Sent: Wednesday, February 16, 2005 10:57 PM
Subject: Pengenalan kepada Majlis Syura Muslimun

Assalamualaikum
 
Kepada yang baru bersama-sama MSM, silalah melawat MSM website untuk mengenali MSM dengan lebih lanjut.
 
MSM UK & Eire
 
 

 


MSM atau Majlis Syura Muslimun adalah merupakan salah satu badan dakwah di United Kingdom dan Ireland. Bermotokan slogan "Membina Syakhsiah Muslim", MSM beraspirasi membentuk individu Muslim itu menjadi muslim sejati yang sahih Ibadahnya, sejahtera akidahnya dan sempurna akhlaknya. MSM mengambil methodologi dakwah yang ditunjukkan Rasullulah saw dan mengaplikasikan dalam konteks dakwah semasa. MSM menumpukan usaha dakwah kepada pelajar Muslim Malaysia dan usaha membentuk individu-individu yang soleh (baik) dan Musleh (membaikkan/turut berdakwah).

 

Anologi objektif penubuhan MSM adalah seperti menara isyarat radio yang menjadi perantaran di antara penyampai dan penerima akhirnya (end receiver). MSM beraspirasi menjadi 'salah satu menara kepada hidayah Allah swt' untuk disampaikan kepada manusia seluruhnya. Cuma berbanding dengan anologi di atas, apa yang hendak di sampaikan oleh MSM adalah Islam itu sendiri dalam maksud yang sepatutnya di fahami dan di amalkan. Daripada manusia-manusia ini akan di pilih individu yang mahu memikul beban dakwah dan sanggup mengharungi kepayahan dan kesukaran jalan dakwah bagi di tarbiyah. Individu-individu yang telah dibentuk ini pula akan membentuk keluarga muslim yang akhirnya pula bersama-sama mencorak dan mendirikan masyarakat Muslim yang diharap menjadi 'nukleus' perubah masyarakat yang akhirnya membawa aspirasi kepada sebuah ciri negara Islam sebagaimana yang digariskan oleh Al-Quran: "Negara yang baik dan Tuhan yang Penyayang" Surah Saba' : 15

Usaha ini disedari sebagai satu usaha yang panjang dan memakan masa yang lama. Tetapi, inilah sahaja jalan dan manhaj (methodologi) yang ada sebagaimana yang disusuri dari sumber rabbani yakni sunnah baginda rasullulah saw dan dari istinbat (penggalian) kaedah dakwah al-Quran.

Bagi mengembelingkan tenaga ummah yang sudah dibentuk ke arah melahirkan pendokong Islam bagi menerajui dakwah di United Kingdom khususnya dan Malaysia amnya beberapa objektif telah digariskan. Objektif ini adalah:

  • Mendokong cita-cita dan aspirasi Islam.
  • Melaksanakan dakwah Islamiah kepada semua lapisan masyarakat amnya dan pelajar-pelajar Malaysia khususnya.
  • Mengembeling tenaga pelajar-pelajar Malaysia dalam membentuk masyarakat pelajar yang cemerlang dan bertanggungjawab
  • Mendokong konsep kesatuan berdasarkan prinsip-prinsip Islam Memenuhi tuntutan Al-Qur'an dan Sunnah Rasulullah SAW.

Asas perjuangan MSM ialah Islam. Begitu juga seruan pertama oleh ahli-ahli MSM yang menyeru manusia kembali kepada ajaran Islam sebenar yang sepatutnya di fahami berlandaskan ajaran baginda rasullulah saw berdasarkan Al-Quran, hadis sahih dan seerah nabawiyah. Ini berdasarkan kaedah Al-Quran yang menuntut seruan adalah kepada Allah dan meletakkan seruan kepada jamaah sebagai perkara kedua:

"Katakanlah. Inilah jalanku. Serulah kepada Allah dengan hujah yang nyata. Aku dan pengikutku�"

(Surah Yusuf: 108)

Dari kaedah ini, maka setiap usrah, perjumpaan lokaliti mahupun nasional digarap dan dibentuk bagi mencapai tujuan "seruan kepada Allah" ini dan para potensi mad'u (orang yang di dakwah) diperkenalkan kepada asas kefahaman Islam sejati supaya di harap menjadi seorang Muslim yang sebenar.



--------------------------------------------------------------------------

All views expressed herein belong to the individuals concerned and do not in any way reflect the official views of Hidayahnet unless sanctioned or approved otherwise.

If your mailbox clogged with mails from Hidayahnet, you may wish to get a daily digest of emails by logging-on to http://www.yahoogroups.com to change your mail delivery settings or email the moderators at [EMAIL PROTECTED] with the title "change to daily digest".



Yahoo! Groups Sponsor
ADVERTISEMENT
click here


Yahoo! Groups Links

Kirim email ke