From: Research and Information Center on Islam
Sent: Monday, February 21, 2005 2:01 PM
Subject: IRC: Kami bantah kerana 0rang Islam boleh murtad selepas 25 Februari ini?


IRC: Kami bantah kerana 0rang Islam boleh murtad selepas 25 Februari
ini? Wednesday, February 16 @ 13:31:05 MYT


Oleh UMAR ZIYAD
Suruhanjaya Antara Agama (IRC) serta rang undang-undang mengenainya
akan dilancarkan pada 24 dan 25 Februari ini. Seperti dijelaskan
dalam beberapa artikel terdahulu, IRC (nama asalnya Majlis Antara
Agama) adalah hasil perancangan antara majlis perundingan agama-
agama bukan Islam (MCCBCHS) dengan Majlis Peguam. (Sila rujuk dua
artikel di bawah: "IRC bakal musnahkan keharmonian berbilang agama"
dan "Majlis Peguam juarai hak untuk murtad")

Penganjur kini berusaha keras bagi mendapat "restu" pemimpin utama
kerajaan untuk melancarkan IRC, termasuk daripada Perdana Menteri
sendiri, selepas menyedari tentangan berterusan daripada umat Islam
negara ini. Atau setidak-tidaknya tiada kata celaan terhadap
inisiatif mereka itu.
Menghina Islam

Meneliti tentatif program, pembentang kertas kerja merupakan orang
yang banyak menimbulkan kontroversi mengenai Islam, malah pernah
secara tidak beradab mempertikai isu-isu asas dalam Islam, misalnya
Malek Imtiaz, Haris Fathillah (selalu memberi ucapan tentang murtad
dalam perjumpaan Majlis Peguam), Leonard Teoh (peguambela yang
mewakili Aishah Bukhari dalam isu murtad), dan seorang wakil Sisters
in Islam.

Antara fungsi utama IRC nanti ialah mengadakan satu mekanisme untuk
menyelesaikan masalah antara agama, misalnya hak orang Islam untuk
murtad, dan ini tentulah tidak dapat dibiarkan begitu saja oleh
orang Islam.

Presiden MCCBCHS, V Harcharan Singh, secara terus terang dalam
wawancara The Sun weekend, 29 Januari lalu, menimbulkan hal-hal
sensitif ini, termasuk keperluan orang Islam diberi hak murtad.
Kenyataan itu sebenarnya adalah lanjutan daripada memorendum "anti-
Islam" majlis berkenaan kepada Majlis Peguam, yang kemudiannya
mencetuskan idea penubuhan IRC.

Harcharan juga mengkritik pihak penguatkuasa Jabatan Agama Islam
Wilayah Persekutuan (JAWI) atas tindakan menahan orang-orang Islam
yang melakukan kerja-kerja bertentangan dengan agama, di sebuah
kelab malam baru-baru ini. Beliau mempersoal kuasa JAWI untuk
berbuat demikian, bukan lagi sekadar mengkritik kaedah penahanan
dilakukan. Baginya, isu-isu berkaitan moral harus dibiarkan kepada
keluarga dan individu sahaja.

Dibimbangi sikap campur tangan dalam hal-hal yang tidak ada kena
mengena dengan hak mereka untuk menganuti agama masing-masing itu
semakin menjolok mata. Selain boleh mengancam keharmonian agama di
negara ini, ia dianggap tindakan "biadab" dan mesti dihentikan.

IRC yang dicadang itu -- seperti dimaklum penganjurnya, Malek Imtiaz
Sarwar -- bukanlah satu badan yang prihatin dalam hal ehwal
mempraktikkan agama, tetapi mementingkan hak asasi manusia tentang
agama, seperti hak keluar dari agama, hak mempersoal mana-mana
agama, tidak kira sama ada mereka penganut agama berkenaan atau
tidak.

Peranan Konrad Adenauer Foundation

Satu lagi perkembangan kurang sihat dalam hal berkaitan adalah
campur tangan Peter Schier, Pengarah Konrad Adenauer Foundation
(KAF) Malaysia, dengan memberi bantuan kewangan, bagi mempromosikan
aktiviti seumpama itu.

