--- Roslan SMS <[EMAIL PROTECTED]> wrote:
> KONSERT FORCE OF NATURE:
> KELIRU DAN TERPINGGA KITA DIBUATNYA
>
> ROSLAN SMS
>
> Kalau nak difikirkan semasak-masaknya kita pun akan
> turut jadi keliru dan terpingga-pingga.
>
> Betulkan jika saya silap. Tidakkah lantaran kejadian
> malaptaka Tsunami pada 26 Disember tahun lalu maka
> Pak Lah telah mengarahkan agar segala bentuk
> sambutan meraikan ketibaan tahun baru 2005
> dibatalkan. Bukankah tindakan ini diambil kerana
> menghormati mangsa kejadian serta menginsafi
> kesengsaraan yang menimpa mereka yang terlibat?
>
> Maka batallah segala bentuk acara hiburan dan
> tari-menari sebagaimana biasa. Kerajaan mengarahkan
> agar ianya digantikan dengan majlis tahlil dan doa
> selamat. Maka sunyi sepilah KL dan Bandar-bandar
> utama yang lain melainkan beberapa kelompok yang
> memang degil dan meneruskan perayaan. Tanggal 1
> Januari 2005 dada-dada akhbar diserikan dengan wajah
> para menteri lelaki dan perempuan duduk berdoa di
> masjid-masjid.
>
> Kini dah hampir 2 bulan bencana tersebut berlalu.
> Akibat sikap prihatinnya kerajaan maka dilantik
> bekas diplomat Tan Sri Razali Ismail sebagai Duta
> Khas Perdana Menteri dalam urusan bantuan mangsa
> Tsunami. Ramai yang terpegun dengan perlantikkan ini
> kerana ia seolah-olah mencerminkan betapa seriusnya
> penglibatan Malaysia dalam isu kemanusiaan
> antarabangsa.
>
>
>
> Semalam tiba-tiba kita dikejutkan apabila Razali
> mengumumkan bahawa beliau merancang untuk mengutip
> RM10 juta untuk mengisi tabung misi beliau. Macam
> mana nak dapat RM10 juta ini? Kata Razali melalui
> penganjuran Konsert Force of Nature pada 18 Mac
> kelak di Stadium Putra Bukit Jalil. Dengan bangganya
> Razali mengumumkan bahawa artis-artis antarabangsa
> akan dijemput untuk menjayakan konsert ini antara
> lain Backstreet Boys, Black Eyed Peas, Boyzs II Men
> disamping artis-artis tempatan.
>
>
>
> Tak serabut ke kalau nak difikirkan? Dan takkanlah
> Duta Khas PM ini tidak ada idea lain selain
> menganjur konsert untuk memperolehi dana? Kalau
> sekadar menganjur konsert lebih kurang sama taraf
> manager funfair sahaja, buanglah status diplomat.
>
> Ini kita tak masuk bab sesuai atau tidaknya konsert
> dalam suasana kita mendakap konsep Islam Hadhari
> diperingkat Negara. Sesungguhnya keutamaan kita
> makin bercelaru apabila dasar kita tidak jelas dan
> berubah-rubah. Sekejap kita mahu pada Islam sekejap
> Islam terpaksa kita kesampingkan. Apalah
> kesudahannya kita kelak, wallahualam.
> [EMAIL PROTECTED]
>
> posted by Roslan SMS 3:37 PM
>
>
>
>
>
> ---------------------------------
> Do you Yahoo!?
> Yahoo! Mail - You care about security. So do we.
___________________________________________________________
How much mail storage do you get for free? Yahoo! Mail
gives you 250MB! Get Yahoo! Mail http://uk.mail.yahoo.com
------------------------ Yahoo! Groups Sponsor --------------------~-->
Has someone you know been affected by illness or disease?
Network for Good is THE place to support health awareness efforts!
http://us.click.yahoo.com/UwRTUD/UOnJAA/i1hLAA/TXWolB/TM
--------------------------------------------------------------------~->
--------------------------------------------------------------------------
All views expressed herein belong to the individuals concerned and do not in
any way reflect the official views of Hidayahnet unless sanctioned or approved
otherwise.
If your mailbox clogged with mails from Hidayahnet, you may wish to get a daily
digest of emails by logging-on to http://www.yahoogroups.com to change your
mail delivery settings or email the moderators at [EMAIL PROTECTED] with the
title "change to daily digest".
Yahoo! Groups Links
<*> To visit your group on the web, go to:
http://groups.yahoo.com/group/hidayahnet/
<*> To unsubscribe from this group, send an email to:
[EMAIL PROTECTED]
<*> Your use of Yahoo! Groups is subject to:
http://docs.yahoo.com/info/terms/