Sistem pendidikan kebangsaan seperti �pokok kiambang�
Friday, February 18 @ 15:37:49 MYT


KOTA BHARU, 18 Feb (Hrkh) � Sistem pendidikan kebangsaan yang diamalkan di negara ini sekarang dianggap seperti �pokok kiambang� kerana tidak mempunyai akar umbi berpaksi kepada aqidah.

Bekas pensyarah Akademik Islam Universiti Malaya, Ustaz Mohamad Mustafa berkata, semasa kerajaan merancang dasar pendidikan negara, ia tidak mengambil kira persoalan agama.

�Sepatutnya soal agama perlu diberi perhatian utama memandangkan agama menjadi akar yang dapat memandu kepada setiap penghidupan umat manusia,� katanya pada kuliah mingguan di Pejabat Perhubungan PAS di sini, hari ini.

Mohamad yang juga bekas anggota Parlimen Peringat menjadi antara tenaga pengajar jemputan di Dewan Zulkifli Mohamad selepas menyertai PAS tahun lalu. Sebelum itu, beliau adalah Pengerusi Perhubungan Parti Keadilan Nasional Kelantan.

Menurutnya, sistem pendidikan kebangsaan sekarang tidak mempunyai matlamat yang jelas dan dianggap gagal melahirkan masyarakat, selaras dengan kehendak Islam Hadhari.

Beliau berkata, sistem sosial dalam masyarakat sekarang begitu parah, di mana ia memberi gambaran secara tidak langsung kepincangan sistem pendidikan di negara ini.

Bagaimanapun malangnya kata beliau, ada pemimpin tetap mempertahankan sistem tersebut biar pun ditegur golongan cendikiawan dan pemimpin pembangkang.

Malah tambahnya, ketika Tun Dr Mahathir Mohamad menjadi Menteri Pelajaran, beliau tetap mempertahankan sistem tersebut biar pun ditegur tokoh akademik.

�Apabila tunjang agama tidak diberi perhatian sudah tentu manusia akan hilang panduan dalam kehidupan seharian,� ujarnya.

Sedangkan kata Mohamad Islam adalah agama perancangan yang dapat memandu kehidupan umatnya dan bukan hanyut tanpa arah tujuan.

Menurutnya, setiap detik umat Islam menghargai masa dan merasa berdosa sekiranya tidak memanfaatkan masa tersebut sebaik mungkin.

Beliau berkata, Islam tidak menggalakkan umatnya membazir masa dengan melepak dan berborak di kedai-kedai kopi tanpa sebarang tujuan. - mj


ALL-NEW Yahoo! Messenger - all new features - even more fun!

--------------------------------------------------------------------------

All views expressed herein belong to the individuals concerned and do not in any way reflect the official views of Hidayahnet unless sanctioned or approved otherwise.

If your mailbox clogged with mails from Hidayahnet, you may wish to get a daily digest of emails by logging-on to http://www.yahoogroups.com to change your mail delivery settings or email the moderators at [EMAIL PROTECTED] with the title "change to daily digest".




Yahoo! Groups Links

Kirim email ke