Awal-awal lagi satu kumpulan Muslim menjelaskan sikap penentangan
mereka kepadanya, terutama campurtangannya sebagai orang asing dalam
masalah agama di Malaysia. Ketika itu beliau beranggapan penubuhan
IRC adalah tidak sesuai, bukan disebabkan ia bersifat anti-Islam,
tetapi kerana masalah rumit dalam perlantikan wakil-wakil untuk
setiap agama. Kini jelas beliau tidak bercakap benar!

Peter Schier terbabit dalam beberapa aktiviti yang memberi gambaran
buruk kepada Islam. Beliau pernah menganjurkan persidangan Etika
Global, yang merupakan satu konsep sekular, bertujuan menggantikan
agama sebagai sumber ajaran moral dan etika. Beliau mengambil ajaran-
ajaran bersamaan dari semua agama, yang digabungkan semuanya menjadi
sumber utama etika dan moral, manakala agama kemudiannya
diketepikan.

Dalam kegiatan yang sama beliau juga menayangkan satu dokumentari
mengenai Etika Global. Di dalamnya ada beberapa aspek yang memberi
gambaran buruk kepada Islam. Ini ditentang beberapa tokoh Islam
terkemuka seperti Prof Kamal Hassan dan pemimpin ABIM. Beliau turut
menjadi editor bersama buku bertajuk "Is Malaysia An Islamic State?"
yang mana beberapa isu-isu bertentangan dengan kedudukan Islam di
Malaysia telah diheboh-hebohkan.

Peter Schier dikatakan pakar dalam campurtangan masalah politik di
negeri beliau bertugas. Pada tahun 90-an, semasa beliau di Kemboja
sebagai wakil KAF, beliau telah diserang oleh beberapa pihak di sana
kerana campurtangannya dalam hal ehwal politik negara itu. Sekarang
nampaknya beliau melakukan kerja yang sama di Malaysia.

Tepat sekali digambarkan beliau sebagai "cultural saboteuer" (pakar
sabotaj budaya). Kerajaan digesa supaya meninjau gerak-gerinya yang
sentiasa memasukkan pendirian "anti-Islam" melalui kegiatan KAF di
negara ini sebelum tercetus tragedi tidak diingini.


II

IRC bakal musnahkan keharmonian berbilang agama

Walaupun usaha menubuhkan Majlis Antara Agama (IRC) ditentang hebat
masyarakat Islam namun satu persidangan bertaraf nasional akan
diadakan Februari depan. Penganjur giat melobi untuk mendapat
sokongan kerajaan.

Kerajaan diharap tidak terperangkap kerana ia boleh memusnahkan
keharmonian kehidupan antara penganut berlainan agama di Malaysia.
Ini kerana ia sengaja mempersoalkan beberapa prinsip asas Islam.

Idea asal IRC tercetus dari memorandum dan desakan Majlis
Perundingan Agama Buddha, Kristian, Hindu dan Sikh (Malaysian
Consultative Council of Buddhism, Christianity, Hinduism and
Sikhism - MCCBCHS) yang diserahkan kepada Majlis Peguam. Kini ia
dijuarai Majlis Peguam sendiri.

Agama dalam kad pengenalan

Keseluruhan memorandum MCCBCHS bertarikh 21 Ogos 2001 itu berbau
anti-Islam. Antara aduan dan tuntutan mereka ialah:

Orang Islam hendaklah diberi hak untuk murtad. Supaya dapat berbuat
demikian, mahkamah sivil dan bukanlah badan berkuasa syariah, yang
berhak menuntut kebebasan untuk murtad -- sebagai satu aspek
kebebasan agama yang diperuntukkan oleh Perlembagaan -- bagi orang
Islam. Definisi Muslim dalam undang-undang negeri adalah amat luas
dan tidak mematuhi Perlembagaan.

Usaha yang dibuat oleh badan-badan berkuasa syariah adalah melampau
dan boleh dipertikai. Kad pengenalan orang Islam sepatutnya tidak
mencatatkan agama mereka.

