Roslan SMS <[EMAIL PROTECTED]> wrote:
TANAH 1200 HEKTAR DIBANGUNKANBAWAH BATANG HIDUNG
:KHIR TOYO KONONNYA KECEWA
ROSLAN SMSSemalam akhbar UTUSAN MALAYSIA mendedahkan betapa Taman Pertanian Malaysia Bukit Cahaya Seri Alam, Selangor, satu-satunya taman pertanian dan hutan agro yang terbesar di dunia sedang menghadapi ancaman kemusnahan ekologi yang dahsyat. Dilaporkan bahawa taman seluas 800 hektar itu yang terletak berhampiran Bandaraya Shah Alam kini bagaikan satu pulau yang dihimpit oleh pembangunan disekelilingnya.
Hutan disekeliling sempadannya telah hampir habis ditebang dan diratakan. Adalah difahamkan tapak seluas 1200 hektar itu telah diagih-agihkan kepada 35 pemaju perumahan untuk dibangunkan.
Dan apabila para wartawan bertanyakan kepada MB Selangor Khir Toyo beliau sekadar mengatakan (sebagaimana yang dilaporkan MINGGUAN MALAYSIA hari ini):
Saya tidak puas hati dengan laporan oleh MBSA mengenai projek yang menggunakan teknik potong dan rata itu. Cara pemaju-pemaju itu membangunkan kawasan itu tidak begitu teratur. Saya kecewa.
Kesan dari pembangunan secara gila-gila ini (meminjam kata-kata EXCO Selangor Mokhtar Dahlan) Taman Pertanian negara itu kini terancam teruk dengan banjir, sungai dan takungan airnya tercemar, hidupan liar (terutama tapir, monyet dan kijang terancam) pupus serta tumbuhan dan pokok-pokok di dalamnya menjadi lesu dan tidak bermaya.
Bagaimana MB dan ahli EXCOnya boleh lari dan memberi alasan pelbagai sedangkan aktiviti ini berlaku betul-betul di bawah batang hidung mereka? Malah dari puncak kediaman resmi MB di Shah Alam kesan penodaan ke atas taman pertanian ini boleh jelas kelihatan!
Sebenarnya isu ini telah mula-mula dibangkitkan oleh wakil rakyat pembangkang terutama dari PAS di dalam Dewan Undangan Negeri Selangor pada penggal yang lalu lagi. Malah ADUN Kajang dan ADUN Gombak Setia Dr Shafie dan Ustaz Ismail Kamus pernah melawat tapak ini diperingkat awal pembanunannya. Ketika itu MB memberi jawapan di dewan bahawa projek pembangunan tersebut terkawal dan tidak akan menjejaskan Taman Pertanian tersebut.
Kini lihatlah apa yang telah terjadi. Pak Lah semasa di Paris baru-baru ini dalam satu persidangan BIODIVERSITY telah mengatakan bahawa umat manusia seharusnya memelihara dan menjaga alam sekitar dan sepsis kehidupannya termasuklah sungai dan bukit bukau. Tetapi di Selangor, negara kita sendiri perkara ini nampak macam isu ini dipersetankan oleh pihak berkuasa negeri.
Khir Toyo memang dikenali sebagai seorang pemimpin yang sering mahu melari dan membersihkan diri apabila berlaku sesuatu isu di Selangor. Sering orang lain yang akan memikul najis yang beliau lakukan. Kini dengan tercetusnya isu ini bagaimana pula agaknya langkah beliau
Di dalam Program Selangor 2005 nya Khir Toyo meletakkan misi:
Meneruskan pemulihan dan mencergaskan pertumbuhan sosial ekonomi melalui perkhidmatan mesra rakyat, tepat, cepat dan betul serta pemantauan yang cekap dan berkesan akan projek-projek pembangunan negeri dan projek persekutuan di negeri.
Apa dah jadi dengan visi ini Wak Khir? [EMAIL PROTECTED]
Do you Yahoo!?
Yahoo! Search presents - Jib Jab's 'Second Term'
ALL-NEW Yahoo! Messenger - all new features - even more fun!
--------------------------------------------------------------------------
All views expressed herein belong to the individuals concerned and do not in any way reflect the official views of Hidayahnet unless sanctioned or approved otherwise.
If your mailbox clogged with mails from Hidayahnet, you may wish to get a daily digest of emails by logging-on to http://www.yahoogroups.com to change your mail delivery settings or email the moderators at [EMAIL PROTECTED] with the title "change to daily digest".
Yahoo! Groups Links
- To visit your group on the web, go to:
http://groups.yahoo.com/group/hidayahnet/
- To unsubscribe from this group, send an email to:
[EMAIL PROTECTED]
- Your use of Yahoo! Groups is subject to the Yahoo! Terms of Service.
