KWSP: Dividen 4.75 peratus meragukan
Sunday, February 20 @ 13:12:17 MYT
Oleh Salmiyah Harun
KUALA LUMPUR, 20 Feb (Hrkh) � Kadar dividen sebanyak 4.75 peratus yang diumumkan oleh Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) baru-baru ini menimbulkan pelbagai persoalan dan menimbulkan keraguan terhadap badan tersebut dalam menguruskan simpanan para ahlinya.
Setiausaha Agung Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia, G. Rajasakaran berkata, mereka tidak berpuas hati dengan kadar dividen sebanyak 4.75 peratus sebagaimana yang diumumkan oleh KWSP.Beliau begitu sangsi dengan kadar dividen itu yang masih lagi rendah dan tidak mengetahui apakah sebab yang mendorong KWSP memberi dividen dengan kakdar itu.
Katanya, dengan memperolehi pendapatan bersih pada tahun lalu berjumlah RM10.3 bilion tetapi kadar dividen tidak juga tinggi.
Bagaimanapun beliau akan mengambil tindakan seterusnya sebaik sahaja perkara itu dibincangkan di dalam mesyuaratnya yang akan dihadiri 130 wakil kesatuan pada hari ini (20 Febuari 2005).
�Selepas kita berbincang, barulah kita akan keluarkan kenyataan dan tindakan,�katanya.
Sementara itu, Lajnah Hal Ehwal Pekerja PAS Pusat, tidak bersetuju dengan kadar dividen seperti yang diumumkan Pengerusi KWSP.
Timbalan Pengerusinya, Hanipa Maidin berkata, dividen sebanyak 4.75 peratus itu terlalu rendah malah beliau ragu-ragu terhadap penyelenggaran wang pencarum oleh KWSP.
�Saya nampak macam ada ketidaktelusan dalam penyelenggaran wang itu,� katanya.
Justeru, beliau menegaskan agar KWSP menimbang balik kadar dividen itu memandangkan kos hidup rakyat semakin hari semakin membebankan. � mks.
ALL-NEW Yahoo! Messenger - all new features - even more fun!
--------------------------------------------------------------------------
All views expressed herein belong to the individuals concerned and do not in any way reflect the official views of Hidayahnet unless sanctioned or approved otherwise.
If your mailbox clogged with mails from Hidayahnet, you may wish to get a daily digest of emails by logging-on to http://www.yahoogroups.com to change your mail delivery settings or email the moderators at [EMAIL PROTECTED] with the title "change to daily digest".
__________________________________________________
Do You Yahoo!?
Tired of spam? Yahoo! Mail has the best spam protection around
http://mail.yahoo.com
--------------------------------------------------------------------------
All views expressed herein belong to the individuals concerned and do not in any way reflect the official views of Hidayahnet unless sanctioned or approved otherwise.
If your mailbox clogged with mails from Hidayahnet, you may wish to get a daily digest of emails by logging-on to http://www.yahoogroups.com to change your mail delivery settings or email the moderators at [EMAIL PROTECTED] with the title "change to daily digest".
Yahoo! Groups Links
http://groups.yahoo.com/group/hidayahnet/
[EMAIL PROTECTED]