MCCBCHS dan juga beberapa orang dalam Majlis Peguam, serta
jawatankuasa kecil hak asasi manusia di bawahnya, tidak peduli dan
sensitif dengan hakikat bahawa:

Bukan Islam tidak berhak membangkitkan isu-isu yang hanya menyentuh
orang Islam sahaja dan juga ajaran Islam.

Mereka sebagai bukan Islam tidak berhak menimbulkan hak kebebasan
beragama orang Islam. Bagi mereka, Perkara 11 yang memberi hak
kebebasan agama, juga memberi hak kepada orang Islam untuk keluar
agama, seolah-olah Perlembagaan mengatasi ajaran Islam. Tetapi bagi
Muslim, hak kebebasan agama hendaklah ditafsir menurut ajaran Islam
dan bukan melanggarnya.

Sebagai pemimpin agama bukan Islam, hak mereka adalah mengenai agama
mereka sahaja. Mereka tidak boleh campurtangan atau mendesak ajaran
agama-agama lain diubah untuk kepentingan mereka. Kalau sempadan ini
dicerobohi, maka penganut mana-mana agama boleh menyentuh ajaran
agama lain, dan ini boleh menimbulkan rasa marah.

Suhakam sudah mencukupi

IRC tidak diperlukan kerana Suhakam sudah mencukupi. Bukan Islam
yang merasakan hak mereka mempraktikkan agama disekat boleh membuat
aduan ke sana.

Golongan ini juga menggunakan `khilaf' atau beberapa
perbezaan
tafsiran dalam ajaran Islam untuk menimbulkan keraguan tentang isu
murtad. Sedangkan tujuan mereka hanya untuk menguntungkan bukan
Islam tertentu, dan memberi hak kepada orang Islam untuk murtad.

Sedangkan, bukan dalam Islam saja yang ada `khilaf',
agama-agama
lain pun sama, misalnya perbezaan dalam Kristian. Dan mereka sendiri
tidak dapat mendirikan satu badan untuk mengharmonikan semua
perbezaan itu.

Ada cadangan supaya IRC boleh bertindak seperti mahkamah, iaitu
memutuskan masalah yang timbul antara orang Islam dan bukan Islam
dan juga antara sesama Islam, sehingga menguatkuasakan hukumannya.
Ertinya, badan yang dianggotai orang Islam dan bukan Islam ini boleh
memutuskan bahawa orang Islam mempunyai hak untuk murtad.

Penaja IRC telah dicabar supaya menjelaskan, apakah ada satu badan
di dunia ini, yang berkuasa seperti apa yang dicadang mereka, iaitu
atas aduan orang yang bukan penganut sesuatu agama terhadap agama
lain, maka ajaran agama lain itu boleh diubah?

Ini satu usaha berbahaya kepada orang Islam kerana ia begitu ketara
menentang ajaran Islam. Beberapa pihak menentang hebat, antaranya
peguam-peguam Islam yang menganggotai jawatankuasa kecil syariah
dalam Persatuan Peguam Malaysia, Persatuan Peguam Muslim dan juga
ACCIN (Allied Coordinating Committee of Islamic NGOs).

ACCIN terdiri dari 14 badan Islam, iaitu Al-Hidayah, Belia Perkim,
Gepima, Islamic Information and Services, Islamic Outreach Abim,
Jim, Macma, Al-Hunafa, Darul Fitrah, PUM, Ricoi, Saba Islamic Media
dan Wamy.

Berselindung atas nama kemanusiaan

Memo itu juga berselindung atas nama kemanusiaan. Hujah mereka,
ramai yang menganut Islam secara terpaksa -- kerana mahu berkahwin --
apabila gagal dalam perkahwinan menghadapi masalah besar untuk
kembali kepada agama asal, dan terpaksa menanggung kesusahan.

Namun, jika alasan ini diterima maka kemudiannya, alasan-alasan lain
juga akan didesak untuk diterima. Golongan tertentu dalam Kristian
dikatakan giat berusaha menubuhkan IRC sambil memperkudakan agama-
agama lain yang sendiri terkilan kerana penganut mereka dipengaruhi
Kristian.

