Tuesday, February 22 @ 14:50:25 MYT
Oleh Salmiyah Harun
KUALA LUMPUR, 22 Feb (Hrkh) � Teras Pengupayaan Melayu (Teras) hari ini menyokong cadangan agar Badan Pencegah Rasuah (BPR) diletakkan di bawah bidang kuasa Parlimen kerana ia akan membantu Malaysia memperbaiki imejnya dalam soal rasuah yang telah terjejas sebelum ini.
Teras juga berpendapat cadangan ini harus diterima baik oleh kerajaan dan wajar dilaksanakan dengan segera.
Presidennya, Mohd Azmi Abdul Hamid berkata, status BPR ketika ini tertakluk kepada kuasa eksekutif adalah amat janggal.
�Ini kerana persoalan rasuah banyak berkait dengan birokrasi dan kuasa eksekutif dalam kerajaan, malah kuasa eksekutif mempunyai kuasa penuh untuk mengarahkan BPR bertindak atau tidak ke atas sesuatu kes yang dilaporkan,� katanya dalam satu kenyataan kepada Harakahdaily hari ini.
Katanya, dengan demikian BPR akan hilang integritinya jika ia terus berada di bawah birokrasi Jabatan Perdana Menteri (JPM) seperti yang berlaku sekarang.
Tegasnya, sudah sampai masanya kerajaan berganjak dari fikiran lama dan bersikap lebih terbuka untuk menerima cadangan yang positif mengenai kedudukan BPR kerana ia ada kaitan dengan keyakinan rakyat dan imej kerajaan sendiri.
Jelasnya, kedudukan Malaysia dalam hal rasuah di peringkat antarabangsa menunjukkan adanya kemungkinan trend yang menurun jika BPR dilihat tidak telus dan secara langsung tidak bertanggungjawab kepada parlimen.
�Tanggapan bahawa banyak kes yang tidak mendapat perhatian dan tindakan dari BPR walaupun ada pihak yang telah menunjukkan bukti yang memadai memyebabkan keyakinan rakyat terhadap BPR masih berada di tahap yang rendah,� katanya.
Katanya, cadangan agar BPR mempunyai akauntabiliti secara langsung kepada parlimen akan membantu meningkatkan imej BPR dan kerajaan kerana rakyat dapat mengetahui kenapa sesuatu kes itu tidak mendapat tindakan sewajar berbanding kes yang lain.
Justeru, Teras menggesa agar kerajaan segera menimbangkan cadangan Presiden Institut Integriti Malaysia, Dato� Sulaiman Mahboob, yang sudah diusulkan sejak beberapa tahun lalu oleh berbagai pihak namun tidak dilayan.
�Jika kerajaan benar-benar mahu meningkatkan integriti di kaca mata rakyat maka meminda status BPR seperti yang dicadangkan itu adalah wajar,� tambahnya. � mks.
ALL-NEW Yahoo! Messenger - all new features - even more fun!
--------------------------------------------------------------------------
All views expressed herein belong to the individuals concerned and do not in any way reflect the official views of Hidayahnet unless sanctioned or approved otherwise.
If your mailbox clogged with mails from Hidayahnet, you may wish to get a daily digest of emails by logging-on to http://www.yahoogroups.com to change your mail delivery settings or email the moderators at [EMAIL PROTECTED] with the title "change to daily digest".
| Yahoo! Groups Sponsor | |
|
|
Yahoo! Groups Links
- To visit your group on the web, go to:
http://groups.yahoo.com/group/hidayahnet/
- To unsubscribe from this group, send an email to:
[EMAIL PROTECTED]
- Your use of Yahoo! Groups is subject to the Yahoo! Terms of Service.
