Taubah

13) Jihad

14) Solat

15) Berlepas diri daripada keupayaan dan kekuatan diri di samping 
menyerahkannya kepada yang maha berkuasa memilikinya.





***



Al-Tabrani mengemukakan riwayat daripada Shaddad bin Aus beliau berkata: 
Saya mendengar Rasulullah SAW bersabda:



Sesungguhnya Allah Ta�ala berfirman: Mana-mana hamba mukmin yang Aku cuba 
dengan bala namun ia tetap memujiKu, maka nescaya apabila ia bangun dari 
tempat ia berbaring, ia bangun seolah-olah baru dilahirkan oleh ibunya iaitu 
bersih dari dosa. Pada ketika itu Allah berfirman: Aku kurung hambaKu ini 
dan aku mengujinya. Oleh itu (wahai malaikat) tuliskan untuknya apa yang 
kalian selalu tuliskan sebelum itu.



Sabda Rasulullah SAW: Dua kalimah yang ringan dan mudah disebut, tetapi 
berat di dalam neraca timbangan amal, di samping disukai oleh al-Rahman:



سُبْحَانَ 
اللَّهِ 
وَبِحَمْدِهِ
 
سُبْحَانَ 
اللَّهِ 
الْعَظِيمِ

Maha Suci Allah dengan puji-pujian bagiNya, Maha Suci Allah yang Maha Agung.





Al-Dailamiy meriwayatkan daripada Anas RA daripada Nabi SAW bahawa kalimah 
yang boleh menghilangkan kemudaratan dan kesakitan ialah:



تَوَكَّلْتُ 
عَلَى حَيِّ 
الَّذِي لاَ 
يَمُوْتُ ، 
الْحَمْدُ 
لِلّهِ 
الَّذِي 
لَمْ 
يَتَّخِذْ 
وَلَدًا ، 
وَلَم يَكُن 
لَّهُ 
شَرِيكٌ فِي 
الْمُلْكِ ، 
وَلَمْ 
يَكُن لَّهُ 
وَلِيٌّ 
مِّنَ 
الذُّلَّ 
وَكَبِّرْهُ 
تَكْبِيرًا

Aku bertakwakkal kepada Allah yang Hidup dan tidak mati Segala puji tertentu 
bagi Allah yang tiada mempunyai anak, dan tiada bagiNya sekutu dalam urusan 
kerajaanNya dan tiada bagiNya penolong disebabkan sesuatu kelemahanNya dan 
hendaklah engkau membesarkan serta memuliakanNya dengan bersungguh-sungguh!

_________________________________________________________________
Express yourself instantly with MSN Messenger! Download today it's FREE! 
http://messenger.msn.click-url.com/go/onm00200471ave/direct/01/






------------------------ Yahoo! Groups Sponsor --------------------~--> 
What would our lives be like without music, dance, and theater?
Donate or volunteer in the arts today at Network for Good!
http://us.click.yahoo.com/WwRTUD/SOnJAA/i1hLAA/TXWolB/TM
--------------------------------------------------------------------~-> 

--------------------------------------------------------------------------

All views expressed herein belong to the individuals concerned and do not in 
any way reflect the official views of Hidayahnet unless sanctioned or approved 
otherwise. 

If your mailbox clogged with mails from Hidayahnet, you may wish to get a daily 
digest of emails by logging-on to http://www.yahoogroups.com to change your 
mail delivery settings or email the moderators at [EMAIL PROTECTED] with the 
title "change to daily digest".  
Yahoo! Groups Links

<*> To visit your group on the web, go to:
    http://groups.yahoo.com/group/hidayahnet/

<*> To unsubscribe from this group, send an email to:
    [EMAIL PROTECTED]

<*> Your use of Yahoo! Groups is subject to:
    http://docs.yahoo.com/info/terms/
 



Kirim email ke