Tiada kompromi terhadap sebarang usaha untuk mempersoalkan prinsip
asas Islam, yang tidak terpakai kepada bukan Islam, dan menyentuh
orang Islam sahaja, tidak kira sama ada saudara baru atau dilahirkan
sebagai Muslim. Mereka berhak memperdebatkan ajaran agama mereka
sahaja dan tidak mempersoalkan ajaran agama-agama lain, apatah lagi
jika ia ditimbulkan demi kepentingan mereka.

Cuba bayangkan senario ini nanti: Jika orang Islam pun mencabar
ajaran Kristian, misalnya patung yang digantung atas salib adalah
Jesus Christ, iaitu Nabi Isa kepada orang Islam. Islam menafikan
Nabi Isa mati disalib. Oleh itu, adakah orang Islam boleh mendesak
agar patung itu dikeluarkan, salib saja boleh pakai?

Begitu juga berkaitan Sikh, yang dalam kitab mereka merujuk Tuhan
sebagai Allah. Apa akan jadi apabila umat Islam menggesa supaya
istilah Allah itu digantikan dengan nama tuhan yang lain?


III


Majlis Peguam juarai hak untuk murtad?

Beberapa anggota Majlis Peguam, yang diketuai Khutubul Zaman Bukhari
dan jawatankuasa kecil hak asasi manusia yang didokong Malik Imtiaz
Ghulam Sarwar adalah tonggak kepada IRC (Majlis Antara Agama), satu
badan yang memperjuangkan hak orang Islam untuk keluar agama.

Anti-Islam

Sebenarnya IRC adalah badan yang didokong kepentingan bukan Islam,
yang bertujuan menentang Islam dalam beberapa aspek, seperti
dijelaskan dalam idea asalnya, melalui surat Majlis Perundingan
Agama Buddha, Kristian, Hindu dan Sikh (MCCBCHS), bertarikh 1 Ogos
2001, kepada Majlis Peguam:

Orang Islam hendaklah diberi hak murtad. Supaya dapat berbuat
demikian, mahkamah sivil -- dan bukan badan berkuasa syariah -- yang
berhak menuntut kebebasan untuk murtad. Definisi Muslim dalam undang-
undang negeri adalah amat luas dan tidak mematuhi Perlembagaan. Kad
pengenalan orang Islam sepatutnya tidak mencatatkan agama mereka.
IRC berkuasa mahkamah

Ada cadangan supaya IRC boleh bertindak seperti mahkamah, iaitu
memutuskan masalah yang timbul antara orang Islam dan bukan Islam
dan juga antara sesama Islam, sehingga menguatkuasakan hukumannya.
Ertinya, badan yang dianggotai orang Islam dan bukan Islam ini boleh
memutuskan bahawa orang Islam mempunyai hak untuk murtad.

Penaja IRC dicabar supaya menjelaskan, apakah ada satu badan di
dunia ini, yang berkuasa seperti apa yang dicadang mereka, iaitu
atas aduan orang yang bukan penganut sesuatu agama terhadap agama
lain, maka ajaran agama lain itu boleh diubah?

Jawatankuasa kecil Syariah

Jawatankuasa tersebut di bawah Majlis Peguam berulangkali melalui
beberapa surat memberitahu Majlis Peguam dan juga jawatankuasa kecil
hak asasi manusia:

IRC yang dicadangkan itu bersifat anti-Islam. Oleh itu, mereka
menentangnya.. Tidak mahu terbabit dengan IRC.

Memandangkan Persatuan Peguam adalah badan yang dianggotai peguam
Islam dan bukan Islam -- seperti dikehendaki undang-undang untuk
menjadi peguam bela dan peguamcara � maka ia tidak sesuai
menjuarai
mana-mana pihak yang bertentangan dengan pihak lain, sebab kedua-
duanya menganggotai Persatuan Peguam. Apa pun, Majlis Peguam tidak
mempedulikan pendirian peguam-peguam Muslim dan terus
bersikap "membujur lalu melintang patah": AJK Syariah yang menentang
IRC tidak dilantik semula dan digantikan dengan Sham Haris Fadhilah
yang lantang menjuarai hak orang Islam untuk murtad. Kedua, semua
AJK Syariah diserap dalam IRC tanpa persetujuan mereka.

Pengaruh MCCBCHS dalam Majlis Peguam amat bertentangan dengan
Seksyen 46A Akta Profesion Peguam yang melarang peguam-peguam yang
memegang jawatan dalam badan lain menganggotai Majlis Peguam. Tujuan
peruntukan ini supaya peguam boleh bertindak bebas dan tidak
dikongkong badan-badan lain.

Namun Majlis Peguam tidak menghiraukannya apabila membenarkan
MCCBCHS mempengaruhinya, sekali gus mengetepikan kepentingan dan
sensitiviti anggota Islam Persatuan Peguam.

Aktiviti Promosi IRC

Selepas mendapat memorandum MCCBCHS, Majlis Peguam pada 8 Disember
2001 mengadakan festival hak asasi yang bertemakan Hak Kebebasan
Agama. Majlis juga menerbitkan satu keluaran khas INSAF (buletin
Majlis Peguam) tentang hak kebebasan agama menurut perspektif semua
agama.

Anehnya, agama lain digambarkan tiada khilaf tentang kebebasan agama
dengan menerbitkan satu artikel saja untuk agama-agama itu, tapi
bagi Islam pula ada tiga artikel khusus supaya menunjukkan khilaf;
dua oleh Sisters In Islam dan satu oleh Ustaz Abdul Ghani Shamsudin
dari PUM. Jawatankuasa kecil Syariah menulis beberapa surat kepada
Majlis Peguam, menegaskan penentangan mereka kepada IRC.

Ketiga, pada 17 Mei 2003, dianjurkan bengkel hak kebebasan agama.
Beberapa NGO Islam seperti ABIM, ACCIN dan juga JUST serta Sisters
in Islam menarik diri dari bengkel ini.

Keempat, dalam konferens undang-undang Persatuan Peguam, isu hak
murtad ditimbulkan beberapa kali sehingga ada beberapa hakim
mengeluarkan kata-kata yang bertentangan dengan ajaran Islam
mengenai murtad.

Akhir Februari ini, mereka merancang satu persidangan kebangsaan
bagi mendirikan IRC. Deraf undang-undang penubuhannya telah siap.
Badan-badan Islam dinasihati supaya tidak mendekati secara apa pun
persidangan ini.

Tipu helah

Majlis Peguam seolah-olah dalam keadaan terdesak bagi mendapatkan
penglibatan orang Islam dalam mendirikan IRC. Justeru, mereka
terpaksa melakukan apa saja untuk menunjukkan IRC mendapat sokongan
orang Islam.

Antaranya, nama-nama individu Islam yang telah begitu lama menarik
diri dan tidak menghadiri mesyuarat untuk mendirikan IRC, masih
dikekalkan dalam minit perjumpaan itu seolah-olah mereka mengambil
bahagian aktif. Manakala AJK Syariah dimasukkan ke dalam IRC tanpa
persetujuan mereka.

Dalam jawatankuasa penubuhan IRC, agama-agama lain diwakili seorang
saja, tetapi untuk Islam diwakili pelbagai pihak yang bertentangan,
yakni ACCIN (pendapat arus perdana Islam), kumpulan Kassim Ahmad
(diwakili Sham Haris Fadhillah), Sisters in Islam dan Dr Chandra
Muzaffar (yang berpendapat orang Islam harus diberi hak murtad).

Tujuannya bagi menunjukkan dalam Islam ada pelbagai pendapat tentang
murtad, selain melaga-lagakan pihak yang bertentangan itu. Walhal
agama-agama lain juga mempunyai pertentangan yang ketara, tetapi
dengan diwakili seorang saja seolah-olah agama-agama bukan Islam itu
sepakat. Ini jelas satu pembohongan selain menimbulkan fitnah kepada
Islam.



--------------------------------------------------------------------------

All views expressed herein belong to the individuals concerned and do not in any way reflect the official views of Hidayahnet unless sanctioned or approved otherwise.

If your mailbox clogged with mails from Hidayahnet, you may wish to get a daily digest of emails by logging-on to http://www.yahoogroups.com to change your mail delivery settings or email the moderators at [EMAIL PROTECTED] with the title "change to daily digest".



Yahoo! Groups Sponsor
ADVERTISEMENT
click here


Yahoo! Groups Links

Kirim email